ILMU HIDUP ATAU ILMU MATI
1) ILMU DUNIA HANYALAH UNTUK DUNIA.
Hidup hanya dengan segala Kemewahan Duniawi dan Kesenangan Duniawi akan tetapi tiadalah pula Redha dan Keberkatan Dari-Nya.
Ia hanya akan lebih membawa kepada "ISTIDRAJ" (Kurniaan Tuhan tanpa Redha-Nya) semata-mata.
Dengan ILMU DUNIA, seseorang itu hanya akan Hidup dengan Dunianya sahaja, dan Ilmu itu tidak akan pernah Membawanya kepada Kehidupan Yang Kekal Abadi.
Apabila Ilmu itu "MATI", maka itu berertinya ia tidak adanya "ROH".
Maka ia hanyalah sekadar memenuhi Keperluan Hidup Jasmani semata-mata dan ianya juga Kosong daripada Kelangsungan Rohani.
Ini kerana, Ilmu itu tidak akan sesekali mampu untuk "SAMPAI" kesana (Akhirat), kerana ianya telahpun berlainan arah.
ILMU YANG MATI itu tidak akan mampu Mendidiknya dan Membawanya kepada KETAATAN AL-KHALIQ, kerana Sifatnya itu hanyalah "Luaran" sahaja.
Hanya Khusus untuk "JASAD" Berbangsa Jasmani semata-mata.
Maka secara "Tabi'inya", ILMU YANG MATI itu tidak akan dapat memberikan apa-apapun PETUNJUK ataupun CAHAYA Kehidupan untuk ke Akhirat.
Kerana Cahayanya yang Bersifat Gelap ataupun ZULMAH.
Secara Lahiriahnya,
Cahayanya itu hanyalah sekadar Menerangi dipermukaan bumi semata-mata dan merugikan bagi para pembawanya.
Lazimnya mereka-mereka yang sejenis ini teramat-amatlah leka, lalai, dungu, bodoh dan jahil dengan segala Kehidupan Duniawi Palsu Yang Sementara ini sahaja.
Angkuh, sombong, riak, takkabur, ujub, berbangga-bangga, bermegah-megah dan sebagainya itu hanyalah menjadi Pakaian Kehidupan mereka semata-mata.
Kerana, Ilmu yang mereka bawa itu adalah ZULMAH, maka hasilnya juga pastilah ZULMAH.
Dan sudah tentulah ianya akan Menzahirkan Akhlak juga Kehidupan ataupun Gaya Hidup ZULMAH semata-mata.
Kita bukanlah disuruh supaya menilai orang-orang lain, tetapi adalah untuk melihat akan segala Kerugian-Kerugian dan Akibat-Akibat Kesilapan daripada mengambil ILMU YANG MATI.
Kerana ILMU YANG MATI itu pastilah akan Hampa dan Binasa...
2) ILMU AGAMA.
ILMU AGAMA itu adalah Bersifat AKHIRAT semata-mata.
Apabila ianya dijualbeli dengan Nilai yang teramat-amatlah sedikit sahaja, hanya kerana untuk menggamit segala keseronokan hidup di Duniawi Palsu Yang Sementara ini. Maka sudah pastilah ianya juga akan Mati.
Ilmu itu meskipun pada Hakikatnya ianya adalah ILMU AKHIRAT.
Akan tetapi, kerana "Penyampainya" itu tidak pernah IKHLAS dan JUJUR diakibatkan adanya kepentingan Duniawi (Penyakit Al-Wahn') didalam mencari segala "Keuntungan ataupun Kepentingan" untuk dirinya semata-mata.
Maka ILMU AKHIRAT ini juga akan turut MATI !
Kita boleh sahaja merasai Ilmu-Ilmu yang sebegini dimana-mana Kuliah umum atau sebagainya.
Mungkin ianya nampak terlalu hebat daripada segi Penyampaiannya (Bagi yang Buta Mata Hatinya), akan tetapi ianya sesekali tidak dapat memberikan segala Pedoman, Petunjuk, Manfaat dan Kesedaran kepada yang mendengarkannya ataupun yang melihatnya.
Dimana, habis sahaja sesuatu Ceramah itu, maka para hadirin semuanya terus sahaja lupa, lalai dan kembali seperti biasa sahaja.
Tetapi penceramahnya pula yang dapat beratus ringgit malahan adanya yang keuntungannya lebih ribuan ringgit, disertai pula dengan segala pujian dan kehormatan.
Tidak hairanlah sekiranya di Dunia Akhir harini kita dapat melihat mereka-mereka itu hidup didalam serba Kemewahan dan Keselesaan (Tidak sepertimananya Nabi SAW sendiri).
Sampaikan ulama, ustaz, scammer, founder, influencer dan content creator hari ini sudahpun kelihatan sama sahaja tiada bezanya.
NIAT dan TUJUAN serta KEIKHLASAN dan KEJUJURAN itu adalah menentukan samada MATI ataupun HIDUPNYA ILMU-ILMU tersebut.
Lihatlah kesudahannya dimana ianya berhenti atau terhenti, MABRUR ataupun MARDUD (Tertolak) Kehidupannya itu...
* ILMU YANG MATI HANYA AKAN MEMBERIKAN KELALAIAN, KEALPAAN, KESESATAN DAN KEHANCURAN.
ILMU YANG MATI itu teramat-amatlah Merugikan bagi para penuntutnya, kerana ianya adalah jenis "Cahaya Gelap" dan akan Menggelapkkan pula Kehidupan para penganutnya.
ILMU YANG HIDUP itu adalah ILMU AKHIRAT !
Yakni, mana-mana sahaja Ilmu di Duniawi ini yang hanya untuk ke NEGERI AKHIRAT semata-mata.
AKHIRAT itu berertinya adalah "KEHIDUPAN BARU" selepas sahaja Hidup di Duniawi Palsu Yang Sementara ini dan HIDUP di AKHIRAT itu pula adalah yang KEKAL ABADI buat selama-lamanya.
Maka, ILMU-ILMU untuk KEHIDUPAN AKHIRAT inilah yang paling Selamat, Mulia serta Terpuji, dan yang paling Utama sekali, Kerana :
a) Ianya akan memberikan PERINGATAN dan KESEDARAN kepada kita tentangnya Kehidupan yang Kekal Abadi buat selama-lamanya.
b) Ianya akan memberikan PERINGATAN, KESEDARAN dan PELUANG untuk kita senantiasa Beramal Soleh dengan sebanyak-banyaknya sebagai Bekalan ketika menuju kesana kelak.
HIDUPNYA ILMU ini,
Maka ianya akan memberikan segala PERINGATAN serta KESEDARAN daripada segala Kelalaian, Kealpaan, Kekecewaan, Kehampaan, Kesesatan dan Kehancuran Tipu Daya Duniawi Palsu Yang Sementara ini.
DINIATKAN, hanyalah untuk mendapatkan RAHMAT dan REDHA daripada Allah SWT semata-mata.
Apa-apa sahaja kerja ataupun perbuatan yang dilakukan, sama ada dengan bertukang, berkebun, berniaga dan sebagainya.
Asalkan TUJUAN dan MATLAMATNYA hanyalah UBUDIAH (IBADAT) semata-mata hanyalah "KERANA ALLAH SWT".
Maka Hasil Benih yang Ditanam itu akan menjadikan seseorang Insan itu semakin TAAT dan SETIA dan tidak akan pernah sesekali DURHAKA ataupun INGKAR kepada Allah SWT.
Maka 'PAKAIAN' bagi PENGHIDUP ILMU-ILMU ini adalah :
a) Redha.
b) Tawakkal.
c) Zuhud.
d) Merendah diri.
e) Tidak sombong.
f) Berakhlak mulia.
g) Sopan santun.
h) Sentiasa Istiqomah.
i) Berpakaian kemas dan bersih.
j) Subur dengan Akhlak-Akhlak Mahmudah.
Dan sebagainya...
Jadi Ilmu ini akan terus menerus HIDUP oleh kerana Sifatnya yang BERCAHAYA dan akan MENGHIDUPKAN pula para pembawanya dengan Menunjukkan padanya segala JALAN-JALAN KEBENARAN dan KEADILAN ataupun segala Kebaikan, Sifat Terpuji, Sifat Mulia dan sebagainya.
Kerana pada Ilmu itu adanya HIDAYAH dan RAHMAT Allah SWT.
ILMU YANG HIDUP itu adalah sepertimananya PELITA.
Ianya akan MENERANGKAN segala KEGELAPAN (Duniawi) dengan CAHAYANYA.
Ia akan MENUMBUHKAN BENIH-BENIH HIDUP KEMULIAAN YANG TERPUJI, oleh kerana ianya mempunyai "AIR KEHIDUPAN" (AINUL HAYAT) daripada Allah SWT.
ILMU YANG HIDUP ini Sifatnya adalah AKHIRAT, oleh kerana itu ia diturunkan ke Duniawi ini untuk segala Kebaikan dan Kemuliaan manusia.
Maka sesiapa sahaja yang mengambilnya, maka Insan itu pastinya akan Dibawa Pulang Semula Ke Akhirat.
Ditempat mana ianya datang dahulu bersama CAHAYA-CAHAYA AGUNG daripada ILMU Allah SWT.
ILMU YANG HIDUP itu, ianya akan Mengajak dan Menuntun kesemua Insan-Insan Yang Berjiwa Tenang untuk Kembali Semula Kepada Allah SWT (Datang Dari Allah, Kembali kepada Allah).
Kerana CAHAYANYA yang sangat-sangatlah TERANG BENDERANG.
Ilmu ini hanya akan berada pada "HATI" yang Bersih lagi Suci. Iaitu SUCI SESUCINYA BAITULLAH.
Ianya tidak akan boleh berada pada Hati yang Kasihkan Kehidupan Duniawi Palsu Yang Sementara ini (Penyakit Al-Wahn'), kerana perbezaan Sifat Kejadiannya.
Maka, manusia itu sendirilah yang harus Mengenali Ilmu ini dengan sebenar-benarnya dan senantiasa Bersedia menerima segalanya dengan sepenuh SABAR, IKHLAS dan JUJUR.
Keangkuhan dan Kesombongan itu hanya akan menyebabkan Kerugian semata-mata, kerana ILMU YANG HIDUP ini tidak akan mampu bersama-sama denganya.
Maka, Jalan Pulang Ke Negeri Akhirat itu akan menjadi semakin sukar pula, kerana tidak adanya CAHAYA PETUNJUK.
Sekeras-keras mana pun Hati manusia ini, maka cubalah senantiasa Berlembut dan Merendahkan Diri untuk Mencari serta Menghiaskan Diri dengan ILMU-ILMU YANG HIDUP ini.
Kerana, itulah satu-satunya "JALAN" yang dapat "MENYELAMATKAN DIRI" dan KEHIDUPANNYA di Dunia dan di Akhirat kelak.
"ILMU YANG HIDUP TIDAK AKAN PERNAH BERADA PADA ORANG YANG MATI (HATINYA)..."
"PADA ORANG YANG MATI ITU HANYALAH ILMU-ILMU YANG MATI..."
"ILMU YANG MATI HANYALAH UNTUK KEHIDUPAN DUNIAWI YANG PASTI JUGA AKAN MATI (BINASA)..."
"ILMU YANG HIDUP ITU ADALAH HANYA UNTUK INSAN-INSAN YANG HIDUP HATINYA BERSAMA-SAMA DENGAN INSAN-INSAN 'AHLILLAH' YANG LENYAP DIDALAM DZAT ALLAH SWT YANG MAHA HIDUP SELAMA-LAMANYA..."
"Hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan ALLAH, sekiranya kamu tidak mampu dapat bersama-sama dengan Allah, hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sentiasa bersama-sama dengan ALLAH..." (Agar kamu juga dapat bersama-sama dengan Allah)
(HR. Abu Daud)
Maka, senantiasalah kamu MENGHIDUPKAN HATI kamu dengan "DZIKRULLAH".
Semoga moga dengan senantiasa BERDZIKIR itu, kamu akan senantiasa pula "INGAT AKAN ALLAH SWT".
Jikalau kamu tidak BERDZIKIR, maka sudah pastilah kamu LUPA AKAN ALLAH SWT.
Cubalah kamu sebut akan NAMA-NAMA Allah SWT atau kamu sebutkan KALIMAH TAUHID "LA ILAHA ILALLAH..." sebanyak-banyaknya.
Maka sudah pastilah kamu akan sedang INGAT KEPADA ALLAH SWT.
Cubalah pula kamu sebut juta-juta... juta... ringgit... ringgit...
Maka, sudah pastilah yang kamu sedang ingat itu hanyalah duit semata-mata.
Semulia-Mulianya DZIKIR itu adalah menyebut akan KALIMAH TAUHID "LA ILAHA ILLALLAH..." (Sebanyak-banyaknya).
Hendaklah sebut sebanyak-banyaknya, semoga moga kamu mendapatkan Ketenangan dan Kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.
Dan barangsiapa di Akhir Kalamnya dapat menyebutkan KALIMAT TAUHID "LA ILAHA ILLALLAH...", maka Syurga adalah JAMINANNYA.
Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
“Akan tiba pada manusia tahun penuh Kebohongan. Saat itu, orang Bohong dianggap Jujur. Orang Jujur dianggap Bohong. Pengkhianat dianggap Amanah. Orang Amanah dianggap Pengkhianat."
Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara. Ada orang bertanya :
“Siapa Ruwaibidhah itu ?”
Nabi SAW menjawab :
“Orang Bodoh yang menguruskan urusan umum.”
(HR. Ibnu Majah)
* KALAM SUFI.
Kemuliaan, Ketenangan, Kebahagiaan Keberuntungan dan Keselamatan buat diri kita akan semakin naik tinggi Martabatnya pada suatu hari kelak.
Dan ianya tidak akan pernah sama sekali turun dan turun mahupun terjatuh ataupun tersungkur.
Yang penting senantiasa sahaja BERTAUHID hanyalah kepada yang MAHA BERKUASA dan kekal teguh BERIMAN hanyalah kepada yang MAHA ESA.
MAHA PENCIPTA tidak akan pernah sesekali Menutupi segala Pintu-Pintu Nikmat dan Rahmat-Nya (Selagi Nyawa Dikandung Badan).
Doaku untuk AL-HAQ bukanlah untuk makanan atau segala apa-apapun, kerana Allah SWT yang memberikan segala Rezeki-Nya kepada sekelian Alam Semesta Raya.
Allah SWT tidak akan pernah Menciptakan segala sesuatu tanpa Nikmat, Rahmat dan Rezeki Dari-Nya.
YAKIN, PERCAYA dan BERSERAH DIRI hanyalah kepada Allah SWT yang MAHA MEMBERI dan MAHA MENCUKUPI segala sesuatu.
TUHAN SEKELIAN ALAM...
Kalam daripada seorang Kekasih (Wali Allah), dan setiap Insan haruslah Ingat akan Hal itu agar Keyakinan, Kepercayaan dan Keimanan Insan tidak akan pernah sesekali goyah mahupun pudar menghilang...
0 comments:
Catat Ulasan