Kelahiran penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam

 


Kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam Dari Sudut Pandang Prof. Dr. Aliyy Bin Jum’ah Al-Syafi’iyy Menerusi Kitab Al-Mawlid Al-‘Aliyy
❤️ Pendahuluan
Segala pujian buat Allah Taala yang telah menerangi kewujudan ini dengan kelahiran penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam. Allah telah menjadikan baginda sebagai pembuka dan penutup. Dengan bagindalah Allah telah menutup silsilah para nabi dan dengan baginda jualah Allah telah membuka kewujudan makhluk. Allah juga telah menjadikan perutusan baginda sebagai rahmat buat seluruh alam. Baginda adalah nikmat yang terhebat yang dengan sebab bagindalah segala kenikmatan yang lain wujud dan nyata. Bagindalah perantaraan yang terbesar yang kalaulah tidak kerana baginda, nescaya tidak akan wujudlah kenabian dan kerasulan. Bagindalah perantaraan yang menghubungkan para wali dengan kewalian bahkan bagindalah perantaraan buat seluruh makhluk di dunia ini dan jua di akhirat nanti. Maka wajiblah kita bersyukur kepada Allah atas sebab kurniaan yang agung ini.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam Adalah Hari Raya Teragung Buat Kita
Pagi kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah siang hari paling istimewa berbanding dengan sebarang siang hari yang lain. Bahkan siang hari kelahiran baginda adalah merupakan hari raya buat agama Islam dan kaum muslimin sebagaimana yang telah diungkapkan oleh al-Imam Ibnu al-Jazariyy:
وَالْحَقِيقَةُ أَنَّ يَوْمَ مَوْلِدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ عِيدٌ لِلْإِسْلَامِ
yang bermaksud: “Hakikatnya adalah sesungguhnya siang hari kelahiran baginda Sallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wasallam adalah hari raya buat [agama] Islam”.
Bahkan malam kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah malam yang paling istimewa sekali berbanding dengan sebarang malam yang lain sebagaimana yang telah dinyatakan oleh al-Imam Ibrohim al-Bajuriyy seperti berikut:
وَأَفْضَلُ اللَّيَالِى عَلَى الْإِطْلَاقِ.. لَيْلَةُ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ؛ لِمَا تَرَتَّبَ عَلَى ظُهُورِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ فِيهَا مِنَ النَّفْعِ الْعَمِيمِ وَالْخَيْرِ الْعَظِيمِ
yang bermaksud: “Seafdal-afdal malam secara mutlak adalah malam kelahiran yang mulia disebabkan apa yang telah berlaku berikutan dengan kemunculan baginda Sallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wasallam pada malam tersebut berupa manfaat yang menyeluruh dan kebaikan yang agung”.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Meraikan Detik Kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam
Setiap kali tarikh kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam muncul pada bulan Rabiul Awal, para ahli kecintaan akan bangun merayakan detik yang sangat bermakna ini sebagai menyahut seruan Allah Taala di dalam Surah Ibrohim ayat yang ke-5:
وَذَكِّرۡهُم ‌بِأَیَّىٰمِ ‌ٱللَّهِ
yang bermaksud: “Ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah”.
Para ahli kecintaan sangat mengetahui bahawa kelebihan merayakan hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah keamanan yang sempurna sepanjang tahun tersebut dan satu berita gembira untuk segala yang dihajati akan diperolehi dengan segera. Bahkan kalaulah tidak ada pada perayaan hari kelahiran baginda melainkan hanya dapat menyakitkan hari syaitan dan dapat menggembirakan hati ahli iman, nescaya sudah memadai untuk menuntun mereka merayakan hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam.
Al-Imam Abu Zur’ah pernah ditanya: “Adakah merayakan hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam disunatkan atau ia adalah perbuatan yang makruh? Adakah ada pedoman yang menjadi sandaran dalam merayakan hari kelahiran baginda”? Lalu sang imam menjawab bahawa:
أَنَّ اتِّخَاذَ الْوَلِيمَةِ وَإِطْعَامَ الطَّعَامِ.. مُسْتَحَبٌّ فِى كُلِّ وَقْتٍ، فَكَيْفَ إِذَا انْضَمَّ إِلَى ذَلِكَ الْفَرَحُ وَالسُّرُورُ بِظُهُورِ نُورِ النُّبُوَّةِ فِى هَذَا الشَّهْرِ الشَّرِيفِ، وَلَا نَعْلَمُ غَيْرَ ذَلِكَ عَنِ السَّلَفِ، وَلَا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِهِ بِدْعَةً.. كَوْنُهُ مَكْرُوهًا؛ فَكَمْ مِنْ بِدْعَةٍ مُسْتَحَبَّةٌ بَلْ وَاجِبَةٌ
yang bermaksud: “Sesungguhnya mengadakan kenduri dan memberikan makanan [kepada orang lain] adalah disunatkan dalam semua keadaan. Maka bagaimana pula sekiranya kenduri dan pemberian makanan tersebut turut disertai sekali dengan kegembiraan dan kesukaan hati disebabkan cahaya kenabian pada bulan yang mulia ini?! Kami tidak mengetahui selain ini daripada [golongan] yang terdahulu. Tidak semestinya disebabkan perayaan ini adalah bidaah untuk terus menjadikannya sebagai perbuatan yang makruh. Berapa banyak daripada [perbuatan yang] bidaah [tetapi ia adalah bidaah] yang disunatkan bahkan [ada juga bidaah yang] wajib”.
Maka oleh itu perayaan memperingati hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah di antara seafdal-afdal amalan dan di antara sebesar-besar ibadat yang mendekatkan seseorang kepada Allah kerana perayaan tersebut adalah satu manifestasi kegembiran dan kecintaan terhadap baginda dalam keadaan kecintaan terhadap baginda adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Kalau Tidak Kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam, Nescaya Allah Tidak Akan Menciptakan Nabi Adam
Al-Imam Hakim al-Naysaburiyy ada meriwayatkan satu hadith yang menurut beliau sanad hadith tersebut adalah sahih:
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ.. قَالَ: يَا رَبِّ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لَمَّا غَفَرْتَ لِى، فَقَالَ اللَّهُ: يَا آدَمُ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقْهُ؟ قَالَ: يَا رَبِّ، لِأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِى بِيَدِكَ، وَنَفَخْتَ فِىَّ مِنْ رُوحِكَ.. رَفَعْتُ رَأْسِى، فَرَأَيْتُ عَلَىَ قَوَائِمِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلَّا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ، فَقَالَ اللَّهُ: صَدَقْتَ يَا آدَمُ، إِنَّهُ لَأَحَبُّ الْخَلْقِ إِلَىَّ، ادْعُنِى بِحَقِّهِ.. فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ، وَلَوْ لَا ‌مُحَمَّدٌ.. ‌مَا ‌خَلَقْتُكَ »
yang bermaksud: daripada [Sayyidina] Umar bin al-Khottob [semoga] Allah telah meredai beliau, beliau telah berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
“Tatkala [Nabi] Adam telah melakukan kesilapan, baginda telah bersabda: Wahai Tuhanku. Daku memohon daripadaMu dengan hak [kemuliaan Nabi] Muhammad [dan janganlah Dikau mentakdirkan buatku] melainkan [hanya] Dikau telah mengampunkan buatku. Lalu Allah telah berfirman: Wahai [Nabi] Adam. Bagaimana anda telah mengetahui [tentang Nabi] Muhammad sedangkan Aku tidak menciptakan baginda [lagi]? Baginda telah bersabda: Wahai tuhanku. [Daku mengenali Nabi Muhammad] kerana Dikau tatkala menciptakanku dengan tangan [iaitu kekuasaan]Mu dan Dikau telah meniupkan ke dalam [jasad]ku daripada roh [ciptaan]Mu, daku telah mengangkat kepalaku. Lalu daku telah melihat di atas kaki-kaki [bagi] Arasy tertulis: Tiada Tuhan melainkan Allah. [Nabi] Muhammad adalah rasul Allah. Maka daku telah mengetahui bahawa sesungguhnya Dikau tidak akan menyandarkan [sesuatu] kepada nama-Mu melainkan [dia adalah] makhluk yang paling Dikau cintai. Maka Allah telah berfirman: Anda telah benar wahai [Nabi] Adam. Sesungguhnya baginda adalah makhluk yang paling Aku cintai. Serulah Aku dengan hak [kemuliaan] baginda. Maka nescaya Aku benar-benar akan mengampunkan buatmu. Kalaulah tidak kerana [Nabi] Muhammad, nescaya Aku tidak menciptakanmu”.
Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah penghulu bagi seluruh zuriat Nabi Adam bahkan baginda adalah penghulu bagi seluruh makhluk. Baginda adalah lebih baik daripada para malaikat dan lebih baik daripada arasy. Tidak ada sesiapapun yang mengetahui hakikat kedudukan baginda melainkan hanya Allah Taala selaku pencipta baginda.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِر الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam Makhluk Terawal Yang Diciptakan Oleh Allah
Al-Imam al-Qostollaniyy menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam dari sudut ruh adalah merupakan makhluk yang mula-mula sekali diciptakan oleh Allah Taala. Maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah merupakan bapa kepada seluruh makhluk Allah yang lain. Bahkan baginda sudah menerima kenabian sebelum Nabi Adam Alaihissalam diciptakan. Maka akhirnya Allah telah memadankan ruh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam dengan jasad baginda pada zaman kelahiran baginda.
Kenyataan al-Imam al-Qostollaniyy ini dibuktikan dengan satu hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmidziyy yang berstatus hasan sohih seperti berikut:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُوَّةُ؟ قَالَ: « وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ »
yang bermaksud: daripada [Sayyidina] Abu Huroyroh, beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Wahai Rasulullah. Bilakah kenabian telah menjadi wajib untuk anda? Baginda telah bersabda: “[Kenabian sudah dianugerahkan kepada saya] dalam keadaan [Nabi] Adam di antara ruh dan jasad”.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Ayah Dan Bonda Yang Mulia
Mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah termasuk daripada seafdal-afdal ibadat yang mendekatkan seseorang dengan Allah. Mencintai bererti tidak menyakiti yang dicintai. Maka semestinya berbicara dengan sesuatu yang buruk pada hak ayahanda dan bonda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam akan menyakiti baginda sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah al-Tawbah ayat yang ke-61:
وَٱلَّذِینَ ‌یُؤۡذُونَ ‌رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ
yang bermaksud: “Mereka yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab yang pedih”.
Ahli Sunnah berkeyakinan bahawa Allah Taala dengan limpahan rahmatNya tidak akan mengazab seseorang yang tidak sempat hidup pada zaman kerasulan. Maka ini akan menatijahkan bahawa Allah tidak akan mengazab sama sekali ayah dan bonda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam kerana mereka berdua termasuk di dalam kalangan orang yang tidak sempat mendengar seruan dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam.
Bahkan firman Allah Taala di dalam Surah al-Syu’aro ayat yang ke-219 menunjukkan bahawa ayahanda dan bonda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah orang yang sujud kepada Allah Taala seperti berikut:
وَتَقَلُّبَكَ فِی ٱلسَّٰجِدِینَ
yang bermaksud: “[Dialah Allah yang melihat] perpindahan anda [wahai Rasulullah] di dalam orang-orang yang sujud”.
Menurut Sayyidina Abdullah bin Abbas; maksud ayat ini adalah Allah melihat perpindahan anda wahai Nabi Muhammad di dalam tulang-tulang sulbi para moyang iaitu Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim sehinggalah Allah telah mengeluarkan Rasulullah ke alam dunia sebagai seorang nabi.
Cuma terdapat dua hadith yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Muslim yang secara zahirnya seakan-akan menunjukkan bahawa kedua ibu ayah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam akan diazab oleh Allah. Dua hadith tersebut adalah:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لأُمِّى فَلَمْ يَأْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأَذِنَ لِى »
yang bermaksud: daripada [Sayyidina] Abu Huroyroh, beliau telah berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
“Daku telah meminta keizinan daripada tuhanku untuk daku memohon keampunan buat bondaku lalu Dia tidak mengizinkanku. Daku telah meminta keizinan-Nya untuk daku menziarahi kubur beliau lalu Dia telah mengizinkanku”.
عَنْ أَنَسٍ: أَنَّ رَجُلًا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيْنَ أَبِى؟ قَالَ: « فِى النَّارِ »، فَلَمَّا قَفَّى.. دَعَاهُ فَقَالَ: « إِنَّ أَبِى وَأَبَاكَ فِى النَّارِ »
yang bermaksud: daripada [Sayyidina] Anas bahawa seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah. Di manakah ayahku? Baginda telah bersabda: “Di dalam neraka”. Maka apabila lelaki tersebut telah berpaling [untuk meninggalkan majlis], baginda telah memanggil beliau lalu baginda telah bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka”.
Jawapan yang berkait dengan hadith yang pertama adalah hadith yang pertama tidak langsung menyatakan bahawa ibunda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam di dalam neraka. Apabila Allah tidak mengizinkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wasallam untuk memohon keampunan buat ibunda baginda, ini tidak bererti bahawa ibunda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah seorang wanita musyrikah. Kalaulah ibunda baginda seorang musyrikah, nescaya baginda tidak akan diizinkan untuk menziarahi pusara beliau kerana menziarahi kubur orang musyrik adalah tidak dibolehkan.
Adapun hadith yang kedua, ayah Rasulullah yang dimaksudkan oleh baginda adalah bapa saudara baginda iaitu Abu Tolib yang meninggal dunia setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi wasallam menyampaikan seruan Islam dalam keadaan beliau tidak mengisytiharkan pengislaman dirinya. Orang Arab memanggil bapa saudara dengan panggilan ‘bapa’.
Al-Qodhi Abu Bakr Ibnu al-Arabiyy pernah ditanya berkenaan dengan orang menyatakan bahawa ayah dan bonda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam di dalam neraka. Lalu beliau menjawab dengan menyatakan bahawa orang itu adalah orang yang dilaknat kerana Allah Taala telah berfirman di dalam Surah al-Ahzab ayat yang ke-57:
إِنَّ ٱلَّذِینَ ‌یُؤۡذُونَ ‌ٱللَّهَ ‌وَرَسُولَهُۥ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡءَاخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا
yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, Allah telah melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan Allah telah menyediakan untuk mereka azab yang menghinakan”.
Al-Qodhi Abu Bakr Ibnu al-Arabiyy telah berkata:
وَلَا أَذًى أَعْظَمُ مِنْ أَنْ يُقَالَ عَنْ أَبَوَيْهِ أَنَّهُمَا فِى النَّارِ
“Tidak ada kesakitan yang lebih besar daripada mengatakan tentang kedua ayah bonda baginda bahawa kedua-duanya di dalam neraka”.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Kehamilan Yang Sangat Suci, Petanda-Petanda Dan Berita-Berita Gembira
Sayyidatina Aminah tidak langsung mendapati kesakitan, kepenatan dan kesusahan sewaktu mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam berbeza dengan apa yang dialami oleh wanita mengandung yang lain. Bahkan semakin lama mengandungkan baginda, semakin rupawan wajah Sayyidatina Aminah binti Wahb.
Beliau mula mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam pada malam Jumaat bulan Rejab sehingga malam Isnin bulan Rabiul Awal.
Menurut Najmuddin al-Ghoytiyy; kebanyakan peristiwa penting bagi Rasulullah ditakdirkan berlaku pada hari Isnin berbeza dengan Nabi Adam yang kebanyakan peristiwa penting dalam hidup baginda iaitu penciptaan, penurunan ke bumi, penerimaan taubat dan kewafatan berlaku pada hari Jumaat.
Allah tidak mempertanggungjawabkan kita dengan ibadah pada hari Isnin berbeza dengan hari Jumaat kerana ingin memuliakan Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wa Alihi Wasallam dengan cara memberikan keringanan buat umat baginda.
Sewaktu baginda sudah sempurna dua bulan di dalam kandungan, ayahanda baginda telah diwafatkan oleh Allah sewaktu beliau pulang dari Sham. Beliau telah dikebumikan di salah satu rumah orang-orang Banu Najjar di Madinah.
Sayyidina Ja’far al-Sodiq pernah ditanya: “Mengapa baginda telah diyatimkan” lalu beliau menjawab: “Supaya baginda tidak berhutang budi kepada makhluk”.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Kelahiran Yang Mulia
Baginda lahir pada hari Isnin 12 Rabiul Awal. Ada pandangan yang menyatakan baginda lahir pada 2 Rabiul Awal. Ada juga yang mengatakan pada 8 Rabiul Awal bahkan ada juga pandangan-pandangan yang lain. Namun yang masyhur adalah 12 Rabiul Awal.
Menurut Najmuddin al-Ghoytiyy; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam lahir pada bulan Rabiul Awal dan bukan pada bulan-bulan haram dan bukan juga pada bulan Ramadan sebagai satu isyarat bahawa baginda menjadi mulia bukan kerana bulan tertentu bahkan bulan dan lokasilah yang menjadi mulia disebabkan baginda. Kalaulah baginda lahir pada bulan-bulan haram atau pada bulan Ramadan, mungkin akan ada yang menyangka bahawa baginda mulia kerana bulan-bulan tersebut.
Pada malam kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam, Sayyidatina Aminah mula merasai tanda kelahiran yang kuat tanpa merasa sebarang kesakitan. Sepanjang malam tersebut bermula waktu Isyak sampai waktu Subuh, Sayyidatina Aminah telah melihat pelbagai perkara yang aneh yang menakjubkan. Antaranya adalah beliau telah menyaksikan satu malaikat yang besar yang membawa empat bendera daripada cahaya. Lalu malaikat itu telah memacakkan satu bendera di atas Kaabah, satu bendera lagi di atas Baitul Maqdis, satu bendera di atas rumah beliau dan satu bendera di kaki-kaki beliau. Cahaya-cahaya dari bendera tersebut telah menerangi pelusuk timur dan barat.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Berdirilah Bagi Memuliakan Kedatangan Baginda Di Dunia Ini
السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا أَوَّلَ خَلْقِ اللَّهِ وَآخِرَ رُسْلِ اللَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا عُنْصُرَ الْمَعْرُوفِ وَالْإِحْسَانِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا مَصْدَرَ الْحَقَائِقِ وَالْعِرْفَانِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا هَدِيَّةَ اللَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا قَاسِمًا لِعَطَاءِ اللَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا مَنِ الْعَوَالِمُ كُلُّهَا فِى طَىِّ قَبْضَتِهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا مَنْ تَشَرَّفَ جِبْرِيلُ بِخِدْمَتِهِ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ بَيْتِكَ الْأَطْهَارِ، وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
Menurut Najmuddin al-Ghoytiyy; menjadi satu adat kebiasaan para pemuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam apabila mereka mula membicarakan mengenai peristiwa kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Alihi Wasallam dan kisah ibunda baginda melahirkan baginda, kebanyakan orang ramai akan berdiri sebagai memuliakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam. Tindakan berdiri ini adalah satu bidaah yang tidak bersumberkan kepada dalil. Namun tindakan berdiri ini adalah tidak mengapa kerana ia dilakukan atas dasar penghormatan buat baginda. Bahkan ia adalah perbuatan yang baik yang dilakukan oleh mereka yang telah dikalahkan oleh kecintaan dan penghormatan buat baginda.
Abu Zakariyya Yahya al-Sorsoriyy telah bergurindam:
قَلِيلٌ لِمَدْحِ الْمُصْطَفَى الْخَـطُّ بِالذَّهَبْ *** عَلَى فِضَّةٍ مِنْ خَطِّ أَحْسَنِ مَنْ كَتَبْ
وَأَنْ تَنْهَضَ الْأَشْـــرَافُ عِنْدَ سَمَاعِــهِ *** قِيَامًـا صُفُوفًـا أَوْ جَثِيًّا عَـلَى الرُّكَبْ
أَمَـا لِلَّهِ تَعْظِيمًـا لَـهُ كَتَبَ اسْمَــــهُ *** عَـلَى عَرْشِـــهِ يَا رُتْبـَةً سَـمَتِ الرُّتَبْ
Maka wajiblah ke atas kita semua wahai orang-orang yang hadir dan mendengar untuk berdiri ketika sebutan perihal kelahiran baginda yang mulia sebagai satu penghormatan terhadap kedatangan zat baginda yang mulia. Alangkah berbahagianya orang yang berdiri di atas kakinya kerana memuliakan baginda.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam telah lahir dalam keadaan sudah terpotong tali pusat, telah dikhatankan, menggenggam tangan baginda, meluruskan jari telunjuk baginda.
Apabila baginda keluar sahaja dari Rahim ibunda baginda, baginda telah sujud kepada Allah dan baginda telah mendongak memandang langit sebagai satu isyarat ketinggian kedudukan baginda.
Ada pandangan yang menyatakan bahawa baginda telah dikhatankan oleh nenda baginda Abdul Muttolib pada hari ketujuh kelahiran baginda dan sang nenda telah mengadakan kenduri serta menamakan baginda dengan nama Muhammad (yang dipuji). Lalu sang nenda berkata: “Aku berharap bahawa baginda akan dipuji di langit dan di bumi”.
Wanita yang pertama yang menyusukan baginda adalah Thuwaybah yang merupakan hamba perempuan kepada Abu Lahab. Thuwaybah telah datang memberitahu Abu Lahab akan berita gembira kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam lalu sang paman terus membebaskan hamba wanitanya. Maka kerana itulah selepas kematian Abu Lahab, Sayyidina al-Abbas telah bermimpi melihatnya lalu Abu Lahab menyatakan kepadanya bahawa dia telah diringankan daripada azab neraka pada hari Isnin.
إِذَا كَانَ هَــذَا كَافِـرًا جَـاءَ ذَمُّهُ *** بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِى الْجـَحِيمِ مُخَــــلَّدًا
أَتَى أَنَّهُ فِى يَوْمِ الِاثْنَيْنِ دَائِمًـا *** يُـخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّـــرُورِ بِأَحْمَـــدَا
فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِى طُولَ عُمْرِهِ *** بِأَحْمَــدَ مَسْـــرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا
Banyak perkara yang menakjubkan berlaku pada saat kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam. Antaranya:
• Langit telah dihiasi dan dikawal daripada ditembusi oleh sebarang pendengaran
• Istana raja Rom telah mengalami keretakan
• Api sembahan masyarakat Parsi terpadam sedangkan api itu dijaga daripada terpadam selama seribu tahun.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam telah diputerakan di tempat yang dikenali dengan nama Suq al-Layl. Menurut Syaikhul Islam Ibnu al-Jazariyy; penduduk Mekah pada setiap tahun pada tarikh kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam akan keluar menuju ke tempat kelahiran baginda lalu mereka akan mengadakan sambutan yang lebih meriah berbanding dengan kemeriahan pada hari raya. Menurut Ibnu al-Jazariyy lagi; buku karangan beliau yang berjudul al-Ta’rif Bi al-Mawlid al-Syarif telah dibaca di lokasi tersebut dan telah dihadiri oleh bilangan manusia yang tak terbilang.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ
❤️ Sifat Fizikal Dan Akhlak Baginda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam adalah seorang yang berwajah kacak, wajah baginda bercahaya seperti bercahayanya bulan purnama, mata baginda adalah luas dan kelihatan bercelak, baginda melihat orang yang berada di belakang baginda seperti baginda melihat orang yang berada di hadapan baginda, mulut baginda luas, antara gigi baginda ada kejarangan, dahi baginda adalah luas, janggut baginda tumbuh lebat, kepala baginda adalah besar, rambut baginda kadang kala mencecah cuping telinga baginda, baginda berwajah putih yang diserapi dengan kemerahan, ada keluasan antara dua bahu baginda, di antara dua bahu baginda terletak cop mohor kenabian, apabila baginda bersalaman dengan seseorang, akan terhidu bau kasturi di tangan orang yang disalami sepanjang hari tersebut, di tangan bagindalah kunci bagi seluruh khazanah bumi, Allah telah menjadikan baginda sebagai orang yang membahagi-bahagikan khazanah tersebut, keringat baginda berbau harum yang melebihi keharuman sebarang wangian dan orang yang menyatakan ciri baginda akan berkata: Daku tidak pernah melihat sebelum baginda dan sesudah baginda orang yang seumpama baginda.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam seorang yang sangat pemalu dan sangat merendah diri. Baginda sendiri yang menjahit pakaian baginda. Baginda sendiri yang memerah susu kambing milik baginda. Baginda membantu ahli keluarga baginda. Baginda sangat mencintai orang-orang miskin, menziarahi mereka dan melawat orang sakit daripada kalangan mereka. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan menerima permohonan maaf. Baginda berjalan bersama-sama dengan para janda dan para hamba. Apabila baginda marah, baginda marah kerana Allah dan bukan kerana diri baginda. Sekalipun kedudukan baginda yang tinggi, baginda tetap mengikat perut baginda dengan batu. Baginda juga bergurau tetapi tetap dengan ucapan yang benar.
عَطِّرِ اللَّهُمَّ مَجَالِسَنَا بِالصَّلَاةِ عَلَى خَيْرِ الْبَرِيَّةِ ، وَاغْفِرْ لَنَا مَا قَدْ كَانَ وَمَا يَكُونُ بِجَاهِهِ ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النُّورِ الذَّاتِيِّ ، وَالسِّرِّ السَّارِى فِى سَائِرِ الْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ وَعَلَى آلِهِ

[ Sumber dari Hairul Nizam ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan