Kemanisan Iman

 

Kemanisan Iman; "Dan manusia itu terdapat empat pendengaran. Empat jenis orang dengan empat jenis pendengaran yang berbeza. Dan ketahuilah, dengan pendengaran kita akan mengetahui apa yang kita akan lakukan. Sungguh semua kebaikan itu terletak di mana? Yakni Di pendengaran kita."
"Pendengaran pertama adalah pendengaran Abu Jahal. Pendengaran ini adalah bilamana diberi peringatan, masuk dari telinga kanan akan keluar dari telinga kiri. Hatinya berada dalam keadaan keras. Tak boleh nak terima peringatan daripada sesiapa lagi. Muhasabahlah, dengar dan muhasabah."
"Adakah kita dalam golongan sebegitu? kita telah banyak menghadiri Majlis demi Majlis, Maulid demi Maulid, khutbah jumaat demi khutbah jumaat, berzikir demi berzikir. Adakah kita orang yang hanya sekali lalu yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Ini jenis pendengaran orang pertama. Orang sebegini tidak dapat mengambil manfaat apa-apa."
"Pendengaran yang kedua adalah orang itu hadir dalam majlis seperti sebegini. Telah mendengar dan telah masuk cahaya ke dalam telinganya, dan masuk ke dalam hatinya. Dia merasakan sedap. Dia merasakan peringatan itu." Masya Allah, tukang pencaramah ini. Bagus, Mumtaz."
"Zaman sekarang begitu banyak orang yang mencari penceramah yang paling lawak untuk dia dengar dan dipujinya. Ceramah ini bagus, menghidupkan. Lebih baik daripada dia duduk di rumah, tengok televisyen, cerita yang lagha, tengok wayang dan sebagainya. Lebih baik dia duduk di majlis sebegini. Dia tengok ustaz mengajar dalam keadaan ketawa dan sebagainya."
"Jenis orang yg kedua, peringatan masuk ke dalam hati tetapi dia tiada niat untuk mengamalkan apa yang dia dengar. Maka terhenti disitu. Yang penting itu ilmu, tetapi jika tidak diamalkan, ianya adalah perkara tidak benar. Betul majlis sebegini mempunyai kelebihan yang banyak. Diberi keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى. Tetapi hasil daripada majlis seperti ini perlu ada."
"Adakah hanya duduk disini dengar sedapnya ceramah dan selepas itu keluar, habis. Inilah pendengaran yang kedua. Dirinya tidak mengambil manfaat yang banyak. Pendengaran yang ketiga. Masuk di dalam majlis, duduk bersama-sama dan mendengar, penuh adab. Duduk dalam penuh adab. Kerana apa?"
"Bilamana duduk tidak betul, pendengaran susah nak masuk ke dalam hati. Pandang kanan, pandang kiri, pandang handphone dan sebagainya. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati. Maka dia duduk dengan betul, beradab dan berakhlak dalam majlis kerana inginkan sesuatu faedah kepada hatinya. Kerana dia tahu kehidupan ini adalah sementara."
"Jadi orang yang ketiga, dia duduk dalam majlis sebegini dan cahaya orang yang memberi peringatan masuk ke dalam telinganya, masuk ke dalam hatinya. Dia berniat nak mengamalkan apa yang didengarinya. Niat dah ada, bagus! Tapi disebabkan bukan kebiasaan dia, apabila dia nak buat perkara sunat, dia rasa tak sedap nak buat amalan tersebut akibat kata-kata orang dan ianya bukanlah kebiasaan bagi dirinya."
"Sehingga syaitan berjaya buat dia meninggal segala perkara sunat dan merasa cukuplah dengan hanya buat perkara yang fardhu. Terhenti di situ. Niat dah hadir, tapi amalnya terhenti di situ. Akibat hasutan daripada syaitan dia berhenti di situ. Orang ini belum dapat hidayat yang betul."
"Tapi pendengaran yang keempat mendapat faedah yang terbesar. Mereka akan mengambil faedah yang betul-betul berfaedah. Dia datang ke majlis sebegini, dia beradab dan mendengar peringatan yang disampaikan. Merasakan peringatan yang diterima bukan datang daripada pendakwah, tetapi datangnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia merasakan ingin memperbetulkan dirinya. "
"Dia merasa tawaduk. Dia berkata kepada dirinya sediri; "Siapapun yang berada di hadapan, aku ingin betulkan diri aku, aku ingin bersihkan hati aku. Hati aku semakin keras dan banyaknya maksiat telah aku lakukan. Aku duduk di majlis ini aku mahukan peringatan."
"Maka masuk peringatan tersebut ke dalam hatinya kerana peringatan itu bercahaya dan selepas itu dia pun berniat mahu beramal. Selepas keluar daripada majlis dia bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى dan beramal dengan apa yang dia dengar. Dia merasakan apa yang dia inginkan adalah perkara yang agung."
"Amalan adalah perkara yang agung dan besar. Jadi dia tidak akan mahu kotorkan amalannya dengar sifat Kibir, Riak, sombong dan berasa malu beribadah kerana manusia. Dia tidak peduli apa yang orang lain cakap. Bila nak berzikir dia berzikir, Bila dia nak solat dia solat. Dia nak jadi hamba Allah سبحانه وتعالى. Bukan hamba manusia. Orang seperti begini akan merasakan kelazatan didalam beribadah."
"Zaman sekarang kita telah tahu sedapnya rasa makanan, minuman dan sebagainya. Kelazatan yang zahir. Tetapi hati kita sebetulnya boleh dapat kelazatan yang lebih tinggi jikalaulah dia boleh merasa. Cinta bila sesama manusia, kita boleh rasa sedap di dalam hati kita kan? Dalam ibadah juga ada kelazatannya yang boleh dinikmati."
"Berselawat mempunyai kelazatan. Berzikir dan tasbih punyai kelazatan. Istighfar juga punyai kelazatan. Tetapi kita tidak dapat merasakannya. Sungguh kasihan. Tanyalah dengan diri sendiri. Adakah kita pernah rasa atau tidak rasa? Adakah kita redha dengan keaadan kita yg telah berumur berpuluhan tahun tapi tak pernah merasakan kemanisan ini seumur hidup? Sungguh rugi. Sungguhlah rugi."

Daripada Al-Habib Nael Bin Thohir

PONDOK HABIB

credit ~ raudhatul muhibin


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan