MENSUCIKAN HATI ( TASAWWUF )
MENSUCIKAN HATI daripada Sifat-Sifat Yang Tercela atau dari segala Penyakit-Penyakit Hati...
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dari Nabi SAW, Beliau bersabda :
Ada seseorang yang bertanya :
“Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus ?”
Beliau menjawab :
“Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai Keindahan. Sombong adalah menolak KEBENARAN dan meremehkan orang lain.“
(HR. Muslim)
* PENGERTIANNYA RIYA, SUM’AH, UJUB, TAKKABUR DAN GHURUR.
Amal dan Ibadah seseorang Insan itu tidaklah hanya untuk mendapatkan Pahalanya sahaja, kerana apa yang kita berbuat sekalipun mungkin tidak akan mendapatkan apa-apapun balasan daripada Allah SWT.
Bahkan sangat-sangat mungkin setelah Allah SWT memberikan Pahala-Nya diatas Amal dan Ibadah yang kita lakukan, kemudiannya Pahala tersebut diambil semula dan tidak akan ada apa-apapun yang tertinggal kepada kita tanpa disedari.
Inilah 'BAHAYA TERBESAR' sekali bagi Ahli-Ahli Ibadah, kerana banyak melakukan Amal dan Ibadah yang tidak bernilai apa-apapun pada Pandangan Allah SWT.
Ada lima PENYAKIT HATI yang boleh membuatkan segala Amal dan Ibadah kita akan menjadi sia-sia belaka, bahkan sampai boleh menjadikannya SYIRIK TERSEMBUNYI kepada Allah SWT. Iaitu :
1) RIYA.
PENYAKIT RIYA itu adalah halus dan lembut, bahkan kita tidak akan dapat Menyedarinya, kerana ianya memperindahkan segala Amal dan Ibadah kita agar mendapatkan penilaian yang baik, puji-pujian, kehormatan, penghargaan dan sebagainya daripada orang-orang lain.
Tanpanya kita sedari, kita sering sahaja melakukan perbuatan-perbuatan yang sebegitu !
Contohnya, seperti kita membaca Al-Qur'an dengan lebih lama dan dengan lebih sedap apabila adanya orang-orang lain disekitar kita,
Solat yang sengaja kita buat-buat Khusyuk ketika adanya orang-orang lain yang melihat kita,
Bersedekah hanya apabila adanya orang-orang lain yang melihat kita ataupun menunjuk-nunjukkan Sedekah kita,
Merasakan bahawa segala hasil kejayaan kita adalah diatas usaha diri kita sendiri tanpanya Beritiqad bahawa Allah SWT lah yang memberikan segala Rezeki-Nya,
Kita menganggap bahawa pelajaran dan sijil adalah penjamin masa depan hidup kita,
Kita menganggap bahawa ubat-ubatanlah penyembuh bagi segala penyakit,
Kita menganggap bahawa harta benda itu adalah sebagai kemuliaan, kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan kehidupan kita,
Dan masih banyak lagi perkara-perkara yang berkenaan dengan RIYA ini.
Yang mana ianya akan membawa kita kepada SYIRIK KHAFI, iaitu SYIRIK TERSEMBUNYI yang tidak kita sedari.
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang Solat, yaitu orang yang Lalai dalam Solatnya, yang berbuat RIYA.’'
(QS. Al-Maa’uun 4 - 6)
2) SUM'AH.
PENYAKIT SUM’AH itu adalah dengan mengingatkan orang-orang lain akan segala perbuatan-perbuatan baik yang pernah dilakukan oleh kita, agar ianya dapat diketahui oleh orang-orang lain.
Harapannya setelah itu adalah, agar orang-orang lain akan sentiasa memuja-muji dan akan mendapatkan penilaian yang baik, penghargaan, kehormatan ataupun yang sebagainya.
Kadangkala kita tidak perasan yang kita selalu berbuat seperti itu !
Iaitu adanya perasaan-perasaan yang mahu mengungkit-ungkit kepada orang-orang lain bahawa kita telahpun melakukan sesuatu, seperti kita boleh berbuat sesuatu, hebat diatas sesuatu perkara dan sebagainya.
Selepas itu, akhirnya kita pun menceritakanlah akan segala Amalan-Amalan kita tersebut.
Ini sangat-sangatlah berbahaya sekali, kerana kita akan menghilangkan segala Pahala diatas Amal dan Ibadah yang sudahpun kita lakukan.
“Hai orang-orang yang Beriman, janganlah engkau menghilangkan (Pahala) Sedekahmu dengan Menyebut-Nyebutnya.”
(QS. Al-Baqarah : 264)
3) UJUB.
PENYAKIT UJUB itu adalah sifat yang mengagumi dan mengagungkan diri sendiri diatas kelebihan yang dimiliki keatas orang-orang lain, dan tidak pula mengembalikan segala kekuasaan itu kepada Allah SWT.
Setiap umat manusia itu memiliki kelebihan yang berbeza-beza daripada orang-orang lain, dan pada hakikatnya itu kesemuanya adalah Hak Milik Mutlak Allah SWT.
Maka tidaklah boleh sesekali kita berbangga-bangga diri dan merasakan bahawa semuanya itu adalah hasil jerih payah diri kita sendiri ataupun diatas usaha diri kita sendiri.
“Bagi Allah semua kerajaan langit dan bumi, dan apa yang ada diantaranya.”
(QS. Al-Maidah : 120)
4) TAKABBUR.
PENYAKIT TAKKABUR itu mempunyai sama maknanya dengan Ta’azum.
Yang ertinya adalah menampakkan keagungan diri dan kebesaran diri dibandingkan dengan orang-orang yang lain.
Jikalau UJUB itu adalah perasaan didalam Hati,
Maka Bahaya TAKKABUR itu lebih kepada upaya menampakkan kelebihan secara bongkak dan angkuh pada hati ataupun tinggi perasaannya.
Selalunya kita akan menggunakan istilahnya sebagai 'Sombong' untuk hal ini yang bermaksudnya merasakan perasaan dirinya lebih baik daripada orang-orang lain dan juga meremehkan orang-orang lain.
“Maka masuklah ke pintu-pintu Neraka Jahanam, kamu kekal didalamnya, maka amat buruklah tempat orang-orang yang Menyombongkan diri.”
(QS. An Naml : 29)
5) GHURUR.
PENYAKIT GHURUR itu adalah PENYAKIT HATI yang menimpa ramai umat manusia di Akhir Zaman ini.
GHURUR menurut bahasa ertinya adalah Tertipu Daya dengan Godaan Duniawi Palsu yang Melalaikan dan akan membuatkan kita Lupa kepada Allah SWT.
PENYAKIT GHURUR ini tersangat-sangatlah bahaya sebabnya, kebanyakkan umat manusia yang menjadi mangsanya tidak akan mengetahui bahawa yang mereka telahpun terkena PENYAKIT GHURUR ini.
Orang-orang yang BERPENYAKIT GHURUR ini akan merasa berbangga dan bermegah-megah dengan kesenangan Duniawi Palsu yang sementara ini.
Golongan-golongan ini adalah umat manusia yang telah Tertipu Daya dengan Godaan Syaitan ataupun Iblis (Jin dan Manusia).
Menurut Al-Imam Al-Ghazali,
GHURUR ini adalah merupakan PENYAKIT HATI seperti yang diterangkan didalam kitabnya Ihya 'Ulumiddin yang membahagikannya kepada empat golongan, iaitu :
- Ulama.
- Abid (Ahli Ibadat).
- Orang yang mengaku SUFI.
- Individu berharta yang Tertipu Daya dengan Duniawi Palsu yang sementara.
Daripada sudut Bahasanya, ianya adalah bermaksud :
"TERTIPU DENGAN DIRINYA SENDIRI..."
Manakala secara Istilahnya pula, AL-GHURUR itu adalah berertinya :
"Seseorang Yang Merasa Bangga Terhadap Dirinya Sendiri sehinggakan memandang remeh dan rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang-orang lain..."
* KESIMPULANNYA.
Baginda Nabi SAW yang kita kenali mempunyai Kelebihan dan Kemuliaan yang tidak terhingga itupun masih lagi tetap sahaja memanggil para pengikutnya dengan gelaran “Sahabat”.
Yang ertinya berupaya mengajarkan 'KESAKSAMAAN' atau 'KESAMARATAAN' ataupun 'KEADILAN'.
Bahawa kesemua umat manusia ini adalah sama sahaja pada Pandangan Allah SWT, kecuali bagi Insan-Insan yang tinggi Iman dan Taqwanya.
Ini menjadi pelajaran yang terpenting sekali buat kita untuk selalu "MENJAGA HATI" kita :
- Daripada PERASAAN RIYA.
- Daripada PERILAKU SUM’AH.
- Daripada RASA UJUB.
- Daripada BAHAYA TAKKABUR.
- Dan daripada SIFAT GHURUR.
Semoga kita semua di Akhir Zaman hari ini menjadi Insan-Insan yang BERIMAN dan BIJAKSANA didalam MENJAGA HATI.
Dan juga Menjaga segala Amal dan Ibadah kita agar mendapatkan yang paling terbaik pada Pandangan Allah SWT.
Dan kita sangat-sangat mengharapkan bahawa Allah SWT sendirilah yang akan mengangkat Martabat kita, bukannya bersandar kepada Mahluk-Nya...
0 comments:
Catat Ulasan