KERAJAAN NEGERI SELANGOR ANJUR FESTIVAL THURATH ISLAMI 1 - 28 MEI 2023



Buat julung-julung kalinya, Festival Turath Islami Selangor diadakan di Shah Alam Selangor.

Festival Turath Islami Selangor bertujuan menyemarakkan minat terhadap warisan keilmuan Islam.

Festival ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Menteri Besar Selangor Incorporated, Jabatan Agama Islam Selangor, Asatizah Selangor, Akademi Pemikiran Turath, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Media Selangor

Mengangkat Kitab Ihya’ Ulumuddin

Festival Turath Islami Selangor kali ini mengangkat Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali. Festival ini membawakan tokoh ulama antarabangsa, iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab dan beberapa tokoh terkemuka dunia.

Lapan acara telah dirangka bermula seawal 1 Mei sehingga 25 Mei 2023 berpusat di Shah Alam, Selangor.

1. Talaqqi Kitab Ihya’ Ulumuddin
2. Daurah Afkar Ihya’ Ulumuddin
3. Seminar Penghayatan Ihya’ Ulumuddin
4. Jamuan Mahabbah Ulama-Umara
5. Muzakarah Ulama-Umara
6. Sama’ (pembacaan) Sifat Nabi SAW
7. Himpunan Ilmuan Muda Timur Tengah
8. Munaqasyah Ilmiah

#kitabkuning #tarekatNews
Share on Google Plus

About TvTarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan