JEJAK WALI AGUNG NUSANTARA ` DATUK SANGGUL `

JEJAK WALI AGUNG NUSANTARA
Suatu ketika sebelum bermula solat jumaat, di saat para jemaah sedang mengambil wudhuk di pinggir sungai, tiba-tiba Datu Sanggul datang dan langsung terjun ke sungai yang airnya sedang mengalir tersebut. Beliau terjun lengkap dengan pakaiannya. Orang-orang yang menyaksian kejadian tersebut lantas berteriak dan menjadi gempar semuanya.
Dan tiba-tiba lagi, di tengah kegemparan masyarakat itu, Datu Sanggul muncul dari tengah sungai dan berjalan di atas air dengan tenang sekali, lalu langsung memasuki masjid. Yang lebih menghairankan lagi, pakaian beliau sedikit pun tidak basah sama sekali, kecuali anggota wudhuknya sahaja.
Ketika Datu Sanggul berjalan di atas air, beliau sempat melantunkan sebuah syair sufi:
“Allah jadikan serba empat.
Syariat tarikat hakikat makrifat.
Menjadi satu di dalam khalwat.
Rasa nyamannya tiada tersurat”.
"Riau-riau padang si bundan.
Di sana padang si tamu-tamu.
Rindu dendam terngadah bulan.
Di hadapan Allah kita bertemu".
Allahu Akbar...
Datu Sanggul, demikian masyarakat semua menyebutnya, adalah seorang ulamak dan juga Wali Allah yang berasal dari Desa Tatakan, Kecamatan Tapin Selatan, Kabupaten Rantau Tapin. Ia hidup sekitar abad ke-18 Masehi, satu zaman dengan seorang lagi ulamak sufi, iaitu Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Nama sebenar Datu Sanggul adalah Syeikh Muhammad Abdus Samad Al Palembangi. Kemudian diberi nama oleh NABI KHIDIR a.s. dengan nama Syeikh Ahmad Sirajul Huda r.a.
Adapun nama DATUK SANGGUL kerana beliau sering MENYANGGUL atau bahasa lainnya, BERTAPA KHALWAT ZIKIR MENUNGGU ILMU LADUNI KEMAKRIFATAN DARI ALLAH.
Pada suatu hari di Kota Makkah, ketika Syeikh Muhammad Arsyad Al-banjari sedang menuntut ilmu di Masjidil Haram, beliau telah melihat seseorang yang sedang sembahyang berhampiran dengannya. Dia tertarik untuk mengetahui, kerana orang itu mengenakan baju palembangan hitam lengkap dengan celana hitam serta memakai laung.
Syeikh Muhammad Arsyad Al-banjari yakin bahawa lelaki itu bukanlah orang-orang Makkah, kerana orang-orang di Makkah tidak ada yang berpakaian demikian. Pakaian seperti itu hanya dipakai oleh orang Banjar atau orang di Tanah Jawa. Dan peristiwa itu dilihat oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari selama beberapa kali setiap hari Jumaat.
Lalu pada suatu hari jumaat, setelah selesai solat, maka Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari pun segera bertemu dengan lelaki itu dan seraya bertanya: “Saudara ini orang mana, asal dari negeri mana, dan sudah berapa lama saudara tinggal di Mekkah?”
Datu Sanggul pun menjawab pertanyaan itu dengan tersenyum. “Saya setiap Jumaat akan datang ke sini untuk bersembahyang, dan saya ini berasal dari Kalimantan Selatan. Allah s.w.t. memberiku kekuatan sehingga dalam sedetik maka aku pun sampai di Makkah ini."
Untuk menguji kebenarannya itu, Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari pun kemudian berkata kepada Datu Sanggul: “Kalau betul saudara pulang dan pergi dari Kalimantan ke sini dalam sekelip mata, cuba tolong bawakan saya durian dari Kalimantan Selatan ke sini!"
Datu Sanggul lalu berdiri di depan Kaabah. Tangannya dilambaikannya ke Hajar Aswad. Ketika ia menarik kembali tangannya, ada sebiji durian yang sudah tersedia. “Nah ini durian yang baru saya petik. Masih ada getah di tangkainya.” Kata Datu Sanggul. Buah itu diterima oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari dengan tersenyum dan kagum.
Sejak pertemuan awal itu, Datu Sanggul dan Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari semakin kerap bertemu di setiap solat Jumaat di Makkah. Kemudian demi menyempurnakan ilmu mereka, maka keduanya turut berguru di Makkah kepada seorang Wali Mursyid daripada jalur Tariqat Qadiriah Naqsyabandiah.
Jangan susah mencari BILAH.
Bilah ada di dalam BULUH.
Jangan susah mencari ALLAH.
Allah ada di dalam TUBUH.
(Datuk Sanggul)
# Hakikat Insan
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan