TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT

 


TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT
"Jikalau kamu ada melihat seseorang (AHLI HAKIKAT) itu menjawab setiap pertanyaan dan menerangkan setiap penglihatannya (MATA HATI) dan menceritakan setiap yang diketahuinya. Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya yang demikian itu adalah Tanda Kejahilannya..."
Manusia itu digesa supaya menggunakan Akal Fikirannya untuk Mengaji dan Mengkaji tentangnya Kejadian-Kejadian Alam Maya Ciptaan Allah SWT yang MAHA PENCIPTA.
Semakin mendalam Pengetahuannya tentang Ciptaan Allah SWT, maka akan semakin kelihatanlah segala KEBESARAN-NYA dan KEAGUNGAN-NYA.
Lalu akan semakin bertambahlah pula Keinsafannya tentang Kelemahan yang ada pada diri manusia itu, terutamanya didalam menghuraikan 'HAL KETUHANAN'.
Ilmu Pengetahuan yang mahir didalam perbahasan tentangnya makhluk menjadi tidak bermaya apabila ianya mencuba untuk menyingkapi 'RAHASIA-RAHASIA KETUHANAN'.
Apabila seseorang itu telahpun Mengakui akan Kejahilan dirinya, maka Hakikatnya seseorang itu telahpun 'MENYERAHKAN' dirinya dengan BERIMAN kepada Allah SWT.
'PENYERAHAN' ini dinamakannya sebagai 'ASLIM' dan orang-orang yang berbuat demikian dinamakannya sebagai umat 'ISLAM'.
Orang-orang yang BERIMAN itu tidaklah membahaskan tentangnya Allah SWT, kerana mereka Mengakui akan Kelemahan Akalnya didalam bidang tersebut.
"Bidang yang tidak dapat Diterokai oleh AKAL, namun masih mampu Dijangkaui pula oleh HATI..."
HATI yang Suci dan Bersih pula akan mengeluarkan CAHAYA-NYA yang dinamakannya sebagai 'NUR QALBU'.
NUR QALBU pula akan Menerangi AKAL dan Bersuluhkan CAHAYA NUR QALBU ini.
Maka AKAL akan dapat Menyambungkan kembali Perjalanannya daripada 'Stesen' ia telah Berhenti.
Perjalanan AKAL yang Diterangi oleh CAHAYA NUR QALBU itu pula akan mampu Menyingkapi segala Perkara-Perkara Ghaib dan BERIMAN dengannya.
Walaupun Akal manusia itu umumnya Menafikannya.
Terdapatnya perbezaan yang besar diantara Akal biasa dengan AKAL yang diterangi oleh NUR.
(Orang awam dan Orang Khawasul Al-Khawas...)
Akal biasa akan BERIMAN kepada Allah SWT hanya berdasarkan Dalil-Dalil yang Nyata dan Logik Akalnya sahaja.
Manakala AKAL yang beserta NUR pula akan mampu Menyelami dibawah ataupun disebalik yang Nyata.
Iaitu, Perkara-Perkara Ghaib dan BERIMAN kepada Allah SWT berdasarkan 'PENGALAMAN' tentangnya Perkara-Perkara Ghaib.
Walaupun Perkara-Perkara Ghaib itu tidak dapat diterima oleh Akal biasa, tetapi AKAL yang Bersuluhkan NUR itu pula tidak akan sedikitpun ragu-ragu terhadapnya.
Pengetahuan yang terhasil daripada cetusan ataupun tindakan NUR ini dinamakannya sebagai ILMU HAKIKAT, ILMU GHAIB, ILMU RABBANI atau ILMU LADUNI.
Walau apa-apapun istilah yang digunakannya, ianya adalah Pengetahuan tentang KETUHANAN yang didapatinya dengan cara 'MENGALAMINYA' sendiri tentang 'HAL-HAL KETUHANAN'.
Bukanlah dengan menurut perkataan-perkataan orang-orang lain dan juga bukanlah dengan menuruti segala sangkaan-sangkaannya sendiri melainkan GURU MURSYID.
Maka HATI lah yang MENGALAMI akan HAL-HAL tersebut dan PENGALAMAN ini dinamakannya dengan PENGALAMAN RASA, DZAUK atau HAKIKAT.
Apa yang DIALAMI oleh HATI itu tidaklah dapat dilukiskan, digambarkan ataupun dibahasakan.
Lukisan, gambaran dan bahasanya pula hanyalah sekadar menggerakkan pemahaman sahaja, sedangkan hal yang sebenar-benarnya adalah tersangat-sangatlah jauh berbeza.
Jikalau HAL PENGALAMAN HATI itu dipegang hanya pada lukisan, gambaran dan bahasa ibarat. Maka seseorang itu akan menjadi keliru.
Jikalau lukisan dan simbol di iktikadkan sebagai HAL KETUHANAN, maka yang demikian itu adalah Kufur !
PEMEGANG ILMU GHAIB itu pula terdiri daripada dua golongan, iaitu :
1) Golongan pertama.
Golongan ini adalah orang-orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentangnya TAUHID dan Latihan PENYUCIAN HATI menuruti TAREKAT dan TASAWWUF.
Pembelajaran dan Latihan yang mereka lakukan ini tidaklah pula membuka bidang HAKIKAT.
Ini membuatkan mereka sangat-sangat mengerti akan 'NILAI' dan 'KEDUDUKAN' (Maqam) 'ILMU GHAIB' yang sukar diperolehi itu.
Mereka hanya akan dapat Belajar, Melatih Diri, kemudiannya menanti dan terusan menanti sampailah Ajalnya tiba.
Jikalau Allah SWT berkenan, maka Dikurniakanlah SINARAN NUR yang Menerangi HATI si Salik itu.
Maka Salik itupun akan MENGALAMI dan Berpengetahuan tentangnya HAKIKAT.
Pengetahuan yang diperolehi itu sangat-sangatlah 'BERHARGA' baginya dan DIJAGANYA dengan benar-benar.
Tidaklah pula dibukakannya kepada orang-orang lain, kerana dia sangat-sangatlah mengetahui bahawa orang-orang ramai akan sukar untuk Memahami perkara-perkara yang telahpun DIALAMINYA itu.
Melainkan sesama 'AHLINYA' ataupun sesama mereka yang telahpun 'SAMPAI' ke 'MATLAMATNYA'...
2) Golongan kedua.
Golongan ini tidaklah pula melalui pelbagainya Proses Pembelajaran dan Latihan, sepertimananya golongan yang pertama tadi.
Golongan ini pula hanya dengan secara tiba-tiba sahaja dibukakan HAKIKATNYA kepada mereka (Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui mengapakah p DIA melakukan demikian).
Oleh sebab mereka memperolehinya dengan MUDAH sahaja dan TANPANYA ASAS PENGETAHUAN YANG KUAT.
Maka mereka ini tidak akan mengetahui bahawa 'NILAI' dan 'KEDUDUKAN' (Maqam) yang sebenar-sebenarnya Pengetahuan yang telahpun mereka perolehi itu.
Maka mereka akan menyangkanya sebagai Ilmu yang biasa-biasa sahaja.
Lantaran mereka memahaminya, maka mereka telah menyangka bahawa orang-orang lain juga telah memahaminya sepertimana mereka memahaminya.
Sebab itulah mereka dengan sangat mudah sahaja memperkatakan ILMU RAHASIA tersebut dihadapan orang-orang ramai (Orang awam) tanpanya Adab dan Batas.
Oleh sebab Ilmu ini tidak dapat diceritakannya kecuali dengan Ibarat, maka satu daripada dua kemungkinan akan berlaku :
1) Pertama.
Lantaran orang-orang ramai pula akan melihat latar belakang Insan-Insan HAKIKAT itu tadi tidak mempunyai Asas Agama yang kuat pada pandangan mereka (Pandangan awam).
Bukannya orang-orang yang kelihatannya Alim, warak, berjubah, berserban dan sebagainya.
Maka mereka akan menganggapkannya sebagai pembohong dan pembawa cerita khayal.
2) Kedua.
Kemungkinannya akan ada orang-orang yang mempercayainya, tetapi kepercayaan itu pula tertuju kepada "IBARAT" sahaja, bukanlah kepada yang di Ibaratkannya.
Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak Sempurna.
Oleh disebabkan itulah,
Tersangat-sangatlah DILARANG KERAS !
Untuk memperkatakan tentangnya ILMU HAKIKAT ini kepada orang-orang yang bukan 'AHLINYA' atau orang-orang yang belum 'SAMPAI' ke Puncaknya.
Orang-orang yang menceritakannya dengan mudah sahaja kepada orang-orang ramai (Orang awam) tanpanya Adab dan Batas.
Maka orang-orang seperti itu disebutkannya sebagai 'ORANG JAHIL' yang tidak mengetahui betapa besarnya 'NILAI BERLIAN' yang ada padanya.
Disebabkan itu jugalah,
Kebanyakannya Guru-Guru HAKIKAT, MA'RIFAT dan TASAWWUF telahpun MELARANG KERAS kepada yang bukan 'AHLINYA' untuk membaca segala tulisan-tulisan dan kitab-kitab mereka.
Kerana apabila orang-orang yang kurang pemahamannya atau yang tidak 'SAMPAI' Ilmunya telah membaca tulisan-tulisan dan kitab-kitabnya. Maka akan timbullah pelbagainya Fitnah, tuduhan, andaian dan sebagainya.
Kecuali orang-orang ramai (Orang awam) itu mencari dengan bersungguh-sungguh GURU MURSYID dan duduk belajar dengan sepenuh Adabnya, bagaikan bayi dihadapannya...
Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila seseorang membicarakan sesuatu kepada orang lain (sambil) menoleh kanan kiri (kerana yang dibicarakannya itu RAHASIA) maka itulah AMANAH (yang harus dijaga).”
(HR. Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila AMANAH disia-siakan, maka tunggu datangnya Kiamat.”
Lalu ada yang bertanya : “Bagaimana AMANAH itu disia-siakan ?”
Maka, Baginda SAW menjawab :
“Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan AHLINYA, maka tunggulah Kiamat.”
(HR. Bukhari)
Firman Allah SWT :
“Wahai orang yang Beriman ! Janganlah kamu mengkhianati (Amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati Amanah-Amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
(QS. Al-Anfaal : 27)

( Sumber dari Syeh Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan