KESUCIAN DIRI*

 


KESUCIAN DIRI*
MENGHANCURKAN BERHALA DIRI DAN BERHALA DUNIAWI DENGAN PERJALANAN TASAWWUF (PENSUCIAN JIWA)...
Baginda Nabi SAW itu tersangat-sangatlah Kaya !
Bahkan, Kekayaannya Nabi SAW itu mampu mengatasi Kekaisaran Romawi dan Parsi pada ketika itu.
Bahkan Nabi SAW sendiri pernah ditawarkan dengan Bulan dan Matahari dan segala isinya.
Tetapi Nabi SAW hanya memilih cara kehidupannya "ORANG-ORANG MISKIN" sahaja
Dan Nabi SAW juga suka duduk bersama-sama dengan ORANG-ORANG MISKIN.
Nabi SAW itu sangat-sangatlah Kaya pada Hakikatnya !
Tetapi Beliau tetap makan sepertinya ORANG-ORANG MISKIN sahaja.
Dan rumah Beliau juga pun seperti rumahnya ORANG-ORANG MISKIN.
Nabi SAW itu sangat-sangatlah Kaya pada Hakikatnya !
Tetapi pakaian Beliau tersangat-sangatlah buruk dan Beliau akan memakainya sehinggalah lusuh serta koyak dan akan ditampalnya lagi.
Daripada Abu Bardah RA daripada bapanya berkata;
"Aisyah RA telah menunjukkan kepada kami sehelai kain sarung yang telah lusuh sambil berkata bahawa Rasulullah SAW ketika wafatnya memakai pakaian ini."
(HR. al-Bukhari)
Sama seperti anaknya yang Tercinta, iaitu Saiditina Fatimah Az-Zahra RA yang bajunya juga bertampal-tampal. Sehinggakan adanya 40 tampalan pada bajunya.
Dan begitulah juga dengan Para Sahabat, sepertinya Saidina Umar Al-Khattab yang memiliki 12 tampalan pada bajunya dan tidur dikaki-kaki lima pasar hanya beralaskan pelepah kurma. Sedangkan beliau adalah 'Amirul Mukminin'.
Sekiranya dinisbahkan dengan keadaan zaman moden sains dan teknologi hari ini, yang rata-rata umat manusia tertipu didalamnya.
Maka sudah tentulah mereka ini merupakan golongan yang akan dipandang rendah dan hina oleh umat Islam sendiri !
Inilah permainan Dajjal Laknatullah di Akhir Zaman ini, iaitu dengan menukarkan persepsi dan mentaliti umat manusia supaya hanya fokus kearah Kemewahan, Keindahan, Kecantikan dan yang bersifat Keduniawian semata-mata.
Tahukah anda, apakah Hakikat daripada PERJUANGAN ISLAM itu ?
Bukankah Agama Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW itu adalah mengajarkan kita untuk Mencintai Akhirat melebihi Duniawi Palsu yang sementara ini, dan mengajarkan kita ertinya Kesamarataan ataupun Keadilan.
Kebanyakannya umat Islam Akhir Zaman hari ini yang selalu mencanang-canang, bahawa kononnya terlalu Mencintai 'SUNNAH' Baginda Nabi SAW, dan mahu mencontohi Akhlaknya Nabi SAW.
Tetapi sayangnya, tidak pula sanggup mengikuti SUNNAH yang sebenar-benarnya. Hanya akan di ikuti yang bersesuaian dengan kehendak Hawa Nafsunya semata-mata.
Inilah SUNNAH paling terbesar yang harus dicontohi didalam kehidupan pada Hakikatnya untuk menghancurkan Iblis yang ada didalam diri dan yang diluar diri (Pengaruh luar).
Inilah 'JALAN' yang paling terbaik sekali untuk membuang segala PENYAKIT AL-WAHN' (Cinta Dunia dan Takut Mati) dan untuk mencapainya matlamat "PENYUCIAN JIWA" yang sebenar-benarnya.
Tetapi umat Islam Akhir Zaman harini pula hanya mahukan makanan-makanan yang sedap sahaja, rumah besar yang cantik dan selesa, kenderaan yang mewah, pakaian yang cantik dan mahal, mahu kerjarkan pangkat dan jawatan, mahu dikenali dan ramai pengikut serta lain-lainnya.
Yang semuanya itu pada hakikatnya hanyalah bertujuan untuk meraih segala puji-pujian, kehormatan, kemegahan dan sebagainya.
Hidup hanya memenuhi dan menuruti Hawa Nafsu semata-mata (Mengikuti Iblis).
Dan supaya apa yang dibuat itu akan dipandang orang, dipuji orang dan dihormati oleh orang-orang lain.
Mereka secara tidak sedar ataupun didalam keadaan sedar sedang menanamkan didalam hatinya Penyakit Ujub dan Riak semata-mata.
Inilah IBLIS !
Yang mengadu domba seluruh umat manusia untuk senantiasa suka bersaing, saling menjatuhkan, menikam sesama sendiri, haus pujian, ingin dihormati dan ingin dikenali dan mengejar keduniawian semata-mata.
Sampaikan ORANG-ORANG MISKIN pun dijauhi, kononnya takut diminta-minta ataupun dipinjam-pinjam. Apatah lagi mahu dibantu untuk memulihkan kehidupan mereka.
Hakikatnya, orang-orang yang BERIMAN itu akan sangat-sangat takut dengan FITNAH HARTA !
Takut Harta yang Allah SWT berikan itu tidak akan digunakan ke JALAN Allah SWT.
Malah digunakannya Harta itu untuk menjadi SYAITAN diduniawi palsu ini !
Dan mereka-mereka yang BERIMAN itu akan sangat-sangat takut dihisab kelak akibatnya FITNAH HARTA.
Apatah lagi FITNAH ILMU, FITNAH PANGKAT atau JAWATAN, FITNAH PENGARUH atau PENGIKUT dan lain-lainnya.
Tetapi, cubalah anda lihat umat Islam Akhir Zaman harini, apa sudah jadi ???
Belum lagi Dajjal Laknatullah keluar, tapi sudahpun menuruti dan mengikuti Iblis. Maka keadaan itu akan memudahkan Dajjal untuk mencapai misinya.
Yang HALAL menjadi HARAM, yang HARAM menjadi HALAL...
Semuanya pakat sondol saja Membabi Buta dengan pelbagai alasan demi alasan yang akan dicari dan digunakannya. Bahkan sanggup menunggang Agamanya sendiri.
Bukankah Nabi SAW sudah memberikan PERINGATAN berkenaannya "KUNCI SYURGA" kepada umat Islam, iaitu;
Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain ra, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda;
“Aku melihat ke dalam SYURGA, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan ORANG-ORANG FAKIR MISKIN.
(HR. Muttafaqun ‘alaih)
* PERINGATAN TAUHID.
Yang Kaya itu Hakikatnya hanyalah Allah SWT sahaja !
Kerana hanya DIA sahajalah yang MAHA KAYA...
Bukannya pada makhluk, kerana tidak adanya sebesar zarah pun yang terbit daripada makhluk melainkan segalanya itu adalah Milik Allah SWT jua !
Jikalau kita meletakkan Kekayaan itu kepada mahkluk, dan Harta itu kononnya adalah mencerminkan sebagai Kaya.
Maka akan hilanglah pandangan kita kepada ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA KAYA !
Hatta kepada sebutir kuman juga pun, Allah SWT yang MAHA KAYA diatas PENCIPTAAN-NYA...
Inilah TAUHID !
Iaitu MENG-"ESA"-KAN Allah SWT semata-mata dan kita pula berusaha MENSUCIKAN ROHANI kita daripada Duniawi Palsu yang sementara ini dan kembali menjadi INSAN yang Mulia untuk pulang ke KAMPUNG AKHIRAT yang kekal abadi...
Dari Mush'ab ibnu Sa'ad ibnu Abu Waqqash ra berkata;
Sa'ad merasa bahawa dirinya mempunyai kelebihan dibanding orang yang berada disekitarnya, kemudian Nabi SAW bersabda;
"Bukankah kamu mendapatkan pertolongan dan Rezeki berkat adanya orang-orang yang lemah di sekitarmu ?"
(HR. Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah bersabda;
إنَّ الأنْبِياءَ لَمْ يُورِّثُوا دِينَاراً وَلا دِرْهَماً وإنَّما ورَّثُوا الْعِلْمَ، فَمنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya para Nabi ‘Alaihimush Shalatu Was Salam tidak MEWARISKAN Emas mahupun Perak yang mereka WARISKAN hanyalah ILMU. Maka barangsiapa yang mengambilnya sungguh dia telah mengambil bahagian yang SEMPURNA.”
(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

DZIKIR QALB*
HATI tidak bertulang,
Tetapi HATI mampu patah.
HATI tidak berlidah,
Tetapi HATI mampu berkata-kata.
HATI tidak bermata,
Tetapi HATI mampu melihat dengan jelas.
HATI yang Ghaib itu tidak mempunyai mata dan telinga.
Tetapi HATI itu dapat Melihat, Mendengar dan Merasa...
Barangsiapa yang dapat Menguasai alam bawah sedarnya.
Nescaya dia akan dapat Menguasai alam nyatanya.
Kuasailah yang Ghaib,
Nescaya yang Nyata akan turut patuh.
Kerana HATI sungguh LUARBIASA akan 'Hal Keadaanya'...
Tercela HATI,
Maka tercelalah Akhlaknya.
Kata-kata yang tercela datang daripada HATI yang tercela.
Kata-kata yang Ikhlas lahir dari HATI yang Suci.
Apa yang terdetik di HATI akan terakam di Fikiran.
Sama ada mahu dinyatakan oleh percakapan atau dilakukan oleh perbuatan atau biarkan didalam Kenikmatan. Ianya adalah "RAHSIA DIRI".
Buruk diluar, buruklah didalam.
Baik diluar, baiklah didalam...
KEADAAN MATA HATI ORANG-ORANG BERIMAN DI AKHIRAT...
Firman Allah SWT;
اَسْمِعْ بِهِمْ وَاَبْصِرْۙ يَوْمَ يَأْتُوْنَنَا لٰكِنِ الظّٰلِمُوْنَ الْيَوْمَ فِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ
"Alangkah tajam pendengaran mereka dan alangkah terang penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami. Tetapi orang-orang yang zalim pada hari ini (di dunia) berada dalam kesesatan yang nyata."
(QS. Maryam : 38)
Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga,
Kalau Ilmu hanya dihujung jari,
Lebih baik DIAM dan Muhasabah Diri.
"Jika KATA itu PERAK, maka DIAM itu EMAS..."
Semai BENIH menjadi BUNGA,
Dari BUNGA menjadi CINTA...
"BENIH RAHSIA ada pada INSAN Pilihan-Nya, kerana hanya mereka yang mengerti akan BUNGA..."


( Sumber dari Syeh Haqtullah )



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments:

  1. We've received your favourite games and a few new ones that may simply turn into considered one of your favorites. Margaritaville® Resort Casino Bossier City is home to the most dynamic and exciting slot action in Louisiana. Our on line casino flooring has bet365 greater than 1,200 of properly liked|the most popular} and newest slot machines. You'll find the very newest themes and nice odds to ensure you|to ensure you} keep on profitable. Horbay, however, considers machine gaming the most addictive, and yet least regulated, type of playing. Casinos would by no means get away with using loaded cube or with stacking a deck of playing cards, he says, which are akin to the misleading options of gaming machines.

    BalasPadam