BERKASIH SAYANG SESAMA
Memuliakan dan Berkasih Sayang kepada ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN, GOLONGAN LEMAH dan GOLONGAN TERKENA MUSIBAH hanya kerana Allah SWT...
Mulianya sebagai umat manusia pada Pandangan Allah SWT bukanlah diukur melalui penampilan zahirnya, bukanlah diukur melalui harta kekayaannya, bukanlah diukur melalui tahap pengajian ataupun pembelajarannya atau melalui pangkat serta kuasa yang ada padanya.
Tidak kiralah sesiapapun, pasti hanyalah Allah SWT yang Maha Mengetahui segala ukuran Kemuliaan seseorang Hamba-Nya.
Walaupun ketika di Duniawi Palsu ini, ianya hanyalah seorang Fakir Miskin ataupun hanyalah berkelas Gelandangan, Terlahir Cacat (Atau digelar Insan Istimewa), samada ianya terlihat kusut masai dan seakan terbiar sahaja.
Terdapatnya satu kisah daripada sebuah Hadith, kisah yang pernah berlaku ketika Nabi Muhammad SAW duduk bersama-sama dengan Para Sahabat. Ketika itu melintaslah seorang lelaki di hadapan mereka.
Maka Baginda Nabi SAW pun bertanya kepada Para Sahabat pendapatnya mengenai lelaki itu tadi;
"Apa pandangan kamu tentang lelaki ini ?".
Maka Sahabat pun menjawab;
"Lelaki ini daripada golongan mulia (Terpandang atau bangsawan). Demi Allah, apabila dia meminang, pasti akan dinikahkan dan apabila dia meminta bantuan pasti akan dibantu !"
Baginda Nabi SAW hanya terdiam...
Kemudian melintaslah pula seorang lelaki yang lainnya di hadapan mereka.
Maka Baginda Nabi SAW pun bertanya kepada Para Sahabat, apa pula pandangan mereka terhadap lelaki kedua yang baru berlalu sebentar tadi.
Maka Sahabat pun berkata;
"Wahai Rasulullah, pemuda ini adalah orang Miskin daripada kalangan Muslimin, apabila ia meminang sudah pasti pinangannya ditolak, dan jika meminta pertolongan dia tidak akan ditolong, dan apabila berkata, katanya tidak akan didengari !"
Lalu Baginda Nabi SAW bersabda;
"Orang ini (Lelaki kedua), lebih baik daripada seluruh isi bumi termasuk orang tadi (Lelaki pertama)."
(HR. Bukhari)
Hakikatnya, kita di Duniawi Palsu yang sementara ini hanyalah suka berdampingan dengan orang-orang yang terkenal, berharta, berpangkat dan berpengaruh sahaja.
Kerana kita hanyalah mengharapkan tempias daripada kebaikan, motivasi serta kemasyhurannya sahaja. Bahkan mungkin harta kekayaan mereka.
Namun janganlah sesekali kita terlupa, apatah lagi menyisihkan golongan yang dipandang 'Biasa-Biasa' oleh kebanyakkan umat manusia di Duniawi Palsu yang sementara ini. Sedangkan Baginda Nabi SAW sangat-sangatlah Memuliakan mereka.
Kita haruslah juga mengetahui, bahawa DOA golongan yang terlihat Miskin itu, yang tidak dipandang oleh seluruh umat manusia, tidak berapa dikenali dan tidak dirasakan penting ini kekadangnya mempunyai Kelebihan yang sangat-sangat besar pada Pandangan Allah SWT.
Dan juga janganlah kita pernah terlupa, bahawa kebanyakkan PARA WALI-NYA itu berada didalam Golongan yang Miskin dan tidak dikenali ini. Mereka TERSEMBUNYI daripada kalangan Ahli Dunia tetapi tidak kepada Ahli Akhirat.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Adakalanya orang yang rambutnya kusut masai, diusir ketika mengetuk pintu-pintu rumah orang, namun apabila dia berdoa atau bersumpah atas Nama Allah, pasti Allah akan perkenankannya."
(HR. Muslim)
Hadis ini memberikan Peringatan dan Pengajaran yang sangat-sangat bermanfaat !
Imam Nawawi Rahimullah meletakkan Hadist ini didalam kitabnya Riyadhus Solihin pada bab :
"Mengutamakan Orang Islam dari kalangan Orang Lemah, Miskin dan Tidak Dikenali."
Didalam Hadist yang lain, Baginda Nabi SAW pernah menceritakan keutamaannya golongan ini terhadap kita semua.
Baginda Nabi SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah akan menolong umat ini dengan sebab orang-orang yang Lemah daripada mereka, iaitu dengan Doa, Solat dan Keikhlasan mereka."
(HR. al-Nasai)
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Rahimullah ketika mensyarahkan Hadist ini, beliau telah menukilkan penjelasan daripada Ibnu Batthal Rahimullah yang menyatakan :
"Tafsir Hadis ini bahawa orang-orang Lemah dan Miskin lebih Ikhlas dalam Berdoa dan lebih Khusyuk dalam Ibadah kerana Hati mereka sangat sedikit bergantung dengan urusan dunia. Kerana itu Nabi SAW BERWASIAT dalam banyak Hadist supaya Berkasih Sayang kepada orang yang Miskin dan Lemah".
Malah Allah SWT juga telah berfirman (Sebagai PERINGATAN buat semua);
"Dan terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu mengherdiknya."
(QS. Al-Dhuha : 10)
Berdasarkan ayat ini, jelaslah kita sangat-sangat ditegah daripada mengherdik, menghalau. Apalagi memaki-hamun (Mengeraskan suara) kepada golongan yang terpandang hina pada sisi Duniawi Palsu yang sementara ini...
0 comments:
Catat Ulasan