MENGENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU*
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu campuradukkan yang HAQ (KEBENARAN) dengan yang BATIL (KEPALSUAN) dan janganlah kamu Sembunyikan yang HAQ itu, sedang kamu Mengetahui.”
Apa yang saya ingin sampaikan ini mungkin akan Menyentuh Hati sesiapa sahaja yang berkenaan.
Tetapi inilah Hakikatnya yang sedang berlaku kepada Perguruan-Perguruan yang wujud di Akhir Zaman hari ini (Penghujung Zaman).
Tidak lagi sepertimana dizaman dahulu, yang mana Para Guru-Gurunya yang Jujur, Amanah dan IKHLAS didalam mengajarkan ILMU YANG HAQQ kepada Para Salik.
Setiap kali wafatnya Insan-Insan yang ARIFBILLAH', maka setiap kalilah ILMU itu akan diangkat sedikit demi sedikit.
Sehinggalah adanya Guru-Guru yang mengajar pun tidak faham apa itu KEBENARAN, apa lagi murid-muridnya.
Lagilah tidak faham akan KEBENARAN-NYA !
Kita pada dasarnya di Akhir Zaman ini telahpun ketandusan dan kegersangan Para-Para ARIFBILLAH' yang mahir didalam bidang "ILMU KETUHANAN" ini dan kita hari ini telah di ibaratkan sepertinya :
"SI BUTA YANG KEHILANGAN TONGKATNYA..."
Walau bagaimanapun, masih lagi terdapatnya GURU-GURU MURSYID atau WALI-WALI ALLAH TA'ALA didalam bidang seperti ini.
Yang mana bilangan mereka itu pula tersangat-sangatlah sedikit dan mereka-mereka itu pula bukanlah golongan orang-orang yang suka menonjolkan diri dikhalayak umum.
Hakikatnya mereka itu lebih sering 'TERSEMBUNYI' daripada kalangan penduduk dunia (Ahli Duniawi).
"HANYA JAUHARI YANG AKAN DAPAT MENGENAL MANIKAM..."
Carilah mereka dengan bersungguh-sungguh dan nescaya kita akan mendapatkannya, sekiranya segala 'KEAKUAN' diri kita itu telahpun berjaya dihancurkan.
Dan janganlah sekali-kali kita mempersia-siakan 'PERTEMUANNYA' itu, kerana peluang yang sebegitu akan datang hanya sekali sahaja didalam seumur hidup kita.
"SEKIRANYA KITA INI ADALAH INSAN-INSAN PILIHAN-NYA..."
Kerana hanya Insan-Insan yang benar-benar 'TERPILIH' sahaja yang akan mendapatkannya, bukanlah kesemua umat manusia yang akan boleh berjaya. Tetapi ianya tetap juga bergantung keatas segala kesungguhan dan usaha sedaya upaya kita didalam Mengorbankan segala Masa, Ruang ataupun Duniawi kita untuk 'BERTEMU' dengannya.
* ILMU YANG HAQQ (MA'RIFATULLAH).
"AWALLUDIN MA'RIFATULLAH..."
Ertinya adalah : SEAWAL-AWALNYA AGAMA ADALAH MENGENALI ALLAH TA'ALA TERLEBIH DAHULU...
Seandainya kamu telah dijemput oleh Si Raja ke Istananya, adakah kamu akan menolak pelawaannya ?
Mengapakah Masjid di Akhir Zaman hari ini telah diabaikan oleh kebanyakkannya umat Islam ?
"QALBU MUKMININ BAITULLAH..."
Janganlah sesekali dibiarkan QALBUMU itu 'KOSONG' tanpanya di isi dengan DZIKRULLAH !
Yang sebenar-benarnya ALLAH TA'ALA itu adalah "DZAT".
"LAISA KAMISHLIHI SYAIUN..."
Maka, untuk MENGENAL DZAT ALLAH TA'ALA adalah dengan kita MENGENALI akan SIFAT-SIFAT-NYA melalui "JALAN SIFAT".
Yakni, SIFAT bagi DZAT ALLAH TA'ALA...
SIFAT itu adalah SIFAT bagi DZAT ALLAH TA'ALA yang BERDIRI bagi DZAT. Tidak sesekali akan bercerai berai dengan DZAT-NYA.
"ALAM YANG BAHARU" ini adalah sebagai 'TANDA' dan 'DALIL' akan "WUJUDNYA DZAT ALLAH TA'ALA".
DZAT itu tidaklah boleh sama sekali dikaji, sebabnya Akal kita akan terbatas dan tidak akan mampu untuk mengkaji DZAT-NYA.
Sebab itulah, hanya kajian DZAT sahaja yang diharamkan dan dilarang keras oleh Nabi SAW.
Sebaliknya, kajian SIFAT pula adalah yang tidak dilarang sama sekali oleh Nabi SAW.
Maka, mengapakah kita pula yang melarang Insan-Insan yang mahu MENGENAL ALLAH TA'ALA ?
Buktinya, telah terdapat begitu banyaknya Ayat-Ayat didalam AL-QUR'AN yang menjelaskan tentangnya SIFAT bagi DZAT ALLAH TA'ALA.
Peringkat-peringkat MENGENAL ALLAH TA'ALA itu pula adalah berbeza-beza menuruti Tahapan seseorang Insan.
Ada yang dapat MENGENAL ALLAH TA'ALA dengan Akal (Dalil Aqli) semata-mata bagi orang-orang awam.
Dan adanya yang dapat MENGENAL ALLAH TA'ALA dengan sebenar-benarnya MENGENAL melalui HATI, JIWA, PERASAAN , ROH dan SIRR'.
Peringkat yang paling tertinggi sekali itu adalah bagi RASULULLAH dan di ikuti pula oleh Para AULIYA' ALLAH.
Sepertimana kisahnya Zunnun Al-Misri rth...
Beliau pernah ditanya tentang bagaimana memperolehi MA'RIFAT itu, lalu beliau pun berkata :
”ARIFTU RABBI BI RABBI...”
Yang ertinya adalah :
"AKU MENGENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU..."
Kerana, MENGENAL ALLAH TA'ALA itu tidaklah boleh hanya dengan Logik dan Akal kita semata-mata.
Melainkan ianya adalah dengan HATI SANUBARI yang Suci Bersih dan selalu di isinya dengan ISMUL 'ADZHAM (ASMA' AGUNG ALLAH TA'ALA).
GURU saya (Allahyarham Haji Rosli Siroon, AL-FATIHAH) ada mengatakan bahawa;
"AKHLAK seseorang ARIFBILLAH' itu adalah ALLAH TA'ALA, dan orang yang ARIFBILLAH' itu pula akan BERSIFAT sepertinya AKHLAK ALLAH TA'ALA dan ia akan selalu menjaga segala perilakunya agar tidak sesekali terjebak atau tertipu daya kedalam kenistaaan Duniawi Palsu sementara yang melalaikan, menghinakan dan menghancurkan Insan-Insan yang hampir kepada Allah TA'ALA..."
Janganlah salah faham akan kenyataan ini, sebabnya apabila Nabi SAW ditanya kepada Saidatina Ummul Mukminin tentangnya AKHLAK Nabi SAW.
Maka Aisyah RA pun menjawab :
"AKHLAK NABI SAW ADALAH AL-QUR'AN..."
Maksudnya disini adalah mempunyai makna yang sama dengan AKHLAK ALLAH TA'ALA, kerana AL-QUR'AN itu adalah 'KALAMULLAH'.
Golongan yang sangat-sangat Anti atau membenci kepada AHLI TAUHID, AHLI HAKIKAT, AHLI MA'RIFAT dan AHLI TASAWWUF yang tidak sama sekali memahami akan Hakikatnya sewenang-wenangnya menuduh golongan 'SUFI' itu sesat dan sebagainya !
Sebenar-sebenarnya merekalah yang tidak faham ataupun gagal memahami akan Hakikatnya.
Jikalau mereka membaca dan mengkaji akan Kitab-Kitab TAUHID, HAKIKAT, MA'RIFAT dan TASAWWUF sekalipun.
Mereka tidak akan pernah sesekalipun dapat memahaminya, kerana Hati mereka telahpun DIBUTAKAN oleh Allah TA'ALA daripada melihat akan KEBENARAN-NYA.
Firman Allah SWT :
“Dan barangsiapa yang Buta di Dunia ini, niscaya di Akhirat ia akan lebih Buta dan lebih Tersesat dari Jalan.”
(QS. Al-isra : 72)
"HANYA ALLAH TA'ALA YANG MAHA MEMAHAMI, MAKA HANYA DIA SAHAJALAH YANG BOLEH MEMBERIKAN KEFAHAMAN KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA..."
Maka, makna daripada "ARIFTU RABBI BI RABBI" itu adalah :
"AKU MENGENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU..."
Maksudnya adalah, MENGENAL ALLAH TA'ALA dengan PENGENALAN TERUS DARIPADA ALLAH TA'ALA.
Yakni, dengan ILMU ALLAH TA'ALA...
Saat yang paling SEMPURNA semasa hayat Nabi SAW MENGENAL ALLAH TA'ALA adalah semasa 'MIKRAJ'nya Baginda Nabi Muhammad SAW.
Dan saat yang paling SEMPURNA baginya adalah semenjak azali awal kejadiannya 'HAKIKAT MUHAMMAD' dan juga selepas Kewafatannya Nabi Muhammad SAW.
Ianya adalah satu Pusingan MA'KRIFAT yang SEMPURNA daripada awal sehinggalah ke akhir hayatnya Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW telahpun MENYEMPURNAKAN Pusingan MA'RIFATNYA itu dengan Allah TA'ALA secara
Mantap
berdasarkan ayat :"INNALILLAHI WAINNA ILAHIROJIUNN..."
Makna ini disesuaikan dengan kefahaman bagi orang-orang awam.
Namun, makna yang HAQIQINYA pula adalah hanya bagi Insan-Insan yang telah dapat MENGALAMINYA sahaja yang akan Memahami akan Pengertian yang sebenar-benarnya.
Apakah kita telah MENYEMPURNAKAN Pusingan MA'RIFAT kita dengan Allah TA'ALA ?
Tanyalah diri masing-masing sedalam-dalamnya dan sudah tentulah kita akan mengetahui jawapannya, bahawa dimanakah Tahapan atau Kedudukan (Martabat) diri kita sendiri.
Adakah pada ALLAH TA'ALA ?
Adakah ILMU YANG HAQQ ini dikatakannya Sesat dan sebagainya ?
Ataupun umat Islam sendirilah yang kebanyakkannya telahpun jauh Terkeliru dan Tersesat daripada LANDASAN MA'RIFATULLAH atau LANDASAN YANG HAQQ ?
Adakah umat Islam yang sebenar-benarnya Takut untuk MENGENAL ALLAH TA'ALA kerana tidak sanggup berjumpa ALLAH TA'ALA dengan membawa segunung KEKAFIRAN, KEMUNAFIKAN, KESYIRIKAN dan telah melupakan 'PERJANJIANNYA' dengan ALLAH TA'ALA di ALAM NUR dan ALAM ROH ?
Firman Allah SWT :
"Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap Roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu ?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami Bersaksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di Hari Kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini.”
(QS. Al-A'raf : 172)
Tepuk Dada Tanyalah Dirimu..
0 comments:
Catat Ulasan