DZIKIR YANG HAQIQI*
Ada orang telah bertanya kepadaku :
Sudah banyak DZIKIR yang aku telah baca, sudah aku hafalkan seluruh maknanya dan ada juga yang telah aku Alami akan Keajaiban Karomahnya. Hanya satu sahaja yang masih terasa kurang lagi bagiku. Iaitu : Mengapakah didalam BERDZIKIR, aku masih belum lagi dapat merasakan
PENYERAHAN HAQIQI (MENYATU) dengan ALLAH SWT ?
Seolah-olahnya Allah SWT itu sangat jauh daripada diriku, dan aku pula sangat jauh Daripada-Nya. Sepertinya ada batas atau Hijab pemisah diantara aku dan Allah SWT... Konflik persoalan ini terus menerus bermain di lubuk fikiranku yang terdalam, sehinggakan telah terbawa-bawa kepenghujung Batin yang amat membingungkan tanpanya penjelasan. Akhirnya, membuatkan aku sendirian merasa jemu untuk meneruskan DZIKIR.
Apakah ada yang salah pada DZIKIR aku ??? Padahal DZIKIR-DZIKIR itu telahpun aku perolehi dengan secara Talqin dan Ijazah daripada seorang Guru. Maka soalan itu tidak aku jawabkannya dengan secara spontan, agak lama juga aku terdiam sambil mengambil waktu untuk berfikir sedalam-dalamnya. Setelah aku yakin mungkin dapat membantu pertanyaannya itu, dengan tenang aku cuba menjawabkannya :
1) Masalah yang utama sekali ialah, Didalam DZIKIR itu engkau tidak Mengenal-Nya sebagaimana Mengenal-Nya dengan sebenar-benarnya Kenal. Engkau sekadar Mengenal-Nya didalam Ilmu-Ilmu Kalam yang engkau pelajari, tetapi tidak dengan Rahsia "MISYKAT QALBUMU" yang terdalam. Apabila engkau tidak Mengenal-Nya dengan Qalbu, maka asas Niatmu untuk BERDZIKIR itu tidak engkau bangunkan daripada sudut yang Benar dan Sempurna. Justeru itu, engkau harus emperbetulkan segala Niatmu terlebih dahulu. Kemudian engkau membina Niatmu itu hanyalah semata-mata Demi Allah SWT... Setiap Ibadah itu seharusnya dibangunkan diatas dasar "TAUHID" dan "TAQWA", dan bukanlah kerana mendambakan segala ganjaran Daripada-Nya. OIrang yang BERDZIKIR itu sewajarnya berada di 'MAQAM IKHLAS'.
Bersabda Nabi SAW;
"Sesungguhnya (Nilai) Niat itu lebih utama dari perbuatan."
2) Apabila engkau tidak Mengenal-Nya melalui "MISYKAT QALBUMU",
Maka DZIKIRMU itu akan bertindak diatas kemahuan Hawa Nafsumu sendiri sahaja. Kesilapannya adalah kerana engkau terlalu bergantung dengan segala amalmu dan tidak dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah SWT. Lantaran itu engkau menganggap DZIKIRMU adalah daripada segala usaha dirimu sendiri dan bukanlah daripada Kurniaan Allah SWT.
3) Engkau beranggapan ketika engkau BERDZIKIR bahawa,
Engkaulah yang MENGINGATI ALLAH dan ALLAH itulah yang DIINGATI...
Lantaran demikian, sebenar-benarnya engkau tidak BERSERAHKAN DIRIMUsepenuh-penuhnya kepada Allah SWT.Tiada sifat Tawakkal dan Redhamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya Redha dan Tawakkal.Bagaimanakah mungkin engkau akan dapat 'MENYATU' dengan Allah SWT selagi engkau masih belum lagi 'BERSERAH DIRI' kepada Allah SWT ?
4) SESUNGGUHNYA TIADA YANG MENGINGATI ALLAH MELAINKAN ALLAH ! TIADA YANG MEMUJA-MUJI ALLAH MELAINKAN ALLAH. Dirimu hanyalah sebagai bekas Penzahiran Allah SWT semata-mata. Engkau sebenar-benarnya Tiada ! Kosong semata-mata dan engkau bukanlah engkau yang sebenar-benarnya. Ketika engkau BERDZIKIR, Sebenar-benarnya bukanlah engkau yang BERDZIKIR, tetapi Allah jualah yang BERDZIKIR Memuja-Muji Dzat-Nya sendiri. Engkau sekadar menjadi alat Pilihan-Nya sahaja. Suara DZIKIR yang melantun keluar daripada lisanmu itu adalah sebenar-benarnya KALAM ALLAH SWT. Gema DZIKIR yang menerawang didalam Batinmu itu adalah
sebenar-benarnya KALAM ALLAH SWT. Sayangnya jikalau engkau tidak menyedari akan Hakikatnya.
5) Janganlah engkau BERDZIKIR dengan tujuan DZIKIR kerana DZIKIR. Kerana ini akan membuatmu terperangkap dan terpesona di Maqam yang akan memperlihatkan pelbagai segala Keajaiban Karomahnya. Tetapi ini jugalah yang akan menghambatmu didalam Perhubungan MA'RIFAT
dengan Allah SWT. Pedulikanlah tentangnya Keajaiban-Keajaiban DZIKIR yang terutamanya
boleh mendatangkan puji-pujian dan pangkat gelaran umat manusia kepadamu sebagai 'WALI'.
BERDZIKIRLAH DARI ALLAH DENGAN ALLAH KEPADA ALLAH BERSAMA ALLAH DAN DEMI ALLAH...
Tutuplah rapat-rapat pintu bibirmu agar DZIKIR itu tidak kedengaran oleh sesiapa pun, hatta' Malaikat yang bertugas mencatatkan segala amalmu. Sehinggalah yang berada di bahu kananmu itu pun tidak tahu dimanakah munculnya DZIKIR itu. Biarkanlah Allah SWT sahaja yang mengetahui DZIKIR itu berada didalam 'SIRRMU'. Yakni di Kamar yang Jibril sendiri pun dilarang keras untuk memasukinya, agar engkau terlepas daripada rasa ujub' dan riak serta tidak dipuja-puji
oleh umat manusia.
6) Jikalau engkau telah dapat menjalankan DZIKIR diatas rasa IKHLAS semata-mata kepada Allah dan Allah Redha kepadamu. Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya "IKHLAS" itulah "TAUHID" yang sebenar-benarnya... Allah SWT sendirilah yang akan membimbingmu dan mengajarkanmu DZIKIR yang paling Khusus, yang hanya engkau sahaja yang mengetahui tentang
Hakikat Rahsia DZIKIR itu. Dimana DZIKIR itu tidak akan diajarkan ataupun diketahui oleh orang-orang awam atau seluruh umat manusia. anya adalah sebagai sarana untuk engkau BERTEMU, MENGENAL dan BERSATU DENGAN-NYA...
"AWALLUDIN MAK'RIFATULLAH "
[ Sumner dari Syeh Haqtullah ]
0 comments:
Catat Ulasan