TASAWWUF "KUNCI" AKHIR ZAMAN

Sabda Rasulullah SAW;

“Dan ketahuilah sesungguhnya tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal, bumi akan berada dalam keadaan kering kontang sama sekali. Semua manusia dilanda kelaparan yang dahsyat.

Di tahun pertama, Allah menitahkan agar hujan menahan sepertiga airnya. Pada tahun kedua Allah menitahkan agar hujan menahan dua pertiga airnya; bumi menahan dua pertiga tumbuh-tumbuhannya. Sedang pada tahun ketiga, Allah menitahkan agar hujan menahan semua airnya, sehingga tidak setitis pun air yang turun dari langit.

Dan menitahkan bumi agar menahan semua yang ditumbuhkannya sehingga tidak ada sesuatu pun yang ditumbuhkannya, bahkan mana-mana tumbuhan yang tinggal semuanya menjadi kering dan binasa.”

Seorang lagi bertanya: “Lalu apakah manusia akan hidup saat itu ?“

Baginda SAW menjawab;

“Mereka akan hidup menerusi Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih. Dan kesemua itu menjadi pengganti makanan mereka."
- (Ibnu Majah, Abu Dawud, Al-Hakim- Hadith Sahih dengan syarah Muslim).

Banyak lagi Hadith-Hadith yang menjadi bukti nyata bahawa di akhir zaman nanti, TOLONG PERTOLONGAN ALLAH SWT akan didatangkan dalam bentuk "KARAMAH" dan "BARAKAH" kepada PARA AULIYAA'-NYA yang dikasihi.

Namun Hakikatnya, PERTOLONGAN sebegini bukanlah hanya muncul di Akhir Zaman nanti sahaja, tetapi ianya telahpun berulangkali berlaku di sepanjang Sejarah Perjalanan Agama Islam semenjak pada zaman Nabi-Nabi dahulu kala.

Hakikat ini telahpun diakui oleh orang-orang Barat yang menyebabkan mereka telah mengalihkan strategi dengan melakukan Perang Saraf keatas Umat Islam, iaitu dengan merapuhkan Teras Kekuatan Dalaman melalui serangan Orientalis.

Maka, apabila Umat Islam tidak dapat memelihara Hatinya daripada sifat-sifat yang tercela dan merosakkan perkara yang menyangkut unsur-unsur KEROHANIAN mereka, maka ianya akan memudaratkan hubungannya dengan Allah SWT dan memutuskan Nusrah-NYA keatas mereka.

Apakah Rahsianya pada zaman dahulu kala sehinggakan Umat Islam dapat mengalahkan kuasa-kuasa besar dengan NUSRAH ALLAH TA'ALA yang didatangkan didalam bentuk "KARAMAH" dan "BARAKAH" itu?

JAWAPANNYA adalah terletak kepada "TASAWWUF" dan "TAUHID MA'RIFAT"...
Kerana di dalam bidang ini akan melahirkan golongan Umat Islam yang bukan sahaja lengkap dan Sempurna pada pegangan "TAUHID" dan "SYARIATNYA", tetapi mereka juga akan mempunyai Kekuatan Dalaman yang begitu kukuh.

Iaitu senantiasa "MENYUCIKAN HATI DARIPADA SELAIN ALLAH TA'ALA"...

Yang 'KUNCINYA' itu adalah Merendam Hati dengan 'BERDZIKIR' Kepada-NYA dan 'BERPUNCAK' kepada Peleburan keseluruhan Jiwa didalam Kebesaran Allah SWT.

'‘PENGEMBARAAN INSAN KE ALAM ROHANI...’'
'INSAN KAMIL' akan memandang kehidupan Duniawi ini sebagai kesempatan Emas yang tidak boleh disia-siakan. Iaitu suatu Kesempatan untuk Mengabdi dan Beramal Soleh kerana Allah SWT. Mereka akan tebarkan semerbak keharuman dengan 'CINTA' kepada Maha Pencipta.

Mereka adalah orang-orang yang menjadikan kehidupannya sebagai Mimbar dan Menara untuk mendapatkan 'RAHMAT' Allah SWT. Keinginan menghantar manusia ke Pintu Langit adalah Mimpi di siang hari tanpanya 'IMAN' dan 'TASAWWUF'.

TASAWWUF lah yang akan membisikkan ke dalam Jiwa umat manusia bahawa segala sesuatu adalah dari dan untuk Allah TA'ALA. Label kehidupan kita adalah RAHMAT Allah TA'ALA, tujuannya adalah Ibadah.

Manakala asas penyokongnya adalah CINTA, yakni CINTA kepada Kebesaran Allah TA'ALA, CINTA kepada seluruh Nabi dan manusia biasa, CINTA segala jenis Kebaikan, penyokong Kebaikan dengan harta, tenaga mahupun fikiran serta membuang segala jenis Penyakit-Penyakit Jiwa.

TASAWWUF adalah bentuk ataupun perilaku Islam, menjadi saripati keharuman dan tatacara (Adab sopan santun) yang bersifat Islam. Ia adalah rangkuman Kemuliaan Hati yang sangat Berharga, bahkan Pemangkin kepada kesemua Ilmu Pengetahuan.

Kekuatan Batin dan Dalaman, Perisian Jiwa dan Kerohanian yang dihasilkan melalui jalan TASAWWUF merupakan 'KUNCI' yang dapat menghapuskan PENYAKIT AL-WAHN' (Iaitu Cinta Dunia dan Takut Mati).

Juga dapat mematahkan keinginan materialisme, menghentikan gelombang kekufuran dan fahaman-fahaman yang sesat.

TASAWWUF juga merupakan santapan Jiwa yang amat mendalam kesannya sebagai suatu 'Perisai Dalaman' yang 'Sakti' dan pendorong untuk sedia berani berkorban demi ISLAM! 
Kekuatan TASAWWUF yang unik, tetapi yang lebih penting inilah yang telah berhasil menyumbangkan saham yang tidak sedikit di dalam Sejarah perluasan dan Pembelaan Islam.

Dengan membawa HIKMAH dan AKHLAK yang Mulia, maka 'AHLI SUFI' telah Berjaya menempatkan IMAN di Hati Sanubari bangsa-bangsa yang selama ini masih belum tersentuh oleh Islam. Antara lainnya adalah, mereka telah Berjaya menembus Jantung Afrika, dataran Asia dan Alam Nusantara.

Di tempat-tempat yang telah mendapatkan Islam, mereka berani menghadapi Khalifah-Khalifah, Raja-Raja dan pegawai-pegawai kerajaan demi MENEGAKKAN KEADILAN dan KEBENARAN AGAMA ALLAH SWT.

Supaya Umat Islam dapat mengecapi Kebahagian, Kedamaian dan Kesejahteraan Hidup didalam pancaran 'NUR ISLAM YANG SEMPURNA'.

Contohnya Khan Ghazan seorang AHLI SUFI daripada TAREKAT AL-NAQSYABANDI yang telah Berjaya MENG-ISLAM-KAN Kerajaan Monggol yang sebelum itu telah menjarah Baghdad dan telah membunuh beribu-ribu Umat Islam dengan kejamnya.
Malik bin Dinar juga seorang AHLI SUFI yang terkenal telah Berjasa di dalam mengembangkan Islam di Malabar, Gujerat di India, Maldive dan kepulauan-kepulauan yang berdekatan dengan bantuan murid-muridnya.

Yusuf Din Al-Sindi pula Berjasa didalam Meng-ISLAM-kan Negeri Multan dan Kashmir.

Pemimpin-pemimpin TAREKAT AL-QADIRIYYAH, AL-SHAZILIYYAH dan lain-lainnya pula telah membantu di dalam perkembangan Islam di Barat, Timur Tengah dan Selatan Afrika.

'WALI SONGO' yang juga terkenal dengan "BIL HIKMAH WAL KARAMAH" telah menjadi Tokoh-Tokoh Pengembang Agama Islam di Alam Nusantara, khususnya di Kepulauan Jawa.

Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan adalah antara ULAMA SUFI yang bukan sahaja Meng-ISLAM-kan Raja Melaka, malahan membantu baginda didalam mengenalkan Islam di Alam Melayu.

Malahan masih banyak lagi contoh lain yang dapat membuktikan sumbangan yang sangat besar telah ditaburkan oleh AHLI-AHLI SUFI didalam Sejarah Perkembangan Islam di dunia ini.

Sesetengah penentang TASAWWUF pula telah berpendapat bahawa, bagaimanakah mungkin memegang 'PANJI-PANJI JIHAD" di mukabumi ini jikalau asyik tenggelam dengan BERDZIKIR dan Beribadah?

Sedangkan Sejarah Islam jugalah yang mampu membuktikan bahawa Tokoh-Tokoh SUFI lah yang sering tampil ke SAF paling hadapan di dalam PERJUANGAN MEMBELA KEBENARAN ISLAM!

Khalifah-Khalifah di zaman Keagungan Empayar Othmaniyyah yang juga terkenal sebagai "Ruhbanun Fillail Wa Fursanun Binnahar" yang bermaksud: Beribadat kepada Allah umpama rahib di malam hari dan siangnya Berjuang laksana Singa...

Di Dagestan, Syeikh Syamil AN NAQSYABANDIAH dengan Masyaikh yang lain telah menentang kemasukan Russia pada tahun 1813M.

Di India, Syeikh Ahmad Syahid, Liyakat Ali dan Syeikh Mahmud Deobandi adalah antara Masyaikh yang telah memainkan peranan menentang Inggeris di India.
Syeikh Umar Mukhtar yang merupakan Syeikh TAREKAT SANUSIYYAH yang telah memerangi penjajahan Itali di Libya.

Di Alam Nusantara sendiri telah sarat dengan kisah-kisah 'PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH' yang diketuai oleh Masyaikh dan Ulama-Ulama SUFI, demi menentang penjajahan dan usaha kristianisasi Barat.

Contohnya di dalam Kesultanan Banten, pengaruh TAREKAT KHALWATIYYAH yang diketuai oleh Syeikh Yusuf Taj Al-Khalwati yang telah menggerakkan 'Perang Sabil' orang-orang Islam menentang Belanda dari tahun 1680-1683M.

Di dalam Kesultanan Palembang, dibawah kepimpinan Sultan Mahmud Badruddin yang mengikuti TAREKAT SAMANIYYAH yang telah menjadi pendokong utama menentang serangan penjajah Belanda dalam tahun 1811-1822M.

Di Minangkabau, pengikut TAREKAT NAQSYABANDIAH dan SYATHARIYYAH telah membuat Perjuangan menentang penjajahan Belanda.

Sunan Gunung Jati, salah seorang WALI SONGO juga terkenal dengan JIHAD melawan tentera Portugis di Pasai.

Raja Haji Fisabilillah, Haji Abdul Karim, Teuku Chik di Tiro, Tokku Paloh dan ramai lagi adalah pengikut-pengikut TAREKAT yang tercatat didalam Sejarah Nusantara sebagai PARA PEJUANG AGAMA dan BANGSA yang terunggul didalam menentang penjajahan Kuffar Barat.

Sejarah menunjukkan bahawa penjajah-penjajah Barat teramat-amatlah gerun dengan Keberanian serta Semangat Sakti yang dipamerkan oleh AHLI SUFI.
Merekalah yang sering menjadi kubu utama bagi masyarakat Islam menahan dari sebarang bentuk cabaran yang cuba mematahkan Kekuatan Islam.

TAREKAT menjadi satu saluran berkesan untuk menggerakkan PERJUANGAN AGAMA, kerana para pengikutnya yang mempunyai hubungan "HABLUMMINALLAH" yang mendalam serta "HABLUMMINANNAS" yang baik, penuh HIKMAH dan Berkasih Sayang, mempunyai sifat TAQWA dan TAWADHU' yang tinggi, Tulus dan tidak mudah dijual-beli.

Selain itu AHLI-AHLI TAREKAT selalunya mempunyai semangat perkumpulan yang cukup kental yang dibina atas asas Semangat Persaudaraan Agama serta ikatan istimewa diantara GURU (Masyaikh) dan murid.

Apatah lagi jikalau ianya mendapat pengikut dan pendokong yang kuat daripada Pihak Khalifah ataupun Raja, sepertimana yang kerap berlaku pada zaman dahulukala. Sesungguhnya gabungan tenaga diantara UMARAK dan ULAMA, khususnya ULAMA SUFI adalah merupakan kekuatan yang penting didalam Khidmat Agama Islam.

Khususnya yang berkaitan dengan DAKWAH dan JIHAD FISABILILLAH...
Maka PERJUANGAN AGAMA yang berlandaskan IMAN, ISLAM dan IHSAN yang HAKIKAT inilah yang mampu menghasilkan KEIKHLASAN, KESUNGGUHAN, KEGIGIHAN, SEMANGAT dan DAYA JUANG yang tinggi.

Dan apabila Perjalanan Umat Islam sudah betul, lengkap dan Sempurna Zahir serta Batinnya. Maka tidak ada keraguan lagi bahawa akan lahirlah PARA AULIYAA' ALLAH yang Zahir dan juga yang TERSEMBUNYI. Dan di sinilah Allah SWT akan menghantarkan Nusrah-NYA didalam bentuk "KARAMAH" dan "BARAKAH" itu.
Iktiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah ialah;

"KAROMATUL AWLIYA' HAQQUN"

Maksudnya : KERAMAT PARA AULIYAA' ialah sesuatu yang BENAR terjadi...
Sesungguhnya kehadiran WALIYULLAH disuatu tempat atau didalam suatu kelompok sangat-sangatlah diperlukan dan tersangat-sangatlah penting !
Kehadiran mereka tidaklah ramai, walaupun seorang dua sahaja pun sudah cukup untuk menjemput TOLONG PERTOLONGAN Allah SWT didalam bentuk "KARAMAH" dan "BARAKAH".

Bantuan Allah TA'ALA ini bukanlah sahaja mampu untuk meringankan beban Umat Islam didalam menghadapi segala rintangan yang terpaksa dihadapi. Sepertinya kekurangan bekalan makanan, masalah pengangkutan, kedaifan alat peperangan, bilangan tentera yang kecil dan sebagainya.
Malahan banyak kali pula mereka dapat mengalahkan pihak-pihak musuh dengan apa jua kecanggihan teknologi dan ketinggian tamaddun mereka.
Demikian juga Firman Allah SWT didalam Hadith Qudsi;
“Sesiapa yang menyakiti Wali-KU, maka AKU isytiharkan kepadanya PEPERANGAN...”

Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat manusia-manusia yang bukan Nabi, juga bukan Syuhada, tetapi Nabi-Nabi dan Syuhada-Syuhada sendiri menginginkan keadaan seperti mereka.

‘Seorang lelaki bertanya : ‘Wahai Rasulullah, siapakah mereka ?’

Rasulullah SAW menjawab;
“Iaitu kaum yang saling Mencintai demi Allah azza wajalla. Di antara mereka tidak ada hubungan keluarga dan tidak pula saling memberi harta. Demi Allah ! Wajah-Wajah mereka Bercahaya. Mereka diatas Pentas Cahaya. Mereka tidak takut tatkala manusia lainnya merasa takut, dan tidak merasa resah ketika manusia lainnya resah.”

Kita tidak seharusnya menolak HAKIKAT KEWUJUDAN BANTUAN ALLAH TA'ALA didalam bentuk "KARAMAH" dan "BARAKAH" ini, kerana itulah sebenarnya 'SENJATA AMPUH' bagi Umat Islam melawan segala kuasa-kuasa luarbiasa yang mempesona dan memperdayakan.

Sepertinya sihir di zaman Firaun, teknologi di zaman ini dan istidraj di zaman Dajjal kelak, yang berupaya melalaikan Umat Islam daripada KEYAKINAN penuh kepada KEKUASAAN ALLAH SWT.

Sesungguhnya Perjuangan Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat, Pejuang-Pejuang Agama daripada dahulu sehinggalah ke hari ini, mahupun di zaman-zaman yang akan datang baik didalam bentuk Penyebaran Agama Islam, mahupun didalam konteks Mempertahankan Kedaulatannya.

Maka tidak akan dapat lari daripada TOLONG PERTOLONGAN ALLAH SWT yang Dizahirkan melalui kisah-kisah 'LUARBIASA' dan 'KARAMAH' kepada 'WALI-WALI-NYA' yang ada dimana-mana, yang diketahui mahupun yang DIRAHSIAKAN...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan