MENGENAL ALLAH YANG HAQIQ

 


MENGENAL ALLAH YANG HAQIQI

Seawal-awalnya BERAGAMA itu adalah MENGENAL ALLAH terlebih dahulu !
Yang paling WAJIB dan paling Bermaknanya didalam kehidupan seseorang itu ialah, apabila ia mempunyai AGAMA.
Sementara KEMULIAAN seseorang didalam BERAGAMA itu pula adalah bergantung kepada sejauh mana ianya MENGENAL ALLAH.
Jikalau seseorang itu tidak MENGENAL ALLAH yang menurunkan AGAMA untuknya itu, maka AGAMA (AQIDAH dan AMAL IBADAH) itu menjadi "TIDAK SAH" !
Walau secerdik pandai apapun seseorang itu membaca akan AYAT-AYAT ALLAH, tetapi jikalau ianya sendiripun tidak MENGENAL ALLAH.
Maka, segala Ayat-Ayat yang dibacanya itu sedikitpun tidak akan memberikan apa-apapun Erti dan Makna kepadanya.
* MENGENAL ALLAH SWT.
Allah telahpun memberikan Penegasan dan meminta agar setiap orang untuk Mengenali-Nya dengan sebaik-baiknya Pengenalan.
Malah, sesiapa sahaja yang tidak MENGENAL ALLAH (Ma'rifat Dengan-Nya).
Maka akan Celakalah diri seseorang itu !
Ertinya : “Dan orang-orang yang kafir (tidak percaya) dengan ayat-ayat Allah dan pertemuan (menindakkan) dengan Dia, mereka akan putus asa dari Rahmat-Ku dan mereka itu mendapat azab yang pedih."
(QS. An Kabut : 23)
Melalui Firman Allah ini telahpun memberikan Peringatan bahawa, sesiapa sahaja yang tidak Mempercayai dan Meyakini akan Kebenaran-Nya dan menindakkan akan Pertemuan Dengan-Nya.
Maka orang-orang yang sebegitu akan mendapatkan Azab yang sangat-sangatlah pedih.
Orang-orang yang tidak MENGENAL ALLAH itu tidak akan membawa apa-apa Erti dan Makna sekalipun didalam kehidupannya.
Kerana hidupnya orang-orang seperti itu hanyalah bagaikan haiwanan ataupun dedaunan kering yang bergelimpangan diatas muka bumi Allah ini sahaja.
Bagaikan "BANGKAI YANG BERJALAN..."
Bukankah setiap orang-orang itu adalah Insan-Nya yang Diciptakan-Nya ?
Maka, sudah pastilah secara logiknya sebagai Insan yang Diciptakan-Nya itu mestilah Mengenal akan Penciptanya sendiri.
Tanpa memiliki Ilmu, maka tidak mungkin seseorang itu akan dapat Mengenal dan Mengetahui apa-apapun Tentang-Nya.
Adanya empat Maqam Ilmu yang paling penting sekali, yang Wajib untuk diketahui dan dimiliki oleh setiap orang.
Didalam usaha untuk 'SAMPAI' Kepada-Nya...
Ilmu-Ilmu itu telahpun disusun Sempurna mengikuti Peringkat ataupun Maqam pemahamannya, seperti :
1) Syariat.
2) Tarekat.
3) Hakikat.
4) Ma'rifat.
* HURAIAN SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MA'RIFAT.
1) SYARIAT.
Syariat itu adalah Ilmu Hukum yang berhubungan dengan Peraturan dan Tatacara Hidup bagi setiap orang yang telahpun ditetapkan oleh Allah dengan Pentafsiran oleh Rasul-Nya.
Peraturan ini telahpun diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraannya Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW.
Peraturan ini berlaku didalam kesemua bidang kehidupan setiap orang, sama ada didalam soal Aqidah, soal Ibadah, soal Muamalat, soal Munakahat dan lain-lainnya juzuk kehidupan.
Peraturan (Syariat) itu juga adalah untuk membolehkan setiap orang itu menjalankan segala Amal Ibadahnya kepada Allah melalui Hukum Syariat...
2) TAREKAT.
Tarekat itu ialah merupakan satu Jalan yang kearah untuk Pensucian Diri (Jiwa atau Rohani) bagi Mengenal Diri dan MENGENAL ALLAH.
Pengertian Tarekat ini juga ialah Amalan-Amalan untuk membolehkan Mengenal Diri dan seterusnya untuk boleh 'Sampai' kepada Allah.
Segala Amalan-Amalan itu akan menekankan kepada Pensucian Jiwa dan Rohani atau juga kepada Penegakan Syariat (Undang-Undang) Allah yang konsisten (Istiqomah).
Kerana secara logiknya, sesuatu yang Suci (Allah) itu hanyalah akan dapat 'Sampai' oleh Insan-Insan yang Suci sahaja...
3) HAKIKAT.
Hakikat itu ialah Ilmu Mengenal Diri dan Kebenaran Allah.
Ilmu ini tersangat-sangatlah penting sekali, kerana selagi seseorang itu tidak dapat mengetahui siapakah Hakikat Diri yang sebenar-benarnya.
Maka, selama itulah seseorang itu sesekali tidak akan dapat mengetahui segala-galanya, sama ada tentang diri sendiri mahupun mengenai Allah.
Ilmu Hakikat ini juga ialah Ilmu yang mendasari kepada dasar sesuatu Hakikat Kejadian dan Kebenaran Allah.
Maka Ilmu inilah yang akan Memperkenalkan kepada seseorang itu bahawa Siapakah Dirinya yang sebenar-benarnya...
4) MA'RIFAT.
Ma'rifat itu ialah Ilmu yang paling mendalam dan yang paling tertinggi sekali.
Ilmu Ma'rifat juga bolehlah dikatakannya sebagai Kemuncak kepada Ilmu Qalam dan Ilmu Syahadah.
Apabila ketiga-tiga Ilmu ini telahpun dapat Disempurnakannya, maka akan terbentuklah Ilmu Ma'rifat.
Peringkat kecemerlangan Ma'rifat ini ialah, orang-orang yang menguasai ketiga-tiga Cabang Ilmu, iaitu :
a) Qalam.
b) Syahadah.
c) Ghaib.
Selagi tidak dapat menguasai keempat-empat Cabang Ilmu itu, maka janganlah diharapkan seseorang itu dapat 'Sampai' kepada Allah.
Firman Allah SWT :
“Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih sesat dari jalan yang benar. ”
(QS. Al-Isra' : 72)
Tanpanya kesemua Ilmu itu, maka tidak akan mungkin seseorang itu dapat MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya atau tidak akan pernah sesekalipun 'Sampai' Kepada-Nya...
* HURAIAN DZAT, SIFAT, AF'AL DAN ASMA.
1) DZAT.
Dzat itu adalah sesuatu yang tidak berbentuk dan berjisim.
Ianya tidaklah sesekali boleh digambarkan dengan apa-apapun bentuk dan warna.
Dzat Allah adalah Milik-Nya yang Mutlak dan Tersendiri, dan Dzat Allah itu Meliputi sekelian alam.
"Aku datang dari Cahaya Allah dan seluruh Alam..."
Ertinya : ”Daripada Allah kamu datang dan kepada Allah kamu dikembalikan.”
(QS. Al Baqarah : 156)
2) SIFAT.
Sifat Allah itu pula ialah tentangnya sesuatu yang hidup, berbentuk, berwarna dan apa-apa juga bentuk yang dapat dirasakan, dihidukan, didengarkan dan disentuh. Maka kesemuanya itu adalah Sifat Allah.
Kesemua yang Wujud diatas muka bumi ini, sama ada ianya sesuai ataupun tidak dengan Jiwa seseorang itu. Maka kesemuanya itu adalah Sifat dan Dzat Allah semata-mata.
Ertinya Sifat itu ialah, sesuatu Kejadian itu adalah diatas Kehendak dan Keredhaan Allah semata-mata.
Tidak adanya sesuatupun Kejadian yang bukan diatas Kehendak dan Kemahuan-Nya.
Didalam istilah lainnya pula, apa-apa sahaja yang Wujud didalam dunia ini adalah sebagai Membayangkan Sifat, ataupun Wajah Allah didalam Pandangan Zahir (Mata kasar).
Sifat Allah itu ialah,
Tiada yang hidup, tiada yang mengetahui, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehendak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat dan tiada yang berkata-kata.
Pada Hakikatnya, kesemuanya itu hanyalah Allah semata-mata.
3) AF'AL.
Af’al itu ialah Perbuatan.
Sesuatu yang berlaku diatas muka bumi ini adalah diatas Perbuatan Allah semata-mata.
Tidak adanya yang Berbuat segala sesuatu itu melainkan kesemuanya adalah diatas Qudrat (Kuasa) dan Iradat (Kehendak) Allah semata-mata.
Segala Perbuatan-Perbuatan yang Baik itu adalah Perbuatan-Nya, manakala segala Perbuatan-Perbuatan yang Jahat itu juga adalah Perbuatan-Nya.
Ertinya : “Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Ia berkehendak (untuk mencipta) sesuatu maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan ‘Jadilah’ lalu jadilah ia.”
(QS. Al-Baqarah : 117)
Af’al Allah itu ialah,
Tiada yang Empunya segala sesuatu Perbuatan didalam alam ini, melainkan kesemuanya itu hanyalah Perbuatan Allah semata-mata.
4) ASMA.
Asma itu ertinya Nama.
Setiap apa-apa yang disebutkan diatas muka bumi ini dan yang mampu dilafazkan oleh Lidah dan Hati itu adalah merupakan Nama Allah.
Sama ada Nama itu kotor dan jelek pada pengertiannya ataupun ianya baik, maka segala-galanya itu adalah juga Nama Allah.
Nama Allah yang 99 itu adalah Nama Sifat-Sifat-Nya. Sebaliknya, pengertian Asma itu lebih luas dan lebih mendalam daripada itu.
Asma itu Meliputi apa-apapun sahaja Nama dan Bunyi yang dapat Disebutkan oleh Mulut, Didengari oleh Telinga. Sehinggalah kepada segala sesuatu yang dapat dimengertikan oleh Hati seseorang.
Ertinya : “Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingat bahawa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu.”
(QS. Fussilat : 54)
Apa-apa sahaja Perkataan dan Sebutan yang keluar daripada Mulut, maka itu kesemuanya adalah Nama-Nama-Nya semata-semata.
Didalam istilah lainnya, setiap segala Sebutan itu adalah Nama Allah !
Kita sebenar-benarnya Berkomunikasi dengan Allah melalui Nama-Nama-Nya.
* PENGERTIANNYA.
Maka, itulah empat perkara paling penting sekali yang harus diketahui dan difahamkan dengan sebaik-baiknya oleh setiap orang.
Jikalau seseorang itu telahpun Mengenal-Nya dengan sebenar-benarnya, maka Kenallah ia kepada Allah.
Namun, jikalau seseorang itu tidak Mengenal-Nya dengan lebih mendalam, maka itu berertinya nipislah Pengenalan (IMAN) seseorang itu kepada Allah.
Setelah dapat Mengenali dengan lebih mendalam terhadap ke empat-empat perkara Dzat, Sifat, Af’al dan Asma.
Maka, barulah seseorang itu akan dapat merasakan bahawa, Allah itu Meliputi sekelian alam.
Dan juga, barulah seseorang itu akan dapat menghayati segala Pengertian dan Makna didalam Surah Qul Hua’Lah yang bermaksud :
Ertinya : “Katakan; Dia adalah Allah, Maha ESA. Allah adalah pergantungan. Tidak beranak, dan tidak Dia diperanakkan. Dan tidak ada bagi-Nya yang setara, seorang pun.”
(QS. Al-Ikhlas : 1-4)
* KESIMPULANNYA.
Hakikatnya seseorang INSAN itu sememangnya sangat-sangatlah boleh MENGENAL ALLAH dan MENYAKSIKAN ALLAH.
Malah perkara-perkara ini WAJIB dan merupakan FARDU AIN bagi setiap umat Islam yang benar-benar mahu BERIMAN.
MENGENAL, PERTEMUAN atau PENYAKSIAN dengan ALLAH itu adalah sebagai BUKTI bahawa seseorang INSAN itu mempunyai TUHAN SEMESTA ALAM dan juga kembali BERSERAH DIRI dan MENTAUHIDKAN-NYA.
Serta untuk MENYATAKAN SUMPAH JANJINYA INSAN itu semasa di ALAM ROH lagi...

( Sumber dari Syeh Haqtullah )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan