ALIM DAN 'ARIFF
PERBEZAANNYA DIANTARA ORANG-ORANG ALIM DAN ORANG-ORANG 'ARIFF BILLAH...
1) ALIM itu Mengetahui dan Memahami.
1) ORANG ALIM itu kelasnya adalah ULAMA.
2) ORANG 'ARIFF pula kelasnya adalah WALI.
1) ORANG-ORANG ALIM berjumpa, membuat muktamar, seminar-seminar Ulama' Nusantara dan lain-lainnya.
2) ORANG-ORANG 'ARIFF berjumpa didalam mesyuarat WALI-WALI di Alam Malakut, Alam Ardhu Zamzimah.
1) ORANG-ORANG ALIM jikalau terlampau ALIM akan dipanggilnya sebagai 'ALLAHMAH'.
2) ORANG-ORANG 'ARIFF jikalau terlampau 'ARIFF pula akan dipanggilnya sebagai 'HUJJATUL MUHAQQIQIN'.
Al-Imam Al-Ghazali RA terlampau 'ALLAMAH' sehinggalah dipanggil beliau 'HUJJATUL ISLAM'. Namun itu sebelum beliau mempelajari TASAWWUF.
Apabila Al-Imam Al-Ghazali RA sudah mempelajari TASAWWUF, maka beliau Beruzlah selama 11 tahun dan dipanggil beliau terlampau 'ARIFF, iaitu 'HUJJATUL MUHAQQIQIN'.
1) ALIM itu adanya ijazah, master, phd, mengaji macam-macam pondok, universiti dan ke negara-negara Arab atau sebagainya.
2) 'ARIFF pula tidak semestinya ada memiliki sijil ataupun ijazah. Bahkan tidak memiliki apa-apapun pangkat, gelaran dan sebagainya di dunaiwi ini.
1) ORANG ALIM hanya mengetahui apa itu gula.
2) ORANG 'ARIFF pula sangat-sangat mengetahui Rasa gula itu.
1) ORANG ALIM hanya makan gaji, ada o.t, ada elaun dan adanya upah.
2) ORANG 'ARIFF pula hanya makanannya WARIDAH dan DZAUQIAH.
1) ORANG ALIM itu mudah adanya perasaan iri sesama ALIM.
2) ORANG 'ARIFF pula sama-sama 'ARIFF dan sangat-sangat Cinta sesama.
1) ORANG ALIM itu sangat-sangat mudah untuk menuduh orang-orang 'ARIFF sebagai sesat.
2) ORANG 'ARIFF pula tidak tahu menuduh orang-orang ALIM, tetapi sangat-sangat menghormati.
1) ORANG-ORANG ALIM itu adanya yang Alim-Alim Kucing.
2) ORANG-ORANG 'ARIFF pula hanya akan merendahkan diri dan menghinakan dirinya.
1) ORANG ALIM akan mendapatkan Syurga Firdaus.
2) ORANG 'ARIFF pula akan mendapatkan Dua Syurga, iaitu "Syurga Ajilah dan Syurga Aajillah".
1) ORANG ALIM itu akan menggunakan Akalnya.
2) ORANG 'ARIFF pula akan menggunakan Lubbun.
1) ORANG ALIM itu Mengenal Tuhan secara Samai'.
2) ORANG 'ARIFF pula Mengenal Tuhan secara Dzauqi.
1) ORANG ALIM itu hanya duduk di Maqam Syariat sahaja.
2) ORANG 'ARIFF pula akan duduk di Maqam Syariat, Tarekat, Hakikat dan Ma'rifat.
1) ORANG ALIM itu akan mendapatkan Hidayah Umum.
2) ORANG 'ARIFF pula mendapatkan Hidayah yang Khusus.
1) ORANG ALIM itu akan bersama Kitab-Kitabnya.
2) ORANG 'ARIFF pula akan bersama-sama dengan ALLAH SWT.
1) ORANG ALIM itu akan merujuk Kitab-Kitabnya.
2) ORANG 'ARIFF pula rujukkannya adalah ALLAH SWT.
1) ORANG ALIM itu akan berulang alik di Alam Mulki.
2) ORANG 'ARIFF pula akan berulang alik di Alam Malakut, Alam Jabarut dan Alam Lahut.
1) ORANG ALIM itu senantiasa Beribadah.
2) ORANG 'ARIFF pula senantiasa Musyahadah.
1) ORANG ALIM itu bergelumang Kasbi.
2) ORANG 'ARIFF pula bergelumang Wahbi.
1) ORANG ALIM itu bertaraf Dai'.
2) ORANG 'ARIFF pula bertaraf Ulul Albab.
1) ORANG ALIM itu ialah Abid. Ia ibaratkannya air yang menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak mendapatkan dan tidak merasakan buah yang tumbuh diatas bumi itu.
2) ORANG 'ARIFF pula yang hanya Mengenal akan HAQQ dan WAJAH ALLAH SWT.
ALLAHU AKBAR
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
About roslanTv Tarekat
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.
0 comments:
Catat Ulasan