RAHSIA DZIKIR*

 


RAHSIA DZIKIR*
"TURUN NAIKNYA NAFAS ITU ADALAH UNTUK BERDZIKIR..."
Jikalau ASMA ALLAH itu di Ucapkan sekali sahaja dengan Lisan, maka itu disebutkannya DZIKIR LISAN.
Namun jikalau NAMA ALLAH di Ingatkan dengan Hati, maka itu akan sebanding dengan 35 juta Ucapan-Ucapan Lisan.
Maka itulah disebutkan hakikatnya DZIKIR HATI ataupun DZIKIR SIRR'...
Ada 35 juta Pembuluh Darah didalam Jasad seseorang manusia, dan kesemuanya itu akan terhubung ke Jantung.
Jikalau Nama Allah di Ucapkan bahkan sekali sahaja (Dengan Hati), maka kesemuanya yang mengalir itu akan mengucapkannya juga.
Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai Abu Dzarr, Berzikirlah kepada Allah dengan ZIKIR KHAMILAN.”
Abu Dzarr bertanya : “Apa itu khamilan ?”
Sabda Rasulullah SAW;
“KHAFI (Didalam Hati).”
Tahap pertama DZIKIR adalah DZIKIR LISAN, kemudiannya DZIKIR QALBU yang cenderung diupayakan dan dipaksakannya.
Selanjutnya DZIKIR QALBU yang berlangsung secara berterusan, tanpa perlunya dipaksakan.
Serta yang terakhir adalah ketika Allah SWT sudahpun Berkuasa didalam Qalbu disertai Sirnanya DZIKIR itu sendiri.
Inilah 'RAHASIA' daripada sabda Nabi SAW;
”Siapa ingin bersenang-senang di Taman Syurga, perbanyaklah MENGINGAT ALLAH.”
Tanda bahawa DZIKIR telah 'SAMPAI' kepada SIRR' (Nurani yang terdalam yang menjadi tempat Cahaya Penyaksian) adalah
ketika pelaku DZIKIR dan objek DZIKIRNYA telah lenyap tersembunyi.
DZIKIR SIRR' terwujud ketika seseorang itu telahpun terliputi dan tenggelam didalamnya.
Tandanya, apabila kamu meninggalkan DZIKIR tersebut. Maka ianya takkan sesekali meninggalkanmu.
DZIKIR tersebut terbang masuk kedalam dirimu untuk Menyedarkanmu daripada keadaan tidak sedar kepada keadaan Hudhur (Hadirnya Qalbu).
Salah satu tandanya, DZIKIR itu akan menarik kepalamu dan seluruh organ-organ tubuhmu. Sehingga merasakan seolah–olahnya tertarik oleh rantai.
Petunjuknya, DZIKIR tersebut tidak akan pernah terpadam dan Cahayanya tidak akan pernah redup.
Namun engkau tetap juga Menyaksikan Cahayanya selalu Naik dan Turun, sementara api yang ada disekitarmu akan senantiasa bersih menyala.
DZIKIR yang masuk kedalam SIRR' terwujud didalam bentuk Diamnya si pelaku DZIKIR.
Seolah-olah Lisannya telah tertusuk dengan jarum atau kesemua Wajahnya adalah Lisan yang sedang BERDZIKIR dengan Cahaya yang mengalir darinya.
Ketahuilah bahawa, setiap DZIKIR yang Disedari oleh Qalbumu itu akan didengar oleh Para Malaikat Penjaga.
Sebabnya, Perasaan mereka beserta dengan Perasaanmu, didalamnya ada SIRR' yang 'SAMPAI' disaat DZIKIRMU sudahpun Ghaib daripada Perasaanmu, kerana kamu sudahpun Sirna bersama-sama Tuhanmu.
Maka DZIKIRMU juga Ghaib daripada Perasaan mereka...
Kesimpulannya, BERDZIKIR dengan ungkapan kata-kata tanpanya rasa Hudhur (Kehadiran Hati) akan disebutkannya DZIKIR LISAN.
BERDZIKIR dengan merasakan kehadirannya Qalbu bersama-sama Allah itu disebutkannya DZIKIR QALBU.
Sementara BERDZIKIR tanpanya Menyedari kehadiran segala sesuatu selain Allah itu disebutkannya DZIKIR SIRR'.
Maka itulah hakikatnya yang disebutkan dengan "DZIKIR KHAFI"...
Allah SWT berfirman;
“Dan Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam Hatimu (Nafsika) dengan merendahkan dirimu dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”
(QS. Al-A'raf : 205)
REZEKI LAHIRIAH terwujud dengan gerakan Jasad,
REZEKI BATINIAH terwujud dengan gerakan Qalbu,
REZEKI SIRR' terwujud dengan Diam,
Sementara REZEKI AKAL terwujud dengan Fana daripada Diam sehinggalah seorang Insan tinggal dengan Tenang untuk Allah dan bersama Allah...
Nutrisi dan makanan bukanlah penggunaan Rohani, melainkan ianya adalah untuk penggunaan Jasmani.
Adapun yang menjadi penggunaan Rohani dan Qalbu adalah MENGINGAT Allah DZAT Yang Maha Mengetahui segala yang Ghaib.
Allah SWT berfirman;
“Orang-orang Beriman dan Qalbu mereka tenteram dengan Mengingat (Zikir kepada) Allah.”
Kesemua makhluk yang mendengarkanmu sebenarnya juga ikut BERDZIKIR bersama-samamu.
Sebabnya kamu BERDZIKIR dengan Lisanmu, lalu dengan Qalbumu, kemudiannya dengan Nafs'mu, kemudian dengan Rohmu, selanjutnya dengan Akalmu, dan setelah itu dengan Sirr'mu..
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Lisan, maka pada saat yang sama kesemua benda-benda mati akan turut BERDZIKIR bersama-samamu.
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Qalbu, maka pada saat yang sama alam beserta segala isinya juga turut ikut BERDZIKIR bersama-sama Qalbumu.
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Nafs'mu, maka pada saat yang sama seluruh langit beserta segala isinya juga akan turut BERDZIKIR bersama-samamu.
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Rohmu, maka pada saat yang sama Singgasana Allah (‘Arsy) beserta seluruh isinya turut ikut BERDZIKIR bersama-samamu.
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Akalmu, maka Para Malaikat pembawa Arsy dan Roh orang-orang yang memiliki kedekatan dengan Allah juga akan turut ikut BERDZIKIR bersama-samamu.
Apabila kamu BERDZIKIR dengan Sirr'mu, maka Arsy beserta seluruh isinya juga turut BERDZIKIR sehinggakan DZIKIR tersebut bersambung dengan Dzat-Nya.
Imam al-Baqir dan Imam ash-Shadiq as berkata;
“Para Malaikat tidak mencatat amal sholeh seseorang kecuali apa-apa yang didengarnya, maka ketika Allah berfirman;
“Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam Hatimu (Nafsika)”, tidak ada seorangpun yang tahu seberapa besar Pahala Zikir didalam Hati dari seorang Hamba-Nya kecuali Allah Ta’ala sendiri.”
Didalam riwayat yang lainnya disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Zikir Diam (Khafi) 70 kali lebih utama daripada Zikir yang terdengar oleh Para Malaikat pencatat amal.“
(Al-Hadits)
Apabila seseorang Insan mampu mengabadikan DZIKIR KHAFI serta meyakini bahawa kesemua Alam Lahir dan Alam Batin merupakan Perwujudan daripada Nama-Nama-Nya.
Maka ianya akan merasakan Kehadiran-Nya di kesemua tempat dan akan merasakan Pengawasan-Nya dan jutaan Nikmat-Nikmat Daripada-Nya.
Perasaan akan Kehadiran-Nya ini
akan dapat mencegah seseorang Insan itu daripada berbuat Dosa, Maksiat dan juga daripada Kelalaian.
Maka Insan ini akan senantiasa berada diatas JALAN YANG LURUS, iaitu JALAN YANG HAQQ untuk Berbahagia dan Selamat di Dunia dan Akhiratnya...


[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan