MENYEDARI KESOMBONGAN*

 

 


MENYEDARI KESOMBONGAN*
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak akan masuk Syurga orang yang dalam Hatinya ada SIFAT SOMBONG, walaupun hanya seberat biji sawi.”
(HR. Muslim)
'KESOMBONGAN' itu pada Hakikatnya adalah suatu 'PENYAKIT' yang sering menghinggapi Hati kita semua.
Sesiapa sahaja dan apa-apapun status kita, nescaya tidak akan ada umat yang terkecuali daripadanya.
Adanya tiga Peringkat KESOMBONGAN, iaitu :
1) PERINGKAT PERTAMA.
KESOMBONGAN yang disebabkan oleh faktor KEDUNIAWIAN, dimana kita Merasa :
- Lebih berkuasa.
- Lebih tinggi pangkat dan kedudukan.
- Lebih kaya dan berharta.
- Lebih ramai pengaruh dan pengikut.
- Lebih rupawan dan jelitawan.
- Lebih terhormat daripada orang-orang lain.
Atau sebagainya...
2) PERINGKAT KEDUA.
KESOMBONGAN yang disebabkan oleh faktor KECERDASAN, iaitu ketika kita Merasa :
- Lebih rajin.
- Lebih pintar.
- Lebih kompeten.
- Lebih berpengalaman.
- Lebih berwawasan atau berwibawa dibandingkan dengan orang-orang lain.
Atau sebagainya...
3) PERINGKAT KETIGA.
KESOMBONGAN yang disebabkan oleh faktor KEBAIKAN, apabila sering menganggapkan diri kita :
- Lebih bermoral.
- Lebih pemurah.
- Lebih banyak amalnya.
- Lebih beribadah.
- Lebih bersemangat berjuang.
- Lebih banyak sumbangannya untuk umat.
- Lebih besar daripada orang-orang lain dengan berdasarkan apa-apa yang sudahpun dicapai atau dikecapi.
- Lebih meremeh-remehkan orang-orang lain dengan menganggapkannya seperti orang-orang rendahan atau bawahan daripada diri kita.
- Lebih tulus ikhlas dibandingkan dengan orang-orang lain.
Atau sebagainya...
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu berjalan diatas muka bumi ini dengan SOMBONG, kerana sesungguhnya kamu sesekali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”
(QS. al-Isra' : 37)
“…….demikianlah Allah Mengunci Mati Hati orang yang SOMBONG dan sewenang-wenang.”
(QS. Al-Mukmin : 35)
Yang lebih menarik lagi berkenaan KESOMBONGAN ini adalah :
Dimana, semakin tinggi Peringkat KESOMBONGAN kita, maka akan semakin Sulitlah pula untuk kita Menyedarinya.
KESOMBONGAN oleh kerana KEDUNIAWIAN Tipu Daya Yang Sementara ini tersangat-sangatlah mudah sahaja untuk ianya boleh terlihat mahupun Disedari.
Namun, KESOMBONGAN oleh disebabkan PENGETAHUAN.
Apa lagi KESOMBONGAN oleh dikeranakan KEBAIKAN, maka ianya itu teramat-amatlah Sulit sekali untuk terlihat mahupun Disedarinya.
Itu adalah dikeranakan bahawa, seringkali ianya hanyalah berbentuk Benih-Benih Yang Halus sahaja didalam Batin kita.
Ianya teramat-amatlah halus, bahkan sangat-sangatlah sukar untuk Menyedarinya. Sampaikan ianya boleh menjadikan 'SYIRIK YANG TERSEMBUNYI'.
Maka, senantiasalah dengan sedaya upaya disetiap hari dan masa kita untuk Menyedari dan Menilai diri kita sendiri.
"MUHASABAH DIRI..."
Terkadang, sememangnya kita sangat-sangatlah memerlukan orang-orang lain untuk Menyedarkan dan Menilai diri kita ini.
Kita juga pada Hakikatnya tersangat-sangatlah memerlukan segala Kritikan dan Nasihat daripada orang-orang lain untuk membina 'JATIDIRI' kita yang Kuat, Mantap dan Benar tanpa adanya sedikitpun KESOMBONGAN.
Bukanlah ianya untuk menghina, menjatuhkan atau menghancurkan diri kita sendiri, namun pada Hakikatnya adalah untuk Membangkitkan semula JIWA KEINSANAN atau KEHAMBAAN kita semata-mata.
Sedarilah bahawa, pada setiap Hal yang baik dan yang boleh kita lakukan itu, pada Hakikatnya hendaklah senantiasa kita perbanyak-banyakkan BERSYUKUR kepada Allah SWT.
Supaya kita tidak pernah menjadi BUTA dengan KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN itu sendiri.
Sehinggakan boleh tersesat dan hancur didalam KESOMBONGAN kita sendiri, bahkan kita sampai boleh MENSYIRIKKAN ALLAH SWT didalam keadaan Tidak Sedar.
Pada Hakikatnya, KESOMBONGAN itu hanyalah akan membawa kita kepada kejatuhan yang semakin dalam atau ke lembah kegelapan (Kejahilan) !
Dan disamping itu, KESOMBONGAN itu juga tidak akan pernah disukai oleh mana-mana PENGHUNI BUMI mahupun PENGHUNI LANGIT sekalipun.
Maka, tetaplah senantiasa BERSABAR, BERSYUKUR dan MERENDAH DIRI...
Sebabnya, terkadang orang-orang yang kita hadapi itu ternyata ianya lebih Hebat, Mulia, Zuhud, Wara', Alim, Arif atau sebagainya daripada diri kita sendiri.
Hanya dikeranakan mereka itu lebih bersikap MERENDAHKAN DIRI (Low Profile) sahaja.
Itu disebabkan mereka pada Hakikatnya telahpun memiliki ISLAM, IMAN dan IHSAN...
"PENYAKIT SOMBONG itu hanyalah boleh Disembuhkan atau Dibersihkannya dengan berdasarkan KESEDARAN DIRINYA SENDIRI atau dengan melalui PENSUCIAN JIWANYA (TASAWWUF), kerana SOMBONG itu pada Hakikatnya adalah Berpunca daripada keadaan Hati seseorang..." - Syeh Haqtullah.
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda :
“Ketahuilah bahawa pada Jasad itu terdapat Segumpal Daging, jika ia Baik maka Baiklah seluruh Jasadnya, jika ia Buruk maka Buruklah seluruh Jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah Hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
* NOTA.
Diantara SIFAT MAZMUMAH yang sangat-sangatlah dibenci serta dicela oleh Allah SWT dan Rasul-Nya itu adalah SIFAT SOMBONG.
Apa yang lebih teruknya lagi, SIFAT SOMBONG itu adalah merupakan 'SYIRIK YANG TERSEMBUNYI' !
Dan SYIRIK itu pula adalah merupakan DOSA yang tidak akan pernah sama sekali DIAMPUNKAN oleh Allah SWT sampailah di Akhirat sekalipun.
Ini kerana, orang-orang yang SYIRIK itu tidak akan pernah Menyedari dan Mengakui Ke-ESA-an Allah SWT.
Jika dikatakan SIFAT SOMBONG itu adalah merupakan PENYAKIT SYIRIK YANG TERSEMBUNYI, maka sudah pastilah Balasan yang diterima tersangat-sangatlah berat sekali...
Daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda :
“KESOMBONGAN adalah menolak KEBENARAN dan meremehkan manusia.”

Sumber dari FB
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan