BERADAB KEPADA GURU*

 


BERADAB KEPADA GURU
"ILMU KEROHANIAN TIDAK AKAN PERNAH MENGALIR KE HATI YANG TINGGI..."
GURU KEROHANIAN kita itu di ibaratkannya sebagai orang tua yang harus diperlakukannya seperti orang tua kita sendiri.
Dia yang menyuapi Cahaya daripada Tuhan, layaknya seorang ibu yang memberikan Kasih Sayang kepada anak-anaknya.
Dia yang melunakkan makanan sebelum ianya dimakan oleh anak-anaknya.
Apabila anak-anaknya itu dikotori oleh debu dan lumpur, maka ia akan memandikannya dan merapikannya kembali.
Begitulah juga apabila Hatimu yang sudahpun dikotori, maka Gurumulah yang akan membersihkanya semula.
Maka, tetaplah Rendah Hati didalam menuntut Ilmu, kerana apa-apapun yang kamu cari dan apa-apapun yang kamu tujui. Pada Hakikatnya kesemua itu telahpun terkandung didalam Hati Gurumu.
Ilmu itu di ibaratkannya air yang mengalir daripada tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah.
Kerananya, Ilmu sesekali tidak akan pernah mengalir kepada Hati yang tinggi.
Ketika kita mendatangi seseorang Guru, sedangkan seawalnya kita telahpun meninggikan Hati kita dengan menganggapkan bahawa dia tidak lebih pintar daripada kita.
Maka tidak akan setitis pun Ilmu yang mengalir kedalam Hati dan Fikiran kita.
Padahal Ilmu itu boleh sahaja datang daripada mana-mana sekalipun, termasuklah daripada orang-orang yang kita menganggapkannya lebih bodoh pada pandangan kita.
Ketika kita membaca sebuah tulisan yang berisi paparan Ilmu, sedangkan seawalnya kita telahpun meninggikan Hati kita, kita telah menganggapkan bahawa si penulis tidak lebih pintar daripada kita.
Maka tidak akan setitis Ilmu pun yang pernah mengalir kedalam Hati dan Fikiran kita.
Kerana, pada Hakikatnya air tidak akan pernah mengalir ke tempat yang lebih tinggi...
Mencaci maki Guru, berburuk sangka terhadap Guru, mencaci maki tulisan yang berisi Keilmuan. Maka itu tidak akan pernah membuatkan kita menjadi orang-orang yang Berilmu.
Bahkan, tidak akan menjadikan kita kelihatan seolah-olahnya Berilmu.
Justeru, Kebodohan dan Kejahilan kitalah yang terlihat daripada segala cacian dan kecaman yang kita lakukan itu.
Maka, Rendahkanlah Hati kita kepada Guru-Guru kita...
Rendahkanlah Hati kita pada setiap manusia, kerana setiap orang-orang itu boleh sahaja menjadi Guru kita. Walaupun ianya adalah seorang anak kecil.
Saidina Umar al-Khattab berkata :
"Aku menjadi seorang budak dihadapan orang yang mengajarkan aku walau satu huruf..."
Mungkin tidak semua yang keluar daripada lisan dan tulisan orang-orang itu mengandungi Ilmu.
Akan tetapi, tidak semuanya yang keluar daripada lisan dan tulisan orang-orang yang kita perlekehkan itu hampa tanpanya Ilmu.
Jikalaulah sedemikian, maka kesemua Berkah telahpun tercabut Daripada-Nya !
Begitulah pula dengan ILHAM (Petunjuk atau Bimbingan) daripada Tuhan yang tidak akan pernah sesekali mengalir kepada orang-orang yang tinggi Hatinya.
Maka, Rendahkanlah Hati kita untuk menimba segala macam Ilmu walaupun dimana-mana kita berada.
Dan janganlah sesekali kita Memusuhi akan perkara ataupun benda yang kita tidak ketahui atau yang kita tidak ada Ilmu tentangnya.
Sesungguhnya Ilmu Allah SWT itu adalah Maha Luas, bahkan Lautan dimisalkan menjadi Tinta sahaja tidak mampu untuk menuliskan segala Ilmu-Ilmu Allah SWT...
Firman Allah SWT :
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
(QS. Luqman : 27)
* MUZAKARAH GURU SUFI DAN MURIDNYA.
Murid :
Daripada manakah asalnya sebutan Syurga dan Neraka wahai Guruku ?.
Guru Sufi :
Menurut kamu, daripada manakah tempat yang disebutkannya sebagai Syurga dan Neraka itu berasal ?.
Murid :
Menurut Kitab Suci, Syurga dan Neraka itu adalah Ciptaan Tuhan.
Guru Sufi :
Lalu, daripada manakah munculnya sebutan Tuhan ?.
Murid :
Sebutan Tuhan berasal daripada Kitab Suci yang diturunkan sendiri oleh Tuhan.
Guru Sufi :
Siapakah yang mengajarkan kepadamu bahawa Kitab Suci itu diturunkan oleh Tuhan ?.
Murid :
Ahli-ahli Agama yang mengatakannya wahai Guruku, bahawa Kitab Suci itu diturunkan oleh Tuhan.
Guru Sufi :
Daripada manakah ahli-ahli Agama itu mengetahui bahawa Kitab Suci itu diturunkan oleh Tuhan ?
Bukankah Tuhan didalam Kitab Suci itu justeru diciptakan oleh manusia ?
Murid :
Maaf Guruku, itulah yang sampai kesaat ini saya tidak mengertinya.
Guru Sufi :
Ketahuilah wahai anakku, bahawa disepanjang kehidupan yang kamu ketahui tentangnya Tuhan, Syurga dan Neraka, juga Ramalan tentangnya Hari Kiamat itu adalah berasal daripada penuturan orang-orang lain.
Dan orang-orang lain itu boleh jadi adalah orang tuamu, Guru sekolahmu, Guru Agamamu, para penceramah Agama ataupun buku-buku Agama yang dituliskan oleh seseorang, betul ?
Murid :
Benar sekali wahai Guruku.
Guru Sufi :
Tahukah kamu bahawa orang-orang lain itu juga mengertinya akan istilah-istilah itu daripada penuturan orang-orang lain pula.
Maka sedemikianlah seterusnya, orang-orang mendengar cerita daripada orang-orang lain dan berkeyakinan bahawa itu adalah nyata kerana percaya dengan kata-kata orang-orang lain. Betul ?
Murid :
Betul wahai Guruku.
Guru Sufi :
Sekarang tanyakanlah kepada dirimu sendiri, apakah orang-orang lain yang boleh bercerita dan mengajarkan kepadamu tentangnya Tuhan, Syurga, Neraka dan Hari Kiamat itu. Sudahpun pernah bertemu dan bertatap wajah dengan Tuhan ?
Dan apakah mereka sudah pernah melihat keadaannya Syurga dan Neraka, dan mengetahui bilakah dunia tempat kita berada dan hidup ini akan Kiamat ?
Murid :
Jikalau saya mempergunakan Akal Waras saya, ianya adalah mendengarkan Suara Hati saya sendiri.
Maka, saya menyimpulkan bahawa tidak ada seorangpun manusia yang pernah bertemu dan melihat Wujudnya Tuhan dan tidak seorangpun yang pernah melihat Syurga ataupun Neraka.
Apalagi pernah mendatangi kedua-dua tempat itu, dan tidak ada satupun yang mengetahui apakah itu Hari Kiamat.
Guru Sufi :
Jikalau begitu, mengapa kamu masih bertanya kepadaku ?
Daripada manakah asalnya Syurga dan Neraka, bukankah dengan mengajukan pertanyaan seperti itu, berertinya kamu tidak memiliki Keyakinan akan dirimu sendiri dan kamu telahpun mengabaikan Suara Hatimu sendiri ?
Murid :
Hal itu saya pertanyakan adalah kerana, sewaktu saya masih kanak-kanak, saya telahpun diajarkan oleh orang tua dan Guru Agama saya, bahawa saya haruslah memiliki IMAN.
Yakni, untuk Percaya walaupun saya tidak melihatnya.
Kata Guru Agama saya :
"IMANMU YANG AKAN MENYELAMATKANMU..."
Guru Sufi :
Oleh sebab kamu Percaya walaupun tidak melihatnya, tidak menyelidikinya, tidak membuktikan Kebenaran akan Hal-Hal yang kamu Percayai sebagai Kebenaran itu bersumber daripada apa kata-kata orang.
Maka, Akal Budimu menjadi tidak berfungsi sama sekali.
Dengan sedemikian, kamu telahpun menyangkal keberadaanmu sebagai Makhluk yang paling Sempurna dan Mulia yang mampu untuk Berfikir.
Padahal itulah yang membezakan kamu dengan makhluk-makhluk yang lainnya.
Murid :
Lalu apakah yang harus saya perbuat untuk menyikapi akan ajaran sebegitu wahai Guruku ?
Guru Sufi :
Tidak perlu kamu menanggapi segala ajaran yang tidak logik.
Tidak usahlah kamu membayang-bayangkan Syurga mahupun Neraka.
Dan tidak ada gunanya kamu takut akan Hari Kiamat.
Lakukanlah segala Hal-Hal yang Nyata, dan teruslah senantiasa membuat segala Kebajikan dan Kebaikan.
Menjalankan segala Sifat-Sifat yang Terpuji dan menjauhi segala sifat-sifat yang tercela.
Perlakukanlah orang-orang lain seperti kamu ingin diperlakukan oleh orang-orang lain terhadap dirimu sendiri. Selebihnya bukan menjadi urusanmu.
Ketahuilah wahai anakku...
Bahawa ajaran yang melahirkan Ketakutan dan Menjanjikan Hadiah yang luarbiasa bagi para pengikutnya setelah mereka mati kelak, itu pada Hakikatnya adalah ajaran yang mempunyai tujuan tertentu untuk menguasai orang-orang lain bagi tujuan-tujuan yang tidak baik, dan kebanyakkannya tujuan mereka adalah Duniawi Tipu Daya semata-mata.
Di akibatkan Ketakutan yang menghantui mereka, para pengikut ajaran itu akan berusaha bermati-matian untuk mencari pelindung sebagai ubat penawar Ketakutannya, sekaligus sebagai pemberi jaminan Kebahagiaan di Hari Kematiannya kelak.
Ketahuilah bahawa, Ketenangan dan Kebahagiaan itu hanyalah mungkin Terwujud daripada dalam dirimu sendiri atau diatas segala usahamu sendiri, dan bukanlah ianya diatas pemberian daripada sesiapapun diluar dirimu.
'ROH SUCI' itu 'ADA' didalam dirimu sendiri, dan bukanlah berada diluar dirimu...
Maka, Berfikirlah dan berbuatlah yang Baik dan Benar, nescaya kamu akan menjalani kehidupanmu di Duniawi ini sepertinya didalam Syurga, kerana 'ROH SUCI' akan Membimbing dirimu disepanjang kehidupanmu.
Duka nestapa dan segala sakit penyakit itu adalah bersumber daripada dalam dirimu sendiri, daripada Fikiranmu sendiri.
Maka, aturlah dirimu dengan Bijaksana, baik pada Fikiran dan perbuatanmu.
Maka Neraka tidak akan pernah boleh membakar Jiwamu, dan kamu akan Menikmati Keindahan Syurga yang sesungguhnya. Selagi kamu masih hidup didalam Duniawi Tipu Daya ini.
Segala yang Baik ataupun yang buruk, itu adalah bersumberkan daripada Fikiran.
Jikalau Fikiranmu bersih, maka Teranglah Jalan yang akan kamu lalui.
Jika Fikiranmu kotor, maka akan gelaplah segala keadaan disekelilingmu.
Itulah Syurga atau Neraka yang sebenar-benarnya, dan Kiamat akan Membinasakan Jiwamu, apabila Fikiranmu kotor dan gelap.
Tidak adanya Cahaya Penerang yang boleh muncul untuk Membimbingmu bagi menemukan Kesedaranmu yang Haqiqi.
Murid :
Terima kasih wahai Guruku diatas segala pencerahan ini.
Gelap dan Terang hidup ini adalah bersumberkan daripada Fikiran kita sendiri pada Hakikatnya.
Dari dalam Fikiran ini, maka terciptalah Syurga atau Neraka, Ketenangan ataupun Kesengsaraan.
Guru Sufi :
Sekarang kamu telah memahami akan HAKIKAT-NYA bukan ?
Semoga Keselamatan, Kedamaian, Ketenangan, Kesejahteraan dan Kebahagiaan akan selalu bersama-sama kita semua sebagai makhluk Ciptaaan-Nya yang paling Sempurna dan Mulia...

( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan