AMANAH RAHASIA

 


AMANAH RAHASIA
"RAHASIA sebenar-sebenarnya MA'RIFAT itu bukanlah teks pelajaran..."
Apabila seseorang Insan itu telahpun melalui 'PERJALANAN MENUJU ILLAHI'.
Maka, apa-apa yang Dibukakan kepada dirinya itu adalah hanya 'KHUSUS' buat dirinya semata-mata.
Jalan itu adalah Jalan diri dia tersendiri, dan apa-apa yang didapatinya didalam Pelayaran Rohaninya itu adalah hanya buat dirinya sendiri sahaja dan bukanlah untuk orang-orang yang lainnya.
Kemudian Wajib bagi dirinya untuk melalui pelbagai Proses-Proses tapisan, kerana bukanlah kesemuanya boleh diambil dan dipegang terus kekal buat dirinya.
Permulaan untuk 'SAMPAI' atau sebelumnya 'SAMPAI' itu akan bermacam-macam DIPERSAKSIKAN dan akan Dipegangnya sebagai Pengetahuannya.
Sama ada didalam Lautan ILMU, Lautan RASA ataupun Lautan KAROMAH...
Akan tetapi, apabila dirinya telahpun 'SAMPAI' Kehadrat-Nya, maka apa yang lain-lainnya itu tidak lagi akan dihiraukan oleh dirinya.
Dan kemudiannya, apabila sahaja telah melebur atau terpadam seluruhnya daripada memorinya. Maka pecahan-pecahan ILMU dan RASA yang bermacam-macam sebelum ini sudahpun tidak lagi penting.
Isyarat-isyarat sudahpun hilang daripada pandangannya, ketika di 'HARAMAIL QUDSI' itulah dia,
"MENGENAL RABB-NYA DENGAN RABB-NYA..."
Dan yang "MENGENAL AKAN RABB ITU RABB JUALAH ADANYA..."
Apabila naik sahaja ke PUNCAK itu, maka KESEDARANNYA akan menghilang, melebur dan Fana'.
Maka, apabila telah 'SAMPAI' di PUNCAK tersebut dan dia akan diturunkan semula (Allah SWT akan Menyedarkannya kembali).
Maka barulah dia akan diakui BENAR (BERSAKSI) akan SIFATULLAH yang DITAJALIKAN.
Dan Tahqiqlah padanya bahawa sesungguhnya Allah SWT itu Maha Melampaui daripada segala Penyifatan.
MAHA SUCI Allah SWT tiadalah Jalan untuk MA'RIFATULLAH dengan yang sebenar-benarnya.
Yakni, sebenar-benarnya PERKENALAN Wajah-Nya, adalah tiada kemampuan Mengenal.
Maka pada INSAN itu barulah dikatakannya INSAN yang telah 'SAMPAI' ke Martabat yang sebenar-benarnya Martabat.
TERPUTUS daripada Allah SWT, tetapi sebenar-benarnya adalah TERHUBUNG...
TERHUBUNG dengan Allah SWT, tetapi sebenar-benarnya adalah TERPUTUS...
TERPUTUS DAN TERHUBUNG.
Maka menjadilah dia AHLILLAH' sebenar-benarnya dan diletakkannya dibawah Wilayah Allah SWT.
Dan adapun lain-lainnya yang dibukakan kepada dia itu adalah RAHASIA yang 'DIHARAMKAN KERAS' untuk dia menyebarluaskan kecuali kepada Ahli-Nya sahaja dan diatas Keizinan Allah SWT semata-mata.
Kerana Cerita dan Jalan yang Dibukakannya itu hanyalah untuk dia dan hanya dia sahaja yang Memahami serta Mengalami Penempuhan serta PENYAKSIAN yang dibukakan kepadanya.
Seandainya dibukanya dengan sewenang-wenangnya, tanpanya Adab Berguru dan Adab Berilmu. Maka khalayak umum sesekali tidak akan dapat memahaminya.
Jikalau dapat memahaminya pun, fahamannya itu telahpun lain dan lari daripada Hakikat yang sebenar-benarnya.
Maka yang dapat mendengarkan RAHASIA itu akan menjadi orang-orang yang tidak AMANAH dan pembawa kepada FITNAH !
Yang lain-lainnya mendengar daripada sebarangnya pula boleh menjadi Binasa (Rosak) kerana dirinya yang Menyampaikan tanpa Keizinan dan PENYAKSIAN.
Dan sangat-sangatlah mustahil seseorang INSAN yang sudahpun 'SAMPAI' ke tahap tersebut akan membuka segala RAHASIA ILLAHI (Kerana duduk didalam Pelihara-Nya).
Dan bagi yang menjaga RAHASIANYA lalu Menyampaikannya pula dan yang dapat mendengarkan dan memahaminya, itulah tanda INSAN yang SEMPURNA AKALNYA dan BENAR PERJALANANNYA...
"HANYA WALI MENGENAL WALI..."
"Janganlah sesekali kamu mengkalungkan Mutiara di leher Babi..."
Maksudnya :
"Janganlah sesekali dibuka akan RAHASIA-NYA kepada khalayak umum, kerana ianya kelak akan mendatangkan FITNAH yang dashyat..."
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda :
"ISLAM muncul dalam keadaan ASING, dan ia akan kembali dalam keadaan ASING, maka Beruntunglah ORANG-ORANG YANG TERASING."
(HR. Muslim No. 208)
Sabda Nabi SAW :
"Jadikanlah diri kamu didunia seperti ORANG ASING atau orang yang menyeberangi jalan dan persiapkanlah diri kamu dalam golongan Ahli Kubur."

[ Sumber dari FB ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan