SAKARATUL MAUT


SETIAP ORANG MESTI BERLATIH DARI SEKARANG UNTUK MENGHADAPI SAKARATUL MAUT SUPAYA AKHIR KALAMNYA DI DALAM KALIMAH “LAA ILAHA ILLALLAH”.

Di dalam kalimah tauhid yang diucapkan iaitu:
‎اسهد ان لااله الا الله
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Di dalam ucapan kalimah tauhid ini terbahagi kepada tiga bahagian yang penting iaitu:-
  1. kalimah اسهد ان menerangkan seseorang itu sedang menyaksi, tetapi perbuatan sedang menyaksi ini apabila diucapkan oleh sipelaku yang sedang menyaksi jadilah ucapannya berbunyi Aku bersaksi
  2. kalimah لااله ialah kalimah nafi menerangkan orang yang telah mengucapkan kalimah ini sedang ternafi segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
  3. kalimah الا الله iaitu kalimah isbat menunjukkan bahawa apa yang sedang berlaku kepada orang yang telah mengucapkan kalimah tauhid setelah melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid dan ini ialah akan terisbat segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan hanya kepada Allah. Ini menunjukkan orang tersebut hanya sedang menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu iaitu maha esa.
Firman Allah (17.Surah Al-'Isrā' ayat 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

Firman Allah (76.Surah Al-'Insān ayat 29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Firman Allah (76. Surah Al-'Insān ayat 30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU, jika tidak ternafi segala sifat-sifat atau unsur ketuhanan kepada selain daripada Allah, apa yang akan berlaku ialah seseorang itu akan menyengutukan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada selain daripada Allah dengan Allah.

Ini sedang berlaku sepertimana di dalam firman Allah ,

Firman Allah (34.Surah Saba' ayat 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Sifat-sifat ketuhanan yang ada kepada makhlok yang telah dan sedang disangka sebagai sifat makhlok tersebut termasuk kepada diri sendiri ialah merupakan perbuatan sedang menghubungkan makhlok-makhlok yang mempunyai sifat ketuhanan dengan Allah sebagai sekutunya.

Di dalam surah dan ayat yang sama, Allah telah berfirman memperjelaskan bahawa
"Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Sedang sekutukan sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan yang ada pada selain daripada Allah (iaitu pada diri sendiri dan pada makhlok-makhlok lain), dengan Allah. Apa yang akan berlaku selanjutnya orang tersebut telah menjadikan hawa nafsunya sendiri atau makhlok-makhlok lain sebagai tuhan yang lain disisi Allah (Contoh sifat-sifat ketuhanan seperti sifat ada, qudrat, irodat, ilmu, hayat, basor, sama’, kalam dan lain-lain).

Sifat Ada adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat Ada itu Esa, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ada. Selain daripada Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada..
Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya..
Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak akan menjadi milik selain dari Allah termasuk juga tidak akan menjadi milik kita sendiri.

Sepatutnya apabila Allah memperkenalkan sifat adaNya, hendaklah diakui sifat ada yang sedang diperkenalkan itu adalah sifat ada Allah dengan melakukan sendiri cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu (Allah) bukan dengan cara bersangka-sangka berdasarkan kepada ilmu yang diketahui.

Tetapi kebanyakkan manusia di atas muka bumi ini telah salah sangka ada Allah yang sedang diperkenalkan itu telah dianggap sebagai ada diri sendiri. Sangkaan ada Allah yang sedang diperkenalkan yang dianggap sebagai ada diri sendiri itulah sebenarnya hawa nafsu! Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri jika dhuraikan dengan perkataan sedang berlaku sepertimana firman Allah:

Firman Allah (21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Apabila rasa ada diri sendiri, maka timbullah rasa Aku (diri sendiri) yang hidup, Aku (diri sendiri) yang tahu, Aku (diri sendiri) yang berkuasa, Aku (diri sendiri) yang berkehendak, Aku (diri sendiri) yang melihat, Aku (diri sendiri) yang mendengar, Aku (diri sendiri) yang berkata-kata sedangkan sifat hayat, ilmu, kudrat, irodat, basor, samak dan kalam adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah hanya milik Allah sendiri sahaja.

Apabila seseorang itu merasa ada diri sendiri di samping ada Allah, maka secara automatik segala sifat milik Allah itu akan dianggap atau disangka sebagai sifat milik diri yang disangka ada atau diri yang sedang dirasai ada itu.

Rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri (sedang menyangka sifat ada Allah sebagai sifat ada diri sendiri) itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan hawa nafsu sendiri. (Dengan bahasa mudahnya Sedang merasakan akan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri)
D idalam surah dan ayat yang lain Allah telah menerangkan tentang keburukan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

Firman Allah (25.Surah Al-Furqān ayat 43)
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Seterusnya memperjelaskan sepertimana firman Allah di dalam Surah Al-Jāthiyah ayat 23
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Apabila dilakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ternafilah segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok lain, orang yang telah melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah tidak akan menjadikan sesuatu yang lain selain daripada Allah sebagai tuhan.

3- kalimah الا الله iaitu kalimah isbat menunjukkan bahawa apa yang sedang berlaku kepada orang yang telah mengucapkan kalimah tauhid setelah melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid dan ini ialah akan terisbat segala sifat-sifat atau unsur-unsur ketuhanan hanya kepada Allah. Ini menunjukkan orang tersebut hanya sedang menjadikan Allah sebagai tuhan yang satu iaitu maha esa.

DI DALAM KALIMAH TAUHID MENGANDUNGI PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA.
"TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DI ANTARA KEDUANYA, IAITU NAFI DAN ISBAT, BARANG SIAPA MEMBEZAKAN DI ANTARA NAFI DAN ISBAT MAKA IANYA KAFIR.

KALIMAH LAA ILAHA IAITU TIADA TUHAN BUKAN MENGARAHKAN SUPAYA MENTIADAKAN TUHAN TETAPI MENGARAHKAN SUPAYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH YANG MENGANDUNGI HIKMAH AKAN TERNAFI SEGALA SIFAT-SIFAT KETUHANAN KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH (DIRI SENDIRI DAN MAKHLOK-MAKHLOK)
DAN AKAN TERISBAT SEGALA SIFAT KETUHANAN HANYA KEPADA ALLAH.

Bukan seseorang itu yang melakukan nafi dan isbat tetapi nafi dan isbat akan berlaku di ketika seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Jika mengadakan atau mengisbatkan sifat-sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok akan berlakulah perkara seperti firman Allah "SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTU BAGINYA" iaitu telah menjadikan diri sendiri dan makhluk-makhluk sebagai tuhan yang lain selain daripada Allah.

Setelah ternafi segala sifat-sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok lain jadilah "TIADA TUHAN" yang membawa maksud diri sendiri dan makhluk-makhluk lain bukan tuhan.
Yang selama ini (sebelum dari ternafinya sifat-sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan makhluk-makhluk), sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri telah diadakan atau diisbatkan kepada diri sendiri dan kepada makhluk-makhluk) sehingga berlaku keadaan sedang menghubungkan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri dan pada makhluk-makhluk dengan Allah sebagai sekutu-sekutu dengan Allah iaitu sedang menjadikan hawa nafsu dan makhluk-makhluk sebagai tuhan yang lain di sisi atau bersama-sama Allah.
Setelah ternafi segala sifat-sifat ketuhanan kepada diri sendiri dan kepada makhluk-makhluk lain, hasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, akan terisbatlah segala sifat-sifat ketuhanan tersebut hanya kepada Allah.

INILAH KEADAAN DI MANA TIDAK MEMBEZAKAN DI ANTARA NAFI DAN ISBAT IAITU MENAFIKAN SIFAT KETUHANAN DAN MENGISBATKAN JUGA SIFAT KETUHANAN.

DINAFIKAN SIFAT KETUHANAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN Makhluk-Makhluk LAIN DAN DIISBATKAN SIFAT-SIFAT KETUHANAN HANYA KEPADA ALLAH.

BARANG SIAPA MEMBEZAKAN DI ANTARA NAFI DAN ISBAT MAKA IANYA KAFIR.

Contoh membezakan di antara nafi dan isbat ialah mentiadakan atau menafikan tuhan dan mengisbatkan atau mengadakan Allah adalah contoh sedang membezakan di antara nafi dan isbat iaitu yang dinafikan atau ditiadakan ialah tuhan dan yang diisbat atau yang diadakan adalah Allah. Sedang membezakan di antara nafi dan isbat ialah perbuatan kafir bukan perbuatan tauhid.

Jadi yang perlu ditiadakan ialah sifat-sifat ketuhanan iaitu ditiadakan kepada diri sendiri dan kepada makhlok-makhlok dan yang diadakan atau yang diisbatkan juga adalah sifat-sifat ketuhanan iaitu diisbat atau diadakan hanya kepada Allah.

Dengan ini ternyatalah akan kalimah TAUHID "AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" yang membawa kepada maksud "TIADA TUHAN IALAH YANG SELAIN DARIPADA ALLAH BUKAN TUHAN, MELAINKAN ALLAH IAITU HANYA ATAU MELAINKAN ALLAH SAHAJA ADALAH TUHAN YANG MAHA ESA.

Ini adalah huraian dari segi ilmu atau berdasarkan kepada pengetahuan yang perlu diketahui belum lagi sampai kepada apa yang perlu dilakukan. Bagaimana cara dan jalan yang perlu dilakukan mengikut dari firman Allah atau sabda Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw tersebut akan terisbat segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah dan ternafi segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah.

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan terisbat segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah dan ternafi segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah....

Seperti yang terkandung di dalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan,".

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Firman Allah (Surah Al-'Isrā' ayat 110)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah saw. Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah,YANG AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH

Firman Allah (7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143)
"Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.".

Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
 
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
 
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”. Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Lakukan cara ini Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Apa yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut lagi ialah tentang bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah,

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksoan dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Jika tidak dilatih dari sekarang bagaimana untuk menghadapi sakaratul maut nanti didalam kalimah
‎اسهد ان لااله الا الله

[ Sumber dari Awalludin Ma'rifatullah ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan