Tv Tarekat | Zikir Asyik pimpinan Hadratus Syeikh Aleey Abd Qadir Attohiri




Semua Alam Berasal dari Nur Sayyidina Muhammad ﷺ
اللهــــــــــم صل على سيــــــــــدنا محمد🌹الفــــــــــاتح لما اغلــــــــــق🌹والخــــــــــاتم لما سبــــــــــق🌹ناصــــــــــر الحق بالحــــــــــق🌹والهــــــــــادي الى صــــــــــراطك المستقيــــــــــم🌹وعلى آله حــــــــــق قدره ومقــــــــــداره العظيــــــــــم🌹
Allah yang bersifat 'Aliman (berilmu) dan Muridan (berkuasa) telah mengetahui dan menghendaki Nur Sayyidina Muhammad ﷺ menjadi makhluk terawal dari setiap makhluk yang lain, makhluk termulia dari segala yang mulia, makhluk tertinggi dari setiap yang tertinggi dan paling utama dari setiap yang utama.
Maka, Allah dengan sifat Qudrah-Nya menciptakan Nur Sayyidina Muhammad ﷺ. Lalu, wujudlah Nur itu dengan sebenar-benar wujud sepertimana yang Dia ingini. Kemudian, Allah keluarkan segala Kainat (makhluk) yang terkandung dalam kantung 'Adam (ketiadaan) daripada Nur itu.
Dari Nur Sayyidina Muhammad ﷺ keluarlah kegelapan, cahaya, angin, air, 'Arsy, Kursi, Lauhul Mahfuz, Sidratul Muntaha, tujuh langit, tujuh bumi dan segala isinya dan setiap sesuatu. Nur itu berada dalam Qadar yang dikehendaki Allah (مِنْ حَيْثُ يَشَاءَ اللّٰهُ). Allah sentiasa berbuat apa yang Dia kehendaki dengan Nur itu sehingga hari kiamat.
Terhadap makhluk yang berasal dari Nur itu, Allah meninggikan, merendahkan, memuliakan, menghina, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, melapangkan, menyempitkan dan apa sahaja perkara. Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia berfirman, tertera dalam surah Ar-Rahman:
كُلَّ يَوْمٍ هَوَ فِي الشَأنٍ
"Pada setiap hari, Dia mengurus makhluk-makhlukNya."
والله اعلم.
سبحــــــــــان ربك رب العــــــــــزة عما يصفــــــــــون، وســــــــــلام على المرسليــــــــــن، والحمــــــــــد لله رب العالميــــــــــن.
"Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang Maha Perkasa daripada apa yang mereka sifatkan. Dan salam ke atas para Rasul. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam."

[ Sumber dari KUMPULAN SYAIR SUFI JALALUDDIN RUMI DAN LAINNYA. ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan