HAKIKAT ILMU

 


HAKIKAT ILMU
ILMU yang sebenar-benarnya itu adalah ILMU yang dibukakan oleh Allah SWT kepada seseorang Insan tanpanya melalui segala daya fikiran semata-mata untuk mendapatkannya.
ILMU itu adalah CAHAYA yang MENERANGI HATI...
Yang Disinarkan, Dihembuskan dan Ditiupkan kedalam Hati-Hati sesiapa sahaja yang Dikehendaki Oleh-Nya.
ILMU yang langsung daripada Allah SWT itu Hakikatnya adalah ILMU yang sebenar-benarnya.
Bagi mereka-mereka yang memiliki ILMU melalui Akal Fikiran dan Pertimbangan Pemikiran semata-mata itu kadang kala mereka-mereka akan sentiasa berselisih pendapat tentangnya Pengetahuan berkenaan Allah SWT.
Para Anbiya' meskipun mereka ramai dan didalam jarak masa yang lama diantara seorang Nabi dengan seorang Nabi yang lainnya.
Namun, mereka tidak pernah sesekalipun berbalah dan berselisih pendapat tentangnya Allah SWT.
Hal yang sama juga akan berlaku kepada Insan-Insan 'PILIHAN' Allah SWT di Akhir Zaman ini.
Dimana, Insan-Insan ini akan saling MEMBENARKAN dan tidak akan adanya pertelingkahan pendapat dan pandangan dikalangan mereka...
Dari Ali bin Abi Thalib RA :
“Ilmu Batin merupakan salah satu Rahasia Allah ‘Azza wa Jalla, dan salah satu dari hukum-hukum-Nya yang Allah masukkan kedalam Hati hamba-hamba-Nya yang Dikehendaki-Nya”.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Allah Meninggikan Darjat orang yang Beriman diantara kamu dan orang yang diberi Ilmu Pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) beberapa Darjat. Dan (ingatlah) Allah maha mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu lakukan."
(QS. al-Mujadalah : 11)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Allah memberikan HIKMAH KEBIJAKSANAAN kepada sesiapa yang Dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan HIKMAH itu maka sesungguhnya ia telah diberikan Kebaikan yang banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan Akal Fikirannya."
(QS. al-Baqarah : 269)

( Sumber dari Syeh Haqtullah)

 


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: