ULAMA BESAR TANAH MELAYU YANG MESTI DIKAGUMI RAKYAT MALAYSIA

ULAMA BESAR TANAH MELAYU YANG MESTI DIKAGUMI RAKYAT MALAYSIA
1. Terdapat ramai ulama tanah melayu yang namanya harum di seluruh dunia Islam, di antara mereka adalah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani (1856-1908) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Al-Fathani. Bahkan kemasyhuran karya beliau yang tidak tertanding sehingga ramai yang menggelar beliau sebagai “Tuan Faridah”. Kata Al-Marhum Ustaz Haji Wan Mohd Soghir Abdullah, "Sewaktu saya ke Bangkok pada tahun 1971, ramai kalangan ulama dan pelajar Islam di sana menggelar Syeikh Ahmad al-Fathani dengan "Tuan Faridah".
.
.
.
2. Syeikh Ahmad Al-Fathani lahir pada 10 April 1856 di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Tanah Melayu. Pada usia empat tahun beliau berhijrah ke Makkah untuk mempelajari ilmu, kemudian berpindah ke Baitulmaqdis dan seterusnya ke Mesir untuk belajar ilmu perubatan. Pada usia belum mencecah 30 tahun, kedalaman ilmu beliau begitu hebat sehingga tiada guru sanggup mengambilnya sebagai anak murid kerana beliau telah tersangat alim.
.
.
.
3. Lebih 30 tahun Syeikh Ahmad Al-Fathani menuntut ilmu di pelbagai negara dengan ratusan ulama membuahkan hasil yang menakjubkan kerana beliau telah menguasai 47 ilmu daripada keseluruhan 60 cabang ilmu agama dalam dunia. Hal ini diakui sendiri oleh murid beliau yang masyhur iaitu Tok Kenali dalam Majalah Pengasuh, 15 Febuari 1934.
.
.
.
4. Menurut Al-Marhum Ustaz Haji Wan Mohd Soghir Abdullah, Syeikh Ahmad Al-Fathani telah menghasilkan 95 penulisan ilmiah daripada pelbagai bidang ilmu, 54 buah dalam bahasa arab dan 41 buah dalam bahasa melayu.
.
.
.
5. Beliau juga terkenal kerana mahir dalam pelbagai ilmu lain seperti ilmu sastera, politik, ekonomi, perubatan, pembedahan dan juga ilmu kimia sehingga beliau dapat menghasilkan emas 24 karat melalui pembancuhan beberapa zat kimia. Namun, beliau telah membakar kitab berkaitan pembuatan emas itu kerana risau menjadi pergaduhan dalam kalangan murid beliau kelak.
.
.
.
6. Dengan segala kehebatan beliau yang dapat diceritakan di sini, kita rakyat Malaysia mesti berbangga dengan ulama besar kita yang dikenali di negara-negara luar bahkan masyhur dalam dinasti Islam Turki Uthmaniyyah.
.
.
.
7. Sayang sekali, masyarakat kita menganggap Syeikh Ahmad Al-Fathani atau yang terlebih awal Syeikh Daud Al-Fathani (w.1847M) dan Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Fathani (w.1908M) merupakan ulama Thailand. Sedangkan, Thailand tidak pernah memartabatkan kesemua tokoh ini dalam sejarah dan tamadun mereka. Bahkan, Thailand tidak layak untuk mengakui tokoh ini sebagai tokoh negara mereka kerana Thailand memperoleh Fathani secara rasmi pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok antara Thailand dan British manakala para ulama kita ini wafat sebelum tarikh tersebut sebagai ulama tanah melayu.
.
.
.
8. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia sekarang perlu mengingati dan berbangga dengan pencapaian ulama kita yang telah lama kita pinggirkan kerana menganggap mereka adalah orang Thailand. Hal ini amat bersalahan dengan fakta dan sejarah yang rasmi.
9. Pada 26 & 27 Feb 2019 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, bakal diadakan program istimewa untuk mendalami kitab aqidah Faridah Al-Faraid karangan Syeikh Ahmad Al-Fathani yang akan disampaikan oleh tokoh aqidah terkenal Tuan Guru Baba Hj Ghazali Ahmad Al-Fathani bermula 9 pagi hingga 4 petang. Untuk mendaftar boleh hubungi 01132944090 (Urusetia). Semoga kita dapat hadir bersama-sama.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan