Penjelasan berkaitan Penisbahan Syahadat Tok Ku

 

(Penjelasan berkaitan Penisbahan Syahadat Tok Ku)
Ini merupakan satu daripada karya hasil usaha dakwah salah seorang tokoh ulama Ahlil Bait al Nabawi bergelar Syeikhul Ulama di bumi Terengganu, Engku Paduka Indera al Sayyid Muhammad ben Zainal Abidin ben Hussein ben Mustafa Alaydrus atau lebih dikenali dengan Tok Ku Tuan Besar. Beliau merupakan ayahanda kepada seorang lagi tokoh ulama terkenal di bumi Terengganu Syeikhul Islam al Sayyid Abdul Rahman ben Muhammad Alaydrus yang juga lebih dikenali dengan panggilan Tok Ku Tuan Paloh atau Tok Ku Paloh.
Kebanyakan orang telah menisbahkan syahadat ini kepada Tok Ku Paloh oleh kerana ianya giat dipopularkan serta diajar di zaman Tok Ku Paloh. Namun perlu diketahui, ianya sudahpun diajar serta dijadikan amalan bacaan wirid harian bahkan sebagai wirid selepas solat fardhu oleh masyarakat setempat di sini, sejak zaman Tok Ku Tuan Besar ayahandanya Tok Ku Paloh lagi.
Keberkesanan serta keberkatan syahadat Tok Ku ini dapat dilihat secara jelas melalui penerimaan dan kelangsungan amalan pembacaannya yang masih lagi menjadi hafalan yang meniti dibibir-bibir komuniti muslim di sini sejak ianya mula-mula diperkenalkan.

Melihat kepada penerimaan علامة القبول itu, maka giatlah anak-anak Tok Ku Tuan Besar meneruskan amalan ini yg telah dirintiskan oleh bapa a.k.a guru pertama mereka ini. Antara anak al marhum Tok Ku Tuan Besar yang paling masyhur dan ramai muridnya adalah Tok Ku Paloh. Bermula daripada situlah kadang-kadang berlakunya silap penisbahan syahadat ini kepada Tok Ku Paloh, yang sebenarnya kepada Tok Ku Tuan Besar.
Sama-sama kita pakat ucapkan terima kasih atas juhud@pengorbanan ulama terdahulu kita, sebagai menyahut seruan Baginda ﷺ : Tidak bersyukur kepada Allah sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia yang lain.
جَزَاهُمُ الله عَنَّا خَيْرَ الجَزَاءِ
اللهُمَّ كَمَا أَجْرَيْتَ ذِكْرَهُمْ عَلَىٰ أَلْسِنَتِنَا، فَأَجْرِ عُلُوْمَهُمْ عَلَىٰ أَفْئِدَتِنَا...
Ya Allah sebagaimana Dikau gerakkan bibir-bibir kami menyebut nama-nama mereka yang terpilih, kami memohon agar dialirkan juga lautan ilmu yang pernah Dikau kurniakan kepada mereka di hati sanubari kami seumpama mereka....

أبو أحمد العيدروس
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan