PENGHALANG MA'RIFATULLAH

 


PENGHALANG MA'RIFATULLAH
Perkara-perkara yang akan menghalangi seseorang Insan daripada MENGENAL ALLAH SWT...
Diantaranya adalah :
1) BERSANDAR KEPADA PANCAINDERA.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan (ingatlah), ketika kamu berkata : “Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya.”
(QS. Al-Baqarah : 55)
Maksudnya :
Melihat Allah SWT dengan mata kepalanya sendiri.
Kerana, permintaan yang semacam ini adalah menunjukkan Keingkarannya dan Ketakaburannya mereka, sebab itulah mereka disambar halilintar sebagai Azab daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Ahli kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata : “Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata”. Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya, dan mereka menyembah anak lembu, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami maafkan (mereka) dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata."
(QS. An-Nisa : 153)
Maksudnya :
Anak lembu itu telah dibuat oleh mereka daripada emas untuk disembah.
Mereka tidak sesekali Beriman kepada Allah SWT dengan hanya dalil tidak Melihat Allah SWT, padahal banyak Hal yang tidak boleh mereka lihat tetapi mereka meyakini akan keberadaannya seperti :
Gaya graviti bumi, arus listrik, akal fikiran dan sebagainya.
2) KESOMBONGAN.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya."
(QS. Al-A'raf : 146)
Yang dimaksudkan dengan ayat-ayat disini ialah :
Ayat-ayat Taurat dan kepada umat Islam pula adalah Al-Qur'an.
Iaitu tanda-tanda Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT.
Kesombongan yang menghalangi mereka daripada MENGENAL ALLAH SWT.
Walau telahpun diperlihatkan kepada mereka akan Ayat-Ayat Allah SWT, tetapi mereka tetap juga mengingkarinya sehinggalah datangnya Azab Allah SWT.
3) LENGAH.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian (dengan dunia) lagi berpaling (daripada-Nya)."
(QS. Al-Anbiya' : 1)
"Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al-Qur’an pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main."
(QS. Al-Anbiya' : 2)
"(lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka : “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu padahal kamu menyaksikannya ?."
(QS. Al-Anbiya' : 3)
Yang mereka maksudkan dengan sihir disini, ialah :
Ayat-Ayat Al-Qur’an atau Kalam-Kalam Allah SWT.
4) BODOH.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata : “Mengapa Allah tidak (langsung) berbicara dengan kami atau datang tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada kami ?” Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin."
(QS. Al-Baqarah : 118)
5) RAGU-RAGU.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahawa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mu’jizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah : “Sesungguhnya mu’jizat-mu’jizat itu hanya berada di sisi Allah”. Dan apakah yang memberitahukan kepadamu bahawa apabila mu’jizat datang mereka tidak akan beriman."
(QS. Al-An'am : 109)
Maksudnya adalah :
Orang-orang musyrikin yang bersumpah bahawa jikalau datangnya Mu’jizat, maka mereka akan Beriman.
Oleh kerana itulah orang-orang Muslimin berharap kepada Nabi agar Allah SWT dapat menurunkan segala Mu’jizat yang dimaksudkannya.
Allah SWT telah menolak pengharapan kaum Mu’minin dengan ayat ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur'an) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat."
(QS. Al-An'am : 110)
6) TAQLID.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Apabila dikatakan kepada mereka : “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. Mereka menjawab : “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk ?."
(QS. Al-Ma'idah : 104)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata; "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka."
(QS. Az-Zukhruf : 23)
NOTA :
Mudah-mudahan kita semuanya akan miliki KESEDARAN dan mendapatkan PERINGATAN yang Sempurna.
Dan juga terhindar daripada segala sifat-sifat yang dapat Menghalangi kita didalam MENGENAL ALLAH SWT...PENGHALANG MA'RIFATULLAH*

( Sumber dari Syeh Haqtullah )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan