ISI DAN KULIT

 


ISI DAN KULIT
Syeikh Nuruddin ar-Raniri menentang Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i.
Sebahagian besar karangan dan teguran Sheikh Nuruddin ditujukan membantah fahaman Wahdatul Wujud yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i.
Syeikh Nuruddin ar-Raniri, pengikut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah berasal daripada Syeikh Abul Hasan al-Asy'ari dan Syeikh Abu Manshur al-Maturid.
Penganut mazhab Syafie, beliau juga ahli dalam ajaran mazhab-mazhab yang lain.
Pegangan dalam tasawuf beliau pengikut tasawuf yang muktabar dan pengamal berbagai tariqah sufiyah.
Pengamal Tariqat Qadiriyah dan
Tariqat Rifa'iyah.
Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak pernah menyalahkan, bahkan menyokong Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Abi Yazid al-Bustami, 'Abdul Karim al-Jili, Abu Manshur Husein al-Hallaj dan lain-lain.
Perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang keluar daripada ulama-ulama sufi tersebut tidak pernah beliau salahkan,
tetapi sebaliknya perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang berasal daripada
Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i selalu ditafsirkan secara salah oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri.
Di dalam karyanya Fath al-Mubin 'ala al-Mulhidin, Syeikh Nuruddin ar-Raniri berpendapat bahawa al-Hallaj mati syahid.
Katanya: "Dan Hallaj itu pun syahid fi sabilillah jua." Padahal jika diteliti, sebenarnya Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i itu pegangannya tidak ubah dengan al-Hallaj.
Ajaran Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i adalah sama seperti ajaran Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Syeikh Abi Yazid al-Bustami, Syeikh 'Abdul Karim al-Jili dalam satu aliran yang sama.
Dan bahagian lain juga berpunca daripada ajaran Imam al-Ghazali, Syeikh Junaid al-Baghdadi dan lain-lain, adalah dipandang muktabar, sah dan betul menurut pandangan ahli tasawuf.
Syeikh Nuruddin ar-Raniri sebagai seorang ulama besar, yang dikatakan juga telah mengetahui ilmu tasawuf, namun tasawuf yang diketahui oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu hanyalah tasawuf zahir belaka.
Bahawa beliau hanyalah mengetahui kulit ilmu tasawuf, tetapi tidak sampai kepada intipati tasawuf yang sebenar-benarnya. Bahawa beliau baru mempunyai ilmu lisan sebagai hujah belaka,
tetapi belum mempunyai ilmu qalbi/hati, yang benar-benar mengalami pembukaan jalan kerohanian menuju Allah. Bahasa lainnya beliau hanya tahu kulit, tetapi isi masih mentah.
Syeikh Nuruddin pernah kalah berdebat dengan Saiful Rijal, penyokong fahaman Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra'i, diceritakan dalam kitab Fath al-Mubin.
Nota: 1. Pengamal tarikat sendiri masih gagal memahami sebahagian perjalanan kerohanian seperti Wahdatul Wujud, sedangkan pengamal pun tidak mengerti inikan pula mereka yang tidak berjalan di jalan ini ghairah memperdebatkannya. Kulit saja tebal, isi kosong.
2. Isu ini, jika berlaku perdebatan di kalangan antara Ahlussunnah Wal Jamaah dan lebih-lebih lagi para pengamal tarikat itu sudah lumrah. Ia memang wujud sejak dulu hingga kini. Perselisihan itu Sunnah dan rahmat. Dua-dua piha kita sayang.
3. Isi dan kulit sangat berbeza. Kulit hanya tahu berbahas secara ilmiah. Sedangkan isi, mereka mengalami perjalanan kerohanian itu secara realiti / praktikal bukan berteori semata. Bezanya ibarat langit dan bumi.
Sumber dari
http://ulama-nusantara.blogspot.com/.../syeikh-nuruddin...
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan