Kursus Pemantapan Kerohanian/Ibadah Suluk ke-72 - Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan Kareem buat followers facebook & ahli jemaah yg dihormati.

Jom daftar Kursus Pemantapan Kerohanian/Ibadah Suluk ke-72 bagi memudahkan bahagian pengurusan pendaftaran, kedudukan kelambu, anggaran makanan & minuman, tugasan wakil, tahlil dan lain-lain. 

Info terkini, peserta yg telah berdaftar melalui link https://bit.ly/DAFTARSULUK72 adalah seramai 219 orang dan 119 orang peserta baru (semua peserta baru perlu melengkapkan 10 hari atau 50 waktu Solat berjemaah) jumlah peserta mengikut jantina ialah 149 lelaki & 70 perempuan.

Maklumat penting kepada semua peserta, bersempena bulan Ramadan, Pendaftaran Kursus Pemantapan Kerohanian/Ibadah Suluk ke-72 akan mula dibuka pada 6 April 2023 (Khamis) selepas Solat Zohor sehingga 4:00 petang di Dewan Solat Utama, Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Program secara rasmi akan bermula pada Solat Asar berjemaah pada 6 April 2023 (Khamis) dengan Majlis Khatam Pembukaan Suluk ke-72.
Dan program secara rasmi akan berakhir@tamat dengan Majlis Khatam Penutupan Suluk Ke-72 selepas Solat Asar berjemaah pada 16 April 2023 (Ahad).

Semua Peserta perlu berbuka puasa dan solat Jamak Taqdim (Maghrib & Isyak) berjemaah sebelum bersurai pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bersempena bulan berkat pahala digandakan 700 kali, Jangan lupa berwakaf tunai serendah RM30.00 / 1 unit bagi pembelian 2 ekar tanah berharga RM2 juta 
di link https://toyyibpay.com/binabudi 
lokasi Lot 2891, Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 

Pembelian ini adalah bertujuan :
1) Mengekalkan Pusat Perlindungan Astana Budi (40 org pesakit HIV lelaki)
2) Mengekalkan Manarah RSI (Refleksologi Spiritual Islam)(memberikan perkhidmatan setiap hari kepada 40-80 orang pesakit fizikal, gangguan makhluk halus dll) 
3) Pembinaan baru Pusat Tahfiz Manarah (Remaja)
pelajar)
4) Pembinaan baru bangunan Warga Emas
Harap maklum.
Sila daftar di https://bit.ly/DAFTARSULUK72
Share on Google Plus

About hjrozman

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan