JIWA INSAN

 

JIWA INSAN

Pada Alam Insan ini terkandung ia didalam “Ahad” iaitu 'Sa' (satu).
Didalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses Penwujudan dan Penyataan Diri Rahasia Allah swt didalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan dilahirkan ke Alam Maya yang Fana' ini.
Maka pada Alam Insan ini dapatlah dikatakan satu alam yang mengumpul seluruh proses Pentajallian Diri Rahasia Allah swt dan pengumpulan seluruh alam-alam yang ditempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu Martabat ke satu Martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam-alam yang lain, maka mulai Alam Maya yang Fana' ini, bermulalah 'TUGAS' manusia untuk menggembalikan balik Diri Rahasia Allah swt itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali Rahasia Allah swt ini hendaklah bermula dari Alam Maya ini, lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembalimu semula hendaklah disegerakan tanpa berlengah-lengah lagi.
* TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN
Adapun tujuan utama Pengkajian dan Keyakinan Martabat Alam Insan ini, ialah;
“Bertujuan memahami dan memegang satu Keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini sebenar-benarnya bukanlah diri kita, tetapi kembalikan semula kepada Allah swt.”
Dengan kata lain untuk memperpanjangkan Kajian, kita juga dapat mengetahui pada Hakikatnya dari mana Asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita Zahir di Alam Maya ini.
Dalam pada itu dapatlah pula kita mengetahui pada Hakikatnya kemana diri kita harus kembali dan apakah tujuan sebenar diri kita Dizahirkan.
Dengan memahami Martabat Alam Insan ini, maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah Kesempurnaan Sifat-Nya Allah swt semata-mata.
Diri Sifat yang di Tajallikan bagi menyatakan Sifat-Nya Sendiri yakni pada Alam Saghir' dan Alam Kabir, dan Allah swt Memuji Diri-Nya dengan Asma-Nya Sendiri dan Allah swt menguji Diri-Nya Sendiri dengan Afa’al-Nya Sendiri.
Didalam memperkatakan Martabat Alam Insan, kita memperkatakan 'Diri Kita Sendiri'. Diri kita daripada Sifat Allah swt yang berasal daripada 'Qaibull-Quyyub' (Martabat Ahdah) iaitu pada Martabat Dzat hinggalah Zahir kita Bersifat dengan Sifat 'Berbangsa Muhammad'.
Oleh yang demikian Wujud atau Zahirnya kita ini bukanlah sekali-kali "DIRI KITA", tetapi sebenarnya diri kita ini adalah Penyata dan Kenyataan kepada Allah swt Semesta Alam semata-mata.
Seperti Firman-Nya;
‘'INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN'’
Yang bermaksud : “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali”
Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa Asal kita ini adalah dari Allah swt pada Martabat Ahdah dan Nyata-Nya kita sebagai Sifat-Nya pada Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk 'Mensucikan Sifat Diri Kita' ini pada Martabat Sifat kepada Martabat Tuhan kembali, iaitu Asal mula diri kita sendiri atau Martabat Dzat.
Sesungguhnya diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan Diri-Nya dengan Sifat-Nya Sendiri dan memuji Sifat-Nya Sendiri dengan Asma-Nya Sendiri serta menguji Sifat-Nya dengan Afa’al-Nya Sendiri.
Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali Diri Sifat Allah swt, Tuhan Semesta Alam semata-mata.
Daripada Muaaz Bin Jabal رضي الله عنه meriwayatkan bahawa RASULALLAHﷺ bersabda yang maksudnya;
“Anak-anak kunci syurga ialah MENYAKSI Kalimah ‘Lailaha illa Allah’.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
( Sumber dari Ashabul Kahfi )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan