Al-Habib Ali bin Ja'far Al-Aydrus.

Antara Johor dan Kuala lumpur, terletaknya pekan Batu Pahat, dimana pada suatu masa ianya menjadi penetapan seorang soleh yang doanya tidak pernah ditolak oleh Allah SWT, Al-Habib Ali bin Ja'far Al-Aydrus.
Beliau merupakan seorang yang lanjut usianya, dan waktunya dipenuhi dengan lawatan tetamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana. Namun para Habaib dan Ulama-ulama dunia bila berkunjung ke Malaysia, pastilah akan berkunjung untuk mendatangi beliau.
Telah ramai para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya Al-Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al-Habib Muhammad bin Alwi Al-Maliki Makkah, Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al-Habib Hasan bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan ramai lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau.
Ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah SWT, Al-Habib Ja'far Al-Aydrus yang termasyhur hampir seluruh dunia sebagai orang yang soleh dan telah berada pada kelompok dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan puteranya Al-Habib Ali bin Ja'far yang kelihatan tidak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tetamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini, beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.
Nasihat-nasihat beliau:
~Nasihat pertama:
Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.
~Nasihat kedua:
Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat-cepatlah berbaik-baik antara satu sama lain.
~Nasihat ketiga:
Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda-tanda besar Kiamat.
~Nasihat keempat :
ALLAH SWT itu adalah Khalik yaitu Sang Pencipta. Manusia hanyalah makhluk yaitu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa saja perintah perintah Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada ALLAH SWT., dengan bertaqwa pada ALLAH SWT. Jika manusia tidak takut pada ALLAH SWT., siapa yang dia takutkan .... ? Akibat tidak takut pada ALLAH SWT., banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah perintah ALLAH SWT., dan juga Nabi Muhammad SAW., yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah Sallahu 'Alahi Wasallam
~ Nasihat kelima :
Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. ALLAH SWT., telah meringankan Solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu saja maka itu jangan sekali sekali tinggalkan Solat Solat Fardhu.
~ Nasihat keenam :
Anak anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat lambat nya.
Diantara karomah beliau :
Pernah suatu kali Al Allamah Almusnid Al Habib Muhammad bin ‘Alwi Al Maliki Rahimahullah berkunjung pada beliau, sepanjang jalan Habib Muhammad berbicara tentang rindunya pada Rasulullah Saw, . maka ketika sampai dikediaman beliau, maka semua tamu tidak diperkenankan masuk, kecuali Habib Muhammad Al Maliki, mereka masuk berdua cukup lama, lalu keluarlah Habib Muhammad Al Maliki Rahimahullah dengan airmata yg bercucuran.., seraya berkata : hajat saya sudah terkabul… terkabul.. terkabul.., sambil menutup wajah beliau tanpa berkata kata pada siapapun atas apa yg terjadi didalam.
Habib ‘Ali bin Ja’far Al ‘Aydrus meninggal dunia pada Khamis petang 13 Mei 2010 bertepatan dengan 40 hari meninggalnya Al Quthub Al Habib ‘Abdul Qodir bin Ahmad Asseggaf (Jeddah). Pada waktu itu seketika seluruh para habaib di Malaysia langsung gempar, dan dunia para habaib sepuh pun gempar mendengar khabar duka ini.
Sumber: Kitab "Tajul Arus Fi Dzikri Ba'dl Manaqib al-Habib Ali bin Ja'far al-'Idrus
Karya: Habib Sholeh Ahmad al-Idrus
Alfatihah Ilaa Habib Ali bin Ja'far al-Idrus ( Batu Pahat ) semoga Allah meratakan rahmatNya kepadanya, meninggikan darjatnya, menempatkan beliau bersama baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam, dan bersama para shuhada', salihin, dan semoga kita mendapat keberkahannya, rahsia-rahsianya, serta cahaya-cahaya ilmunya, didalam agama, dunia dan akhirat, bisirril faatihah.
(c/p)
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments:

  1. Assalamualaikum, bagaimana saya boleh membaca kitab ini?
    "Tajul Arus Fi Dzikri Ba'dl Manaqib al-Habib Ali bin Ja'far al-'Idrus
    Karya: Habib Sholeh Ahmad al-Idrus

    BalasPadam