FITNAH AKHIR ZAMAN

 


FITNAH AKHIR ZAMAN
Adanya satu kisah terdahulu,
Dimana, ada seorang pemuda Islam yang sangat-sangat suka menyebarkan segala macam FITNAH (Tipu Daya, Huru-Hara, Kehancuran, Kejahilan) dan PRA SANGKA BURUK tentangnya,
"PARA WALI ALLAH SWT..."
Apabila sampai pada suatu masa, setelah lama dia mempelajari dan mengalaminya sendiri akan segala perihalnya WALI ALLAH dan pemuda tersebut telahpun mengetahui dan memahami akan Hakikat yang sebenar-benarnya.
Maka dia pun menjadi Insaf dan Bertaubat kepada Allah SWT dengan apa yang telahpun dilakukannya.
Maka, berjumpalah pemuda itu dengan seorang WALI ALLAH yang dikenalinya untuk Meminta Maaf.
Lalu dengan senyuman dan bertenang sahaja, WALI ALLAH itupun berkatalah kepadanya :
"Aku sangat-sangat boleh Memaafkan engkau, tetapi mestilah dengan Satu Syarat.
Dimana pada keesokkan hari, engkau mestilah datang semula kesini dengan membawakan sebatang rotan yang berbulu ayam.
Lalu disepanjang perjalanan engkau kesini itu, engkau haruslah mencabut kesemua bulu-bulu ayam tersebut dengan sehelai demi sehelai.
Dan apabila sesampai sahaja engkau disini. Maka pastikanlah kesemua bulu-bulu ayam itu telahpun habis engkau cabutkannya..."
Maka, pemuda itupun bersetujulah dengan Syaratnya kerana bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Kemaafan daripada WALI ALLAH.
Walaupun dia telah merasakan yang sangat-sangat pelik dengan permintaan daripada WALI ALLAH itu.
Pada keesokan harinya,
Pemuda tersebut pun melakukanlah Syarat yang telahpun diminta oleh WALI ALLAH itu.
Pemuda itupun berjalanlah dengan perlahan-lahan sambil mencabutkannya satu per satu bulu-bulu ayam itu dan teruslah sampainya dia dihadapan WALI ALLAH itu.
Kemudiannya, WALI ALLAH itupun meminta kepada pemuda itu untuk berpatah balik semula,
Dan haruslah mengutip kembali kesemua bulu-bulu ayam yang telahpun dicabutnya pada sepanjang perjalanannya tadi, tanpanya gagal !
Dengan sangat-sangatlah terkejut dan kehairanan, pemuda itupun mengatakan kepada WALI ALLAH itu :
"Mustahil aku akan dapat mencari semula kesemua bulu-bulu ayam yang telahpun aku cabutnya tadi wahai WALI ALLAH.
Bulu-bulu itupun telah diterbangkan oleh angin entah kemana-mana menghilangnya wahai WALI ALLAH..."
Dengan senyuman dan bertenang sahaja WALI ALLAH itupun berkata kepada pemuda tersebut :
"Maka, begitulah juga dengan segala FITNAH dan PRA SANGKA BURUK yang telahpun engkau sebarkannya wahai anakku.
Walaupun aku telah Memaafkan engkau dan aku boleh melupakan segalanya.
Namun, adakah boleh engkau dapat mendiamkan ataupun memadamkan dengan segala-gala FITNAH dan PRA SANGKA BURUK yang telahpun engkau menyebarkannya ???..."
Daripada Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman :
"Siapa memusuhi WALI-KU, Aku mengumumkan perang terhadapnya. Hamba-Ku tidak mendekat Kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai daripada apa yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak henti-hentinya mendekatkan diri Kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya Aku menjadi telinganya yang dia mendengar dengannya; Aku menjadi matanya, yang dia melihat dengannya; Aku menjadi tangannya, yang dia bertindak dengannya dan Aku menjadi kakinya, yang dia berjalan dengannya. Jika dia minta sesuatu Kepada-Ku, Aku pasti memberi permintaannya. Jika dia meminta perlindungan Kepada-Ku, Aku pasti melindunginya."
(Sahih al-Bukhari)


KESIMPULANNYA...
"Wahai muridku, janganlah sesekali pernah pun engkau terlibat dengan mana-mana penyebaran benda-benda dan perkara-perkara yang tidak baik dan yang tidak mendatangkan manfaat keatas umat Islam.
Tetapi, Wajiblah engkau menyebarkan segala benda-benda dan perkara-perkara kebaikan, kemuliaan dan manfaatnya untuk mendatangkan Redha dan Rahmat Allah SWT.
Yang mana engkau sangat-sangatlah mengetahui akan KEBENARANNYA itu.
Kerana engkau telahpun terdidik dengan ILMU HAKIKAT (ILMU KEBENARAN) ataupun sudah pun mula berada diatas LANDASAN KEBENARAN-NYA..."
Allah SWT berfirman :
"Ingatlah, sesungguhnya WALI-WALI ALLAH itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih. Iaitu orang yang Beriman dan mereka selalu Bertaqwa."
(QS. Yunus : 62-63)

( Sumber dari Syeh Haqtullah )




Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan