SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT, MA'RIFAT*
Di Penghujung Zaman ini, seseorang Muslim terkadang telahpun dipusingkan ataupun diperkotak-katikkan didalam perbezaan diantaranya :
SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT...
Apakah itu hanyalah sebuah kajian akademik ataukah hanyalah sebuah dogma semata-mata ?
SYARIAT itu adalah ILMU tentangnya Perintah dan Larangan (Aturan, Hukum atau Undang-Undang) Allah SWT yang harus Disampaikan kepada Para Nabi dan Rasul melalui JALAN WAHYU (WAHYU TASYRI’).
Sama ada yang langsung daripada Allah SWT mahupun yang menggunakan perantaraan Malaikat Jibril AS.
Jadi kesemua WAHYU yang diterima oleh Para Nabi semenjak Nabi Adam AS sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW itu adalah berupa 'ILMU LADUNI', termasuklah yang diterima oleh Nabi Musa AS daripada Nabi Khidir AS.
Allah SWT berfirman tentangnya Nabi Khidir AS :
“Yang telah Kami berikan kepadanya Rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami Ajarkan kepadanya Ilmu dari sisi Kami.”
(QS. Al-Kahfi : 65)
Didalam Hadits Imam Al-Bukhari, Nabi Khidir AS berkata kepada Nabi Musa AS :
“Sesungguhnya aku berada diatas sebuah Ilmu dari Ilmu Allah yang telah Dia ajarkan kepadaku yang engkau tidak mengetahuinya. Dan engkau (juga) berada diatas Ilmu dari Ilmu Allah yang Dia ajarkan kepadamu yang aku tidak mengetahuinya juga.”
ILMU SYARIAT ini sifatnya adalah Mutlak Kebenarannya, kerana Wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap Mukallaf (Baligh dan Mukallaf) sampailah datangnya Ajal Kematian.
TAREKAT itu pula berertinya “JALAN” dan ianya akan mengacu kepada aliran TASAWWUF ataupun SUFI.
Di Penghujung Zaman sekarang ini, TAREKAT itu merupakan JALAN (PENGAJIAN) yang mengajak ke JALAN ILLAHIYAH' dengan cara BERSULUK (TAQARRUB) yang biasanya dilakukan oleh Para Salik.
HAKIKAT itu adalah kata benda yang berertinya "KEBENARAN" ataupun yang BENAR-BENAR ADA !
Yang berasal daripada kata HAQQ (AL-HAQQ), yang berertinya HAK MILIK MUTLAK (KEPUNYAAN) ataupun BENAR (KEBENARAN).
Kata “HAQQ“, secara Khususnya oleh AHLI SUFI sering digunakannya sebagai istilah untuk Allah SWT, sebagai POKOK (SUMBER) daripada segala-galanya KEBENARAN.
Sedangkan yang berlawanan dengan itu semua adalah disebutkannya sebagai BATIL (YANG TIDAK BENAR).
MA'RIFAT yaitu ILMU tentangnya sesuatu yang GHAIB melalui "JALAN KASYAF" (WAHYU ILHAM atau TERBUKANYA TABIR GHAIB) ataupun RU’YA (MIMPI) yang diberikan oleh Allah SWT kepada Insan-Insan Pilihan-Nya yang Mutaqqin dan Alim (Soleh).
ILMU KASYAF inilah yang dimaksudkan dan dikenali dengan julukan “ILMU LADUNI” dikalangan AHLI TASAWWUF.
ILMU MA'RIFAT juga berertinya :
"PENGETAHUAN YANG HAQIQI TENTANGNYA KETUHANAN..."
Iaitu yang ARIFBILLAH' didalam soal MENGENAL ALLAH SWT, Para Malaikat, Syurga dan Neraka, Ghaib dan Nyata, Dunia dan Akhirat dan sebagainya.
Untuk melaksanakan SYARIAT ISLAM terutamanya didalam Ibadah haruslah dengan Metode yang tepat, dan bersesuaian dengan apa-apa yang Diperintahkan oleh Allah SWT dan apa-apa yang dilakukan oleh Rasululullah SAW sehinggalah hasilnya akan sama.
Sebagai contohnya yang sederhana,
Allah SWT telahpun Memerintahkan kepada kita untuk Solat, kemudiannya Rasulullah SAW melaksanakan. Maka Para Sahabat mengikutinya.
Rasulullah SAW mengatakan :
“Solatlah kalian sepertimana aku Solat”.
Tatacara Solat Rasulullah SAW yang Disaksikan oleh Para Sahabat dan juga dilaksanakannya oleh Para Sahabat itu kemudiannya dijadikan Aturan oleh Para Alim Ulama.
Maka kita mengenalinya sebagai RUKUN SOLAT yang 13 perkara...
Jikalau hanya sekadar Solat, maka aturan 13 itu boleh menjadi pedoman untuk seluruh umat Islam agar Solatnya bersesuaian dengan Rasulullah SAW.
Akan tetapi, didalam Rukun Solat tidaklah diajarkannya cara supaya KHUSYUK dan supaya boleh mencapainya tahap MA'RIFAT.
Dimana Insan boleh memandang 'WAJAH' Allah SWT...
Ketika memulai Solat dengan :
“Wajjahtu Waj-Hiya Lillaa dzii Fatharas samaawaati Wal ardho Haniifam muslimaw Wamaa Ana Minal Musy rikiin...”
"Kuhadapkan wajahku kepada WAJAH-NYA DZAT yang Menciptakan langit dan bumi, dengan keadaan LURUS dan BERSERAH DIRI, dan tidaklah aku termasuk orang-orang yang musyrik..."
Seharusnya seseorang Insan sudahpun menemukan channel ataupun gelombangnya kepada Tuhan.
Menemukan WAJAH-NYA yang MAHA AGUNG...
Sehinggalah tidak lagi akan termasuknya kepada golongan orang-orang musyrik yang Menyekutukan Tuhan.
Kita harini dengan mudah sahaja menuduh musyrik kepada orang-orang lain, tetapi tanpa sedari bahawa kita hanyalah Mengenal Nama Tuhan sahaja. Sementara yang hadir didalam Solat kita adalah wajah-wajah lain selain daripada DIA.
Jikalau Wajah-Nya sudahpun ditemukan diawal Solat, maka ketika sampai sahaja kepada bacaan Al-Fatihah. Disanalah benar-benar terjadinya Dialog yang sangat Akrab diantara Hamba dengan Tuhannya.
SYARIAT tidak sesekali mengajarkan akan hal-hal seperti itu, kerana SYARIAT itu hanyalah berupa Hukum ataupun Aturan sahaja.
Untuk boleh melaksanakan SYARIAT dengan BENAR, maka RUH IBADAH itu Wajiblah Hidup !
Diperlukannya Metodologi pelaksanaan teknikalnya yang dikenali dengan TARIQATULLAH kepada Allah SWT yang kemudiannya disebutkan dengan TAREKAT (JALAN).
Jadi TAREKAT itu pada awalnya bukanlah perkumpulan orang-orang yang Mengamalkan DZIKIR.
Nama TAREKAT itu diambil daripada sebuah istilah di zaman Nabi SAW.
Yaitu, TARIQATUSSIRIAH yang bermaknanya 'JALAN RAHSIA' ataupun 'AMALAN RAHSIA' untuk mencapai kepada KESEMPURNAAN IBADAH.
Munculnya perkumpulan TAREKAT yang dikemudian harinya adalah untuk menyesuaikan dengan perkembangan zaman, agar orang-orang didalam Ibadahnya lebih teratur, tertib dan tersusun sepertimana nasihat daripada Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA :
“Kejahatan yang tersusun akan boleh mengalahkan Kebaikan yang tidak tersusun.”
Jikalau ajaran-ajaran Agama yang kita kenali dengan SYARIAT itu tidak dilaksanakannya dengan Metode yang BENAR (TARIQATULLAH).
Maka segala Ibadah itu akan menjadi kosong dan hanyalah sekadar memenuhi Kewajiban Agama sahaja.
Solat hanyalah mengikuti Rukun-Rukunnya dengan gerak kosong belaka, badan bergerak mengikuti gerakan Solat namun Hatinya berkelana kemana-mana.
Disepanjang Solat akan munculnya berjuta-juta khayalan, kerana RUH masih di alam duniawi palsu dan belum lagi 'SAMPAI' ke ALAM RABBANI.
Ibadah Haji yang merupakan PUNCAK Ibadah, telah diundang oleh Maha Raja Dunia dan Akhirat.
Maka seharusnya disanalah berjumpanya dengan yang mengundang, yaitu Pemilik Kaa’bah, Pemilik Dunia dan Akhirat, Tuhan seru sekalian Alam.
Tetapi yang terjadi, yang dijumpai disana hanyalah berupa dinding-dinding batu yang ditutupi oleh kain hitam.
Pada saat Wukuf di Arafah itu adalah prosesnya Menunggu, iaitu Menunggu DIA yang Dirindui oleh sekalian Hamba untuk Hadir didalam Kekosongan Jiwa Hamba-Hamba-Nya.
Namun yang Ditunggu-tunggu itu tidaklah pula pernah muncul !
Disinilah letaknya pada Hakikatnya kesilapan kaum Muslimin di Penghujung Zaman hari ini yang sebenar-sebenarnya.
Iaitu terlalu disibukkannya dengan segala aturan SYARIAT dan lupa akan Ilmu untuk melaksanakan SYARIAT itu dengan BENAR, yaitu MA'RIFAT !
Ketika ILMU MA'RIFAT telahpun dilupakan, bahkan sebahagian orang-orang yang jahil menganggapkan Ilmu Warisan Nabi SAW ini sebagainya Bida’ah. Maka pelaksanaan Ibadah itu akan menjadi kacau balau dan sia-sia belaka.
Badan seolah-olahnya KHUSYUK Beribadah, sementara Hatinya pula LALAI !
Menari-nari di Alam Duniawi Palsu dan yang didapatkan daripada Solat itu bukanlah manfaatnya, akan tetapi adalah ancaman Neraka Wail.
Harus di ingatkan bahawa “LALAI” yang dimaksudkan disini bukanlah sekadar tidak tepatnya waktu, tetapi akan Hatinya yang disepanjang Ibadahnya itu tidak sesekalipun MENGINGATI ALLAH SWT !
Firman Allah SWT :
"Maka Celakalah orang yang Solat, (yaitu) orang-orang yang Lalai terhadap Solatnya."
(QS. Al-Ma'un : 4-5)
Bagaimanakah mungkin didalam Solat boleh MENGINGATI ALLAH SWT jikalau diluar Solat juga tidak di latihnya BERDZIKIR kepada Allah SWT ?
Dan bagaimanakah mungkin seseorang yang boleh BERDZIKIR jikalau Jiwanya sendiripun masih belum Disucikannya ?
Urutan latihannya itu bersesuai dengan Perintah Allah SWT didalam Al-Qur’an Surat Al-‘Ala :
“Beruntunglah orang yang telah DISUCIKAN JIWANYA (RUHNYA), kemudian dia BERDZIKIR menyebut NAMA TUHAN dan kemudian menegakkan SOLAT”.
Kesimpulan daripada tulisan ini adalah bahawa, sebenar-benarnya tidak adanya pemisahan diantara keempat-empat ILMU tersebut.
Yaitu SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT...
Sebenar-sebenarnya keempat-empat itu adalah 'SATU' !
Namun, tidaklah boleh sesekali ianya dicampuradukkan, kerana itu akan mendatangkan kerosakkan dan kehancuran didalam Beragama.
ISLAM boleh dijelaskannya dengan ILMU SYARIAT.
IMAN pula boleh difahami dan dialami dengan ILMU TAUHID, iaitu ILMU HAKIKAT dan ILMU MA'RIFAT.
Sedangkan IHSAN pula hanya boleh ditempuhi lewat ILMU TAREKAT dan ILMU TASAWWUF.
Ketika kita telahpun mencapai tahap MA'RIFAT yang Haqiqi, maka daripada sanalah kita boleh memandang dengan jelas bahawa keempat-empat ILMU tersebut tidaklah terpisah, melainkan semuanya itu tetaplah 'SATU'.
Namun, ianya tidaklah pernah sesekalipun bercampuraduk...
Maksudnya, jikalau kita masih lagi ditahap MAQAM SYARIAT, janganlah pula sesekali kita membahaskan ataupun mempersoalkan tentangnya MAQAM MA'RIFAT. Kerana mengelakkan daripada datangnya Fitnah dan sebagainya.
Jikalau tidak, nescaya akan rosak dan hancurlah kita didalam memahami Agama ataupun didalam menjalani Agama.
"Janganlah sesekali bermusuhan dengan benda ataupun perkara yang tidak pernah kita ketahuinya..."
Sesungguhnya ILMU Allah SWT itu MAHA LUAS, sehinggakan lautan luas yang menjadi dakwatnya pun tidak akan termampu menuliskan ILMU Allah SWT...
0 comments:
Catat Ulasan