MAQAM FANA' DAN MAQAM BAQA
Guruku (Allahyarham Haji Rosli Siroon - AL-FATIHAH), dahulu ada menjelaskan tentangnya kategori INSAN-INSAN yang 'AHLI' itu adalah;
INSAN-INSAN yang senantiasa Hatinya Suci daripada segala sesuatu selain daripada Allah SWT.
INSAN-INSAN yang semacam itu akan senantiasa Menjunjung Tinggi segala 'AMANAT' yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Untuknya tidak menceritakan kepada sesiapa pun akan hal-hal yang di Alaminya selama didalam Proses PERJALANAN KEROHANIANNYA.
INSAN-INSAN ini juga akan senantiasa menjaga pelbagai hal yang dapat menghalanginya daripada Allah SWT.
Disamping itu, kerana INSAN-INSAN tersebut telahpun dapat mencapainya MAQAM BAQA'.
Maka Wajiblah baginya untuk kembali semula menerapkan segala Syariat Rasulullah SAW.
Dengan menunaikan segala Perintah dan Larangan-Nya yang telahpun ditetapkan didalam Syariat dan senantiasa bertindak dan berlaku profesional didalam memenuhi Hak dan Kewajibannya.
Sehinggalah ianya 'KEKAL' bersama-sama Allah SWT (BAQA' BILLAH).
Ini adalah sebuah Maqam yang sangat-sangat didambakan oleh kesemua Para Pejalan (Salik).
Didalam ILMU TAUHID, ianya telah dikenali dengan dua jenis Maqam, iaitu :
* 1) MAQAM FANA'.
Yaitu, Memandang dan Bermusyahadah tentangnya empat perkara, sepertinya :
a) TAUHIDUL AF’AL.
b) TAUHIDUL ASMA.
c) TAUHIDUS SIFAT.
d) TAUHIDUDZ DZAT.
* 2) MAQAM BAQA'.
Terdiri daripadanya :
"SYUHUDUL KATSRAH FIL WAHDAH".
Yang ertinya : "Memandang Yang BANYAK Didalam Yang SATU..."
Dan,
"SYUHUDUL WAHDAH FIL KATSRAH".
Yang ertinya : "Memandang Yang SATU Didalam Yang BANYAK..."
Maka MAQAM BAQA' ini lebih tinggi dan lebih Mulia daripada MAQAM FANA'...
Kerana, MAQAM FANA' itu akan Binasa dan Lenyap dibawah AHADIYYAH ALLAH.
Sedangkan MAQAM BAQA' pula adalah yang akan TETAP dan KEKAL didalam WAHIDIYYAH ALLAH.
Selain itu, MAQAM FANA' adalah Maqam daripada pandangan, iaitu :
Tiada yang Maujud Kecuali Allah SWT...
Sementara MAQAM BAQA' pula adalah Maqam daripada pandangan, iaitu :
Allah dan Qayyumiyyah-Nya senantiasa menyertai setiap Zarratul Wujud (Bahagian terkecil daripada Wujud)...
Yang bererti DIA Qaim (Berdiri) diatas segala yang Wujud.
MAQAM BAQA' dinamakannya juga sebagai MAQAM TAJALLI, ZHUHUR (Penampakan) dan Maqam.
Penjelasan dengan lebih lanjut mengenai Maqam ini, dapat dilihat daripada kalimat-kalimat seperti berikut :
"Aku Tidak Melihat Segala Sesuatu Melainkan Aku Melihat Allah Bersamanya..."
"Aku Tidak Melihat Segala Sesuatu Melainkan Aku Melihat Allah Didalamnya..."
"Aku Tidak Melihat Segala Sesuatu Melainkan Aku Melihat Allah Sebelumnya..."
"Aku Tidak Melihat Segala Sesuatu Melainkan Aku Melihat Allah Sesudahnya..."
MAQAM BAQA' tidak akan dapat dicapai kecuali setelah melewatinya MAQAM FANA'.
Dengan kata lainnya, MAQAM BAQA' itu merupakan Maqam yang dihasilkan daripada MAQAM FANA'.
Kerana dihasilkannya daripada MAQAM FANA', maka MAQAM BAQA' tidak lain daripada "FANA UL FANA" (Lenyap Didalam Kelenyapan) yang dicapainya setelah FANA'.
Maulana Syeikh Abdullah Ibn Hijazi Asy-Syarqawi Al-Misri RA mengatakan;
"Biasanya, tidaklah mungkin dapat diperolehi MAQAM BAQA' BILLAH melainkan terlebih dahulu berhasil dicapai MAQAM FANA'."
Maka, hasil daripada MAQAM FANA' itu adalah MAQAM BAQA'...
Jikalau tidak dengan sedemikian, maka itu sangat jarang terjadi. Maka disebutkannya sebagai 'Luar Biasa'.
Pengertian FANA' menurut definisi Ahli Tasawwuf pula adalah :
Meng-QAIM-kan Allah beserta ASMA, SIFAT dan DZAT-NYA...
Sebahagian kalangan "Arifin Billah" telah mengatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan FANA' adalah menjadi FANA' daripada Hawa Nafsu Kemanusiaan (Basyariyyah) untuk
berpaling kepada Tuhannya.
Sedangkan, definisi BAQA' menurut Ahli Tasawwuf pula adalah :
Allah SWT Berdiri (Qa'im) diatas segala sesuatu...
Sebahagian "Arifin Billah" pula berpendapat bahawa :
"BAQA' adalah keadaan dimana Hamba merasai bahawa ianya daripada ALLAH, untuk ALLAH dan dengan ALLAH."
Yang dimaksudkan "Dari ALLAH" adalah bahawa, ALLAH lah yang Menciptakan kesemua yang Berwujud dan yang terjadi...
Yang dimaksudkan "Untuk ALLAH" adalah bahawa, Kepemilikan hanyalah untuk Allah dan Realiti-Nya...
Yang dimaksudkan "Dengan ALLAH" adalah bahawa, ianya Maujud dengan sebab AL-HAQQ...
Syekh Qutubuddin Qistani qs. telah berpendapat bahawa;
"Baik MAQAM FANA' mahupun MAQAM BAQA', keduanya merupakan Sifat Ma'nawiah kepada Hamba. Diantara keduanya, salah satunya menjadi penyebab lahirnya yang lain. Yaitu, MAQAM FANA' menghasilkan MAQAM BAQA'."
Keduanya, didalam istilah Isyarat SUFI pula :
FANA' itu ditujukan terhadap segala Sifat-Sifat Jahat Basyariyyah.
Sedangkan BAQA' pula ditujukan kepada Sifat-Sifat Terpuji yang Uluhiyyah.
Syekh Ibrahim Ibn Sufyan qs. telah mengatakan bahawa;
"FANA' dan BAQA' mengandungi nilai Keikhlasan Wahdaniyyah (KEESAAN) dan merupakan bentuk Pengabdian yang Sejati. Bentuk-bentuk Pengabdian selain daripada keduanya dapat dianggap sebagai Sesat dan Zindik."
Jikalau seseorang itu telahpun berhasil mencapainya MAQAM FANA FILLAH dan MAQAM BAQA' BILLAH, maka nescaya ianya akan memperolehi LEZATNYA citarasa Musyahadah akan Allah SWT.
Sebagaimana yang dicita-citakannya, yang tidak memperolehinya daripada Maqam-Maqam yang lainnya.
INSAN ini 'SAMPAI' kepada Derajat INSAN-INSAN yang Shiddiq.
Yakni INSAN-INSAN yang didekatkan kepada Allah SWT (MURQARRABIN).
Sehinggalah ianya menjadi AHLI TAUHID yang sebenar-benarnya (Yang HAQQ) dan kemudiannya disebutkan pula sebagai "ARIF BILLAH YANG SEJATI" ataupun "WALIYULLAH".
Didalam setiap tarikan NAFAS INSAN ini, yang diperolehi Pahala daripada Allah SWT sebanyak seribu kali umat-umat yang Mati Syahid didalam Perang Fisabilillah'.
Hal ini seperti terungkapnya didalam pernyataan Qutub Al-Gaws Muhyin Nufus Maulana Sayyid Abu Bakar Al-Idrus qs.;
"Sesungguhnya, setiap tarikan Nafas Kaum 'ARIF memperolehi Pahala seribu kali lipat daripada Pahala orang yang Mati Syahid pada Jalan Allah (Sabilillah)."
Padahal, jumlah tarikan Nafas umat manusia normal didalam sehari semalam adalah sekitar dua puluh lapan ribu.
Pada saat dimana seseorang telahpun mencapainya MAQAM FANA' dan MAQAM BAQA' tersebut,
"JANNAH MU'AJJALAH" akan diperolehi seketika. Yaitu berupa MA'RIFAT akan Allah SWT...
Ianya juga akan mendapatkan segala-galanya NIKMAT dan KELEZATAN yang didambakan oleh Nafsu dan Matanya secara Kekal dan Abadi.
Sebagaimana yang disebutkan didalam Firman-Nya;
"Dan didalam Syurga itu terdapat segala apa yang di ingini
oleh Hati dan sedap (dipandang) Mata dan kamu kekal di dalamnya."
(QS. Az-Zukhruf : 71)
Didalam Syurga ianya akan merasakan NIKMAT yang tidak pernah didengarkan oleh telinganya dan tidak pernah terlintas didalam Hatinya.
Nabi Muhammad SAW menggambarkan akan hal ini;
"Diciptakan didalam Syurga Nikmat yang tiada pernah dilihat oleh mata, tiada pernah didengar oleh telinga, dan tiada pernah terlintas di Hati manusia.”
(Tercantum didalam Kitab Addurun Nafis)
Allah SWT juga akan membuka segala Hijab yang selama ini telahpun menutupinya dan memperkenalkan DIRI-NYA kepadanya.
Sehinggalah, INSAN ini akan Mengenal Allah SWT dengan BENAR dan MA'RIFAT dengan SEMPURNA.
Dan pada gilirannya pula akan mampu melihat Allah SWT dengan sebenar-benarnya DZAT-NYA yang :
"Laysa Kamitslihi Syay-Un Wa Huwas Samii’ul Bashiir"
Ertinya : Tidak satu pun serupa Dengan-Nya dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Dengan demikian, INSAN ini pada dasarnya telahpun memperolehi 'KEMENANGAN' disaat itu juga.
Maka INSAN ini dapat Berdekatan ataupun 'SAMPAI' kepada Allah SWT...
INSAN ini akan terbebas daripada rasa sakit (Penyakit) dan segala duka nestapa.
Dan sebaliknya, Rasa Suka Cintanya akan semakin bertambah. Hakikatnya Proses seperti ini akan berlangsung secara Abadi.
Hal ini telahpun disebutkan didalam Al-Qur'an;
"INGATLAH, SESUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU, TIDAK ADA KEKHAWATIRAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK (PULA) MEREKA BERSEDIH HATI."
(QS. Yunus : 62)
[ Sumber dari FB ]
0 comments:
Catat Ulasan