HAKEKAT MANUSIA


 

HAKEKAT MANUSIA
Pemahaman ini dapat mengantar hakekat sebenar benarnya..
Dalam rasa.. atau dalam pandangan mata hati
Pada pandangan HAKIKAT manusia itu adalah :.
* Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
* Manusia itu menanggung Amanah Allah.
* Manusia itu adalah RAHSIA ALLAH.
* Manusia it u adalah umat / keturunan Muhammad
* Manusia itu adalah keterpaduan Dua Muhammad menjadi satu
* Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna
Manusia itu terdiri daripada dua perkara iaitu :
- BENDA
- BUKAN BENDA.
Yang dikatakan BENDA ialah TUBUH atau JASAD atau ZAHIRnya.
Yang dikatakan BUKAN BENDA ialah BATINnya iaitu NYAWA atau RUHNYA.

Ilmu Hakikat mengatakan bahwa manusia itu terdiri daripada DUA MUHAMMAD.
sebab :
Pertama : Manusia itu dicipta oleh Allah mengikut EJAAN NAMA MUHAMMAD itu sendiri.
MIM pertama ialah kepalanya,
HA pula tangannya,
MIM kedua pula pusatnya
DAL merupakan kakinya.
Dengan satu MUHAMMAD manusia itu belum boleh berdiri kerana tangannya hanya ada satu ) Maka ia memerlukan satu lagi MUHAMMAD yang melengkapkannya menjadi Insan Yang Sempurna.
Kedua : Kerana Ruh Manusia itu iaitu Muhammad Awal berasal dari RUH AGUNG yaitu Sifat Allah Yang Agung NUR MUHAMMAD iaitu Nabi kita Muhammad.

MUHAMMAD ZAHIR / MUHAMMAD AKHIR
Yang pertama ialah Muhammad Zahir atau Muhammad Akhir iaitu Batang Tubuh atau Jasadnya yang zahir yang dapat dilihat dengan mata kepala. Tubuh atau Jasad ini disebut sebagai MANUSIA SEMENTARA YANG ZAHIR. Ianya jga dirujuk sebagai ADA
Jasad atau tubuh manusia ini terdiri dari pelbagai anggota. Anggota atau organ ini juga boleh dibahagi kepada dua iaitu anggota luar badan dan anggota dalam badannya
Anggota anggota itu pula terdiri dari jutaan sel sel atau molekul yang halus halus dan seni.

MUHAMMAD BATIN / MUHAMMAD AWAl
Yang kedua ialah Muhammad Batin atau Muhammad Awal iaitu Nyawanya. Yang dikatakan Nyawa atau Batin itu juga terdiri dari dua perkara,
Pertama : disebut sebagai RUH
Kedua : disebut sebagai DIRI RAHSIA atau DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI manusia itu.
RUH
Yang dikatakan RUH itu terdiri daripada Lapisan Balutan Cahaya. Cahaya yang terdiri daripada Balutan-Balutan..
Ruh Yang Batin itu tidak dapat dilihat tetapi terasa oleh kita akan wujudnya kerana nyata pada kita akan kesan kesan kewujudannya. Hal begini dikatakan GHAIB.
Ada pelbagai nama yang digunakan di dalam Ilmu Hakikat untuk merujuk apa yang dikatakan RUH itu. Ada yang memanggilnya Muhammad Mustafa Rasullullah, Ruhani, Al-Latifah Rabbaniah dan lain-lain lagi.

Tugas utama roh ialah :
* menghidupkan Jasad melalui Jantung.
* Ruhanilah yang menyebabkan Jantung manusia itu berfungsi.
* Ruhani jugalah yang menyampaikan HAQ ALLAH kepada Jasad iaitu Sifat-Sifat Maani-NYA yang tujuh itu.
Jadi Ruh juga dirujuk sebagai RASUL . Maka sesuailah gelarannya sebagai Muhammad Mustafa Rasullullah.

DIRI HAKIKI
Begitu juga halnya berkaitan DIRI HAKIKI manusia itu. Banyak namanya. Ada yang merujuknya sebagai :
* Diri Rahsia,
* Diri Yang Sebenarnya Diri,
* Diri Tajalli,
* Tiflul Maani dan lain lain.
,Allah pula merujuknya di dalam Al-Quran sebagai Ruhku iaitu Ruh Al-Qudsi Allah.
,Allah SWT juga merujuknya sebagai AKU LAH RAHSIANYA di dalam Hadith Qudsi yang telah dinyatakan sebelum ini.

Yang pasti ianya adalah RUH ALLAH yang memilikki Sifat-Sifat Allah Yang Agung. Dialah yang merupakan SUMBER MAHA HIDUP yang menghidupkan NYAWA atau Ruhani manusia itu yang seterusnya menghidupkan sel-sel anggota anggota Jasad hingga ianya boleh berfungsi seperti yang dikehendakki oleh Penciptanya.
Jumpai guru Mursyid.. untuk memahami ini dan berguru lah kepada nya

BERMAHRIFAT
Belumlah dikatakan seseorang itu BER'MARIFAT, jikalau masih belum pernah Bertemunya dengan;
DIRINYA SENDIRI - IBLIS - SYAITAN - PARA MALAIKAT - PARA SAHABAT - NABI KHIDIR AS - NABI ISA AS - RASULULLAH SAW
NERAKA - SYURGA - SIDRATUL MUNTAHA - TELAGA AL-KAUTSAR - PADANG MAHSYAR - ALAM BARZAKH - KAA'BAH - MADINAH = (Secara Hakikatnya)...
Kerana Hakikatnya Orang-Orang MA'RIFAT itu pastilah akan dapat SAMPAI dan melalui kepada segala-galanya ini
DI SAKSIKANNYA, DI RASAINYA dan DI ALAMINYA...
Serta dapat BERTEMUNYA dan BERDIALOG dengan TUHAN !
Dia telahpun BERTEMU-NYA dan akan BERKATA-KATA DENGAN TUHANNYA...
Seperti yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW;
Daripada ‘Ady Ibni Hatim beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“Seseorang diantara kamu akan BERKATA-KATA dengan TUHANNYA tanpa ada penterjemah dan dinding yang mendindinginya.“
(HR. Bukhari)
Ada RAHASIA didalam RAHASIA, yang tidak terungkap.
Hanya yang Tahu sahaja yang akan Mengetahui...
Hanya INSAN Pilihan-Nya sahaja yang akan menjaga segala AMANAH dan RAHASIA-NYA...
Mereka TERSEMBUNYI dan BERSEMBUNYI. Hanya menjadi orang-orang biasa sahaja yang menyamarkan diri.

BALUTAN CAHAYA ALLAH
Kekuatan Rahsia Allah ini hanya Allah saja yang mengetahui sepenuhnya. Oleh sebab itu RUHKU ini telah dibalut oleh Allah dengan pelbagai balutan agar ianya tidak membakar Jasad dan agar kekuatan dan Keagungannya dibataskan sesuai dengan cara kehidupan manusia itu sendiri.
Dari segi ilmunya ,balutan balutan dikatakan sebagai BALUTAN CAHAYA mengikut kedudukan alamnya.
..Lapisan Balutan pertama dirujuk sebagai BALUTAN CAHAYA LAHUT dan ia dikenali sebagai RUH AL-QUDSI
..Lapisan Kedua ialah BALUTAN CAHAYA JABARUT dan ia dikenali sebagai RUH SULTANI
..Lapisan Balutan Ketiga ialah BALUTAN CAHAYA MALAKUT dan ia dikenali sebagai RUH RUHANI
..Lapisan Keempat dan terakhir ialah BALUTAN CAHAYA MULKI dan ia dikenali sebagai RUH J

JASMANI.
* Ruh Jasmani Letaknya antara kulit dan daging
* Ruh Ruhani Di dalam jantung manusia itu
* Ruh Sultani Di Baitillah Mukmin iaitu satu bahagian khusus -
Yaitu jantung manusia itu
Ruh Al-Qudsi Di dalam RASA
RUH RUH yang merupakan Balutan Balutannya itulah yang dirujuk sebagai DIRI BATIN MANUSIA itu.
Sedangkan RUH AL-QUDSI itu pula dirujuk sebagai DIRI SEBENAR atau DIRI HAKIKI MANUSIA itu yang oleh Allah dirujuknya sebagai RAHSIA dan RAHSIAnya adalah ALLAH itu sendiri.
Maka inilah yang dirujuk oleh Allah di dalam Al-Quran
Jika mereka bertanya tentang AKU Ya Muhammad maka katakanlah Aku DEKAT dan menyahut seruan orang yang memanggil Aku.
DIRI atau ruh Al qudsi inilah yang diperintah oleh Allah untuk dikenali oleh manusia itu melalui
Hadits :
Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu "
Yang demikian jika manusia itu dapat mengenal DIRI ini maka kenal ia akan Tuhannya Allah SWT. Maka sudahlah ianya menunaikan Perintah Allah

( Sumber dari Ashabul Kahfi )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan