ILMU TAUHID YANG HAQQ*

 


ILMU TAUHID YANG HAQQ*

MENGENAL ALLAH SWT MELALUI ILMU TAUHID...
* 1) Soalan : Apakah maksudnya TAUHID ?
TAUHID itu bermaksudnya MENG-"ESA"-KAN ALLAH SWT.
Maksudnya "ESA" itu adalah "SATU" ataupun "TUNGGAL"...
ILMU TAUHID adalah Ilmu yang berasaskan kepada Meng-ESA-kan Allah SWT dengan cara PENYERAHAN segala SIFAT, AF'AL, ASMA dan ROH.
Supaya ianya menjadi "SATU" didalam WAJAH ALLAH SWT (WAHDATUL DZAT, SIFAT, AF'AL dan ASMA' Allah SWT).
Perkara Pokok Ajaran Islam yang pertama-tama sekali adalah TAUHID !
Tafsiran Syarak ada menyatakan bahawa, Agama itu mestilah berasaskan TAUHID...
TAUHID pula adalah bermaksud bagi "MENYATUKAN" segala perkara, supaya ianya menjadi SATU SIFAT, SATU NAMA, SATU PERBUATAN dan SATU DZAT dibawah ESA WAJAH ALLAH SWT.
Sehinggalah 'SAMPAI' kepada Tahap,
Dzat-Nya adalah juga merupakan Sifat-Nya, manakala Sifat-Nya pula adalah juga merupakan Dzat-Nya.
Nama-Nya adalah Perbuatan-Nya, manakala Perbuatan-Nya pula, adalah juga merupakan Nama-Nya. Begitulah sebaliknya.
Setiap Makhluk mempunyai Zatnya sendiri. Maka banyak Sifat Makhluk, maka banyaklah Zatnya serta Perangai dan banyaklah Namanya.
Sungguhpun banyak, banyaknya itu terhenti pula pada Sifat WAJAH Allah SWT yang "SATU" juga.
WAHDAH kan segalanya, supaya menjadi SATU WAJAH ALLAH SWT YANG ESA...
ESA nya Allah SWT itu, hanyalah dapat Diterjemahkan melalui "ILMU MA'RIFAT" (ILMU MENGENAL ALLAH).
Tanpanya ILMU MA'RIFAT, maka Allah SWT tidak akan dapat Diterjemahkan Ke-ESA-annya.
Tanpanya MA'RIFAT juga, maka ILMU TAUHID tidak akan dapat Dihuraikan...
* 2) Soalan : Apakah asasnya TAUHID ?
TAUHID itu berasaskan kepada Hukum Syarak dan Hukum Syarak pula adalah berasaskan kepada Islam.
Manakala Islam pula berasaskan kepada Tiga perkara Rukun, iaitu;
a) ISLAM (Ada Lima perkara Rukun).
b) IMAN (Ada Enam perkara Rukun).
c) IHSAN (Kesempurnaan didalam kesemua Rukun).
Apakah yang terkandung didalam RUKUN ISLAM ?
a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
b) Solat Lima Waktu.
c) Puasa Dibulan Ramadhan.
d) Menunaikan Zakat.
e) Menunaikan Fardhu Haji.
Apakah yang terkandung didalam RUKUN IMAN ?
a) Percaya Kepada Allah.
b) Percaya Kepada Rasul.
c) Percaya Kepada Kitab Al-Qur'an.
d) Percaya Kepada Malaikat.
e) Percaya Kepada Hari Akhirat.
f) Percaya Kepada Qadha' dan Qadar.
* 3) Apakah yang terkandung didalam IHSAN ?
IHSAN itu adalah apabila kita Melihat Allah SWT...
Seandainya kita tidak dapat Melihat Allah SWT, maka sesungguhnya Allah SWT Melihat kita.
Didalam keadaan kita Memandang Sifat Makhluk dan sekiranya kita tidak boleh Melihat Wajah Allah SWT pada sesuatu yang kita Pandang itu.
Sesungguhnya kita itu daripada golongan yang benar-benar BUTA !
Yang telah "Dibutakan Mata Hatinya" oleh Sifat Makhluk...
Allah SWT Mewajibkan kita Memandang-Nya dengan Pandangan MA'RIFAT.
Iaitu dengan Pandangan IHSAN dan Melihat dengan Penglihatan dan Tilikan dengan Pandangan IHSAN.
Maka disitulah kita akan dapat Melihat Allah SWT pada segala sesuatu...
Sekiranya kita tidak dapat untuk Memandang Allah SWT melalui Pandangan kita, maka anggaplah bahawa Allah SWT lah Pandangan itu.
Maksud Hadis;
"Sesungguhnya Allah telah Mewajibkan lHSAN atas segala sesuatu."
Asas TAUHID dengan segala Syarat dan Rukun tidak membawa apa-apa erti dan makna sekalipun, jikalau ianya tidak disertai dengan "ILMU MENGENAL ALLAH SWT".
Asas TAUHID dengan segala macam Syarat dan Rukun itu, sebenarnya telah sedia ada didalam diri kita masing-masing.
Hanya yang Buta Mata Hatinya sahaja yang tidak akan dapat melihat Hakikatnya...
Hati yang tidak MENGENAL ALLAH SWT itu adalah seumpamanya Pokok yang tidak Berakar dan seumpamanya Akar yang tidak Bertunjang.
Asas ataupun Tunjang dari segala ILMU itu adalah ILMU MENGENAL ALLAH SWT (MA'RIFATULLAH).
Tanpanya ILMU MENGENAL ALLAH SWT dan MENGENAL DIRI, maka ILMU TAUHID tidak akan dapat untuk Diterjemahkan ataupun Ditafsirkan.
Seandainya Rukun Islam yang Lima itu, ditambahi bilangannya menjadi 1001 Rukun sekalipun. Maka ianya tidak akan dapat membawa TAUHID kedalam diri kita, jikalau ianya tidak disertai dengan ILMU MA'RIFAT.
Seandainya Rukun Iman yang Enam itu, ditambahi pula menjadi angka 9999 Rukun sekalipun. Maka ianya tidak akan sekali-kali membawa apa-apa erti sekalipun, tanpanya disertai dengan ILMU MENGENAL DIRI.
Bagi mereka yang MENGENAL DIRI dan yang MENGENAL ALLAH SWT sahajalah yang akan dapat Menterjemahkan dan Mentafsirkan Rukun Islam yang Lima dan Rukun Iman yang Enam.
Segala Rukun dan Syarat itu akan terjawab dan akan terlerai pula apabila Dirinya telah dapat MENGENAL ALLAH SWT.
Oleh itu, marilah kita sama-sama dengan Penglihatan dan Tilikan dengan Pandangan IHSAN. Maka disitulah kita akan dapat Melihat Allah SWT pada segala sesuatu.
Sekiranya kita tidak dapat untuk Memandang Allah SWT melalui Pandangan kita, maka anggaplah bahawa Allah SWT lah Pandangan itu.
Kita hendaklah menjadikan Allah SWT itu "SATU" (ESA atau TUNGGAL).
"SATU" pada WAJAH SIFAT, DZAT, AF'AL dan ASMA-NYA...
Bagi yang tidak dapat mempelajari ataupun memahami ILMU Meng-ESA-kan Allah SWT (TAUHID).
Maka Hukumnya adalah Fasiq, Munafik dan Kafir, bahkan boleh menjadi Syirik !
* 4) Malaikat Jibrail AS telah mengajarkan Rasulullah SAW tentangnya ISLAM, IMAN dan IHSAN.
Dari Umar RA, berkata beliau : "Ketika seorang duduk dihadapan Rasulullah, tiba-tiba muncullah seorang lelaki yang berpakaian putih dan rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya bekas-bekas dari perjalanan jauh, dan tidak ada seorang pun yang mengenalinya, sehingga ia duduk dihadapan Baginda Rasulullah dengan lututnya bersentuhan dengan lutut Baginda dan meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua paha Baginda Nabi lalu berkata;
"Maka beritahukan kepadaku tentang lHSAN.
Nabi SAW menjawab;
lHSAN ialah bahawasanya engkau Memperhambakan Diri kepada Allah saakan-akan engkau Melihatnya, meskipun engkau tidak Melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia Melihat engkau".
TAUHID kepada Allah SWT itu hendaklah 'SAMPAI' kepada Tahap IHSAN.
Iaitu Tahap membersihkan fikiran kita daripada selain Allah SWT...
Untuk 'SAMPAI' kepada Tahap IHSAN, kita dikehendaki terlebih dahulu melalui Proses MENGENAL ALLAH SWT.
Selagi Allah SWT belum dapat Dikenali, maka kita tidak sekali-kali akan dapat MENTAUHIDKAN ALLAH SWT.
TAUHID itu adalah "SATUKAN" (CANTUMKAN) sekalian Wajah Makhluk kedalam WAJAH Allah SWT.
Supaya ianya menjadi "SATU WAJAH" (WAHDAH)...
Yang Ada, yang Ujud, yang Wujud dan yang Maujud itu adalah Sifat dan WAJAH Allah SWT belaka.
Segala-galanya hanyalah Allah SWT...
Segala Nama-Nama yang terpanggil di Alam ini, semuanya telah menjadi "SATU" didalam NAMA Allah SWT.
Segala Sifat-Sifat yang Terzahir di Alam ini, semuanya telah menjadi "SATU" didalam SIFAT Allah SWT.
Segala Perbuatan dan Perangai yang berlaku di Alam ini, semuanya telah menjadi "SATU" didalam PERBUATAN Allah SWT.
Segala DZAT dan ROH yang ada di Alam ini, semuanya telah menjadi "SATU" didalam DZAT Allah SWT dan menjadi "SATU" didalam WAJAH Allah SWT.
Seluruh isi Alam ini menjadi Binasa, dan menjadi ESA, TUNGGAL dan SATU dibawah "SATU WAJAH"...
Seolah-olah kesemuanya berada didalam 'SATU ADUNAN' dan 'TERKAMIL' dibawah SATU WAJAH, SATU NAMA, SATU SIFAT, SATU PERBUATAN dan SATU DZAT.
Semua Makhluk dan isi Alam ini telah 'TERKAMIL' dibawah SATU WAJAH ALLAH SWT...
Inilah yang dikatakan sebenar-benarnya "ESA" dan sebenar-benarnya "TAUHID" !
Tidak adanya lagi yang Dipandang Wujud di Alam ini, melainkan WAJAH Allah SWT yang "SATU"...
Janganlah pula kita jadikan WAJAH Allah SWT itu, dibawah Satu Kesatuan (Union).
Kita tidaklah boleh meletakkan Allah SWT itu dibawah Kesatuan (Union) mensyarikat, menduakan, menyekutukan Allah SWT.
Tetapi kita meletakkannya menjadi SATU, ESA, SEBATI dan KAMIL dibawah KEESAAN WAJAH ALLAH YANG MAHA ESA...
Untuk mencapainya TAUHID yang sebenar-benarnya, kita hendaklah terlebih dahulu MENGENAL ILMU MA'RIFAT.
Selagi kita tidak MENGENAL ALLAH SWT, maka selagi itulah kita tidak akan dapat Menguasai ILMU TAUHID (ESA).
Setelah sebenar-benarnya MENGENAL ALLAH SWT dengan NYATA !
Maka barulah menjadikan Akal dan Hati kita BERTAUHID kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya TAUHID YANG HAQQ (Meng-ESA-kan Allah daripada sebarang Sifat).
Setelah kita dapat Menyatakan Allah SWT dengan JELAS !
Maka sekalian Makhluk-Nya ini akan menjadi BINASA dan fikiran akan menjadi hilang daripada Pandangan Hati.
Yang ada pada INGATAN dan pada Pandangan Hati kita diketika itu hanyalah;
"ALLAH... ALLAH... ALLAH..."
Daripada Allahyarham Guruku Haji Rosli Siroon... AL-FATIHAH...
* NOTA : Rujuklah GURU MURSYID yang HAQQ sekiranya ingin lebih mendalaminya, agar "SAMPAI KE MATLAMATNYA"...
[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan