RINGKASAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SESEORANG

 


RINGKASAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SESEORANG

- Yang hendak dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus
- Yang hendak dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
- Yang hendak berjihad pada jalan Allah
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 39) j
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 40)
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 41)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 42)
JALAN YANG LURUS IAITU "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" IALAH JALAN ALLAH
42.Surah Ash-Shūraá ayat 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS IAITU "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74
Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75
Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
- Yang hendak dilimpahkan oleh Allah dengan mengesa dan mentauhidkan Allah
12.Surah Yūsuf ayat 38
"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
- Yang hendak bertaqwa hanya kepada Allah
5.Surah Al-Mā'idah ayat 35
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
- Yang hendak menyerah diri bulat-bulat kepada Allah dengan ikhlas iaitu berpegang teguh kepada tali Allah
SEBENAR-BENAR IKHLAS ATAU YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU JALAN YANG LURUS MERUPAKAN SIMPULAN (TALI UGAMA / TALI ALLAH)
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
2.Surah Al-Baqarah ayat 256
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(31.Surah Luqmān ayat 22)
- Yang hendak bersabar
2.Surah Al-Baqarah ayat 153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk �menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
2.Surah Al-Baqarah ayat 154
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
2.Surah Al-Baqarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali."
2.Surah Al-Baqarah ayat 157
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Apabila kita mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..
Apabila kita mengalami perasaan dan berada didalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
- Yang hendak menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur
Surah Al-Ahzab dari ayat ke 41 - 48
41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
42. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
43. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).
44. Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.
45. Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
46. Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.
47. Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.
48. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).
- Yang hendak "INGAT KEPADA ALLAH" dan mendapat "JIWA YANG TENANG" dan diseru oleh Allah ""Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”
(89.Surah Al-Fajr ayat 29 dan 30)
- Yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
- Yang hendak khusyuk iaitu YAKIN AKAN MENEMUI TUHANNYA DAN YAKIN AKAN KEMBALI KEPADANYA IAITU ALLAH
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(2.Surah Al-Baqarah ayat 45)
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 46)
1) mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
2) Jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi. supaya seseorang itu boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Selagi seseorang itu masih lagi melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, selagi itulah ia tidak akan boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Jika seseorang itu tidak boleh menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, ia tidak akan boleh melaksanakan perintah Allah seperti didalam firmanNya pada SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Jika ia lakukan juga perintah Allah seperti didalam firmanNya pada SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang disertakan dengan ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, tidak akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah seterusnya sampai akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang merasa ada Allah
Kerana akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
6.Surah Al-'An`ām ayat 88
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
3) Melaksanakan perintah Allah Seperti yang terkandung didalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dengan cara
a) menyebut nama Allah dengan lisan lidah yang boleh dilakukan mengikut seperti didalam firman Allah pada
Surah Al-'Isrā' ayat 110..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Yang dilakukan dengan kaedah-kaedah yang berkaitan sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah seterusnya sampai akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang merasa ada Allah
b) Menyebut nama Allah secara rahsia didalam hati. Ini boleh dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Juga sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah seterusnya sampai akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang merasa ada Allah
c) Jika ada gangguan didalam melakukan samada menyebut nama Allah dengan lisan lidah atau menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati, Bertanyalah kepada diri kita sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN .... dan tentukan menjawab Allah supaya kembali kepada menyebut nama Allah dengan lisan lidah atau menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati sehingga akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah seterusnya sampai akan berlaku pula "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang merasa ada Allah
d) Menyebut nama Allah dengan atau melalui nafas (zikir nafas) - sehingga akan berlaku "TIADA HAMBA DAN TIADA TUHAN" lagi, yang nyata ada "HU ZAT" semata-mata....
Dan membawa keadaan "HU ZAT" semata-mata meliputi keseluruh jasad supaya berlaku perbuatan "LAA KHAULA WALA KHUWATA ILLA BILLAH"
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
96.Surah Al-`Alaq ayat 15
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
96.Surah Al-`Alaq ayat 16
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
INI ADALAH MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DIDALAM ISLAM
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 92
‎إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 93
‎وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْۖ كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 94
‎فَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ وَإِنَّا لَهُ كَاتِبُونَ
Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 51
‎يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًاۖ إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
23.Surah Al-Mu'minūn ayat 52
‎وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.

#Sumber dari FB
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan