SEJARAH PERMULAAN KALIMAH-KALIMAH ZIKIR YANG AGUNG

 


SEJARAH PERMULAAN KALIMAH-KALIMAH ZIKIR YANG AGUNG
Alkisah, Ibnu Abbas r.a menceritakan, "Ketika Allah Subhanahu wa ta'ala menciptakan Arasy, Allah memerintahkan para malaikat pemikul Arasy agar memikulnya. Lalu mereka terasa amat berat. Kemudian, Allah S.w.t berfirman, "Bacalah SubhanAllah". Para malaikat itu pun membaca 'SubhanAllah', hingga mereka merasa ringan memikul Arasy. Malaikat-malaikat itu terus membaca 'SubhanAllah' sepanjang masa hinggalah Allah S.w.t menciptakan Nabi Adam a.s.
Ketika Nabi Adam a.s bersin, Allah S.w.t mengilhamkan kepadanya agar membaca 'alhamdulillah'. Maka Allah S.w.t berfirman, "Yarhamuka Rabbuka" (semoga Tuhanmu merahmatimu). Kerana itulah Aku menciptakanmu, wahai Adam.
Para malaikat berkata, "ini adalah kalimah kedua yang agung, kami tidak boleh melupakan kalimah ini". Mereka menyambungkan kalimah tersebut dengan kalimah pertama sehingga sepanjang masa malaikat mengucapkan, "SubhanAllah wal hamdulillah".
Para malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Nuh a.s. Disebabkan kaum Nabi Nuh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah S.w.t mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan ‘Laa ilaaha illa Allah’ bagi mendapatkan keredhaan dari Allah S.w.t. Lalu berkata para malaikat, “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami abaikan.” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘SubhanAllah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah.’
Kalimah ini terus diucapkan oleh para malaikat sepanjang masa, hinggalah Allah S.w.t mengutuskan Nabi Ibrahim a.s. Allah S.w.t telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anak kesayangannya Ismail. Kemudian Allah menggantinya dengan seekor kambing (kibash / domba). Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya diselamatkan oleh Allah S.w.t dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas nikmat yang dikurnia oleh Allah S.w.t kepadanya.
Para malaikat pun berkata, “Ini adalah kalimah keempat yang agung. Kami akan menggabungkannya dengan tiga kalimah sebelumnya.” Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘SubhanAllah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’
Ketika malaikat Jibril a.s menceritakan kisah ini kepada Rasulullah S.a.w, baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azhim.’ Kemudian Jibril a.s berkata, "Ini adalah kalimah penutup dari empat kalimah sebelumnya." Maka jadilah kesemuanya … SubhanAllah walhamdulillah, walaa ilaaha illallah wallahu akbar, Laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azhim."
[Petikan dari kitab 40 Nasihat Langit, oleh Syeikh Abd Al-Hamid Al-Anquri]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan