ILMU MAKRIFAT DI KATAKAN SESAT

 


ILMU MAKRIFAT DI KATAKAN SESAT

Ilmu Makrifat ini adalah ilmu yang di tinggalkan orang, ilmu yang dipinggirkan masyarakat, ilmu yang dituduh sesat dan salah, ilmu yang dituduh memesongkan Akidah.
Bahkan banyak tersebar di masyarakat ilmu mahrifat dapat menjadi kan gila..
Orang yang mengejek orang yang mencela, orang mencemuh Ilmu Makrifat ini, sebetulnya mereka tidak pernah membuat apa-apa. Mereka tidak pernah mengarang kitab, mereka tidak pernah menyebarkan ilmu ini, mereka hanya pandai menyalahkan akan Ilmu Makrifat, memperlekehkan Ilmu Makrifat, merendahkan Ilmu Makrifat malah menfitnah Ilmu Makrifat.
Sebaliknya apakah sumbangan mereka kepada Ilmu Makrifat ?
Selain daripada Ilmu Makrifat. Apakah mereka pernah berkorban harta, berkorban masa, berkorban tenaga untuk memperjuangkannya ?
Mereka hanya tahu menyalahkan, menyesatkan Ilmu Makrifat ini !
Jikalau ilmu ini salah, sesat dan tidak betul, jadi dimanakah Ilmu Makrifat yang benar ?
Hanya pandai menuduh salah, sedangkan tidak ditunjuk mana satu yang benarnya. Menuduh salah dan menuduh sesat itu senang.
Sila tunjukkan mana Ilmu Makrifat yang benar. Ternyata orang yang bercakap salah, orang yang bercakap sesat, tidak sekali-kali sepatah pun bercakap tentang Makrifat !
Mereka hanya tahu menyalahkan Ilmu Makrifat, tetapi apakah pernah orang yang menuduh salah itu, pernah mengajar, belajar, menyampaikan Ilmu Makrifat ?
Inilah rintihan akan Ulama-ulama Makrifat kepada Ulama-ulama yang menuduh sesat. Mintalah tampil kehadapan, memberi keterangan manakah Makrifat yang betul, supaya dijadikan contoh, dijadikan tauladan kepada kita-kita yang mendatang ini.
Seumur hidup saya, tidak pernah saya mendengar satu Ulama yang menuduh sesat itu, berceramah tentang Makrifat.
Tetapi mereka berceramah tentang salah dan sesatnya Ilmu Makrifat. Jadi kita sebagai Pejuang-Pejuang Ilmu Makrifat ini menjadi serba salah.
Mengajar Mengenal Allah pun salah !
Mengajar Hakikatnya Syahadah pun salah !
Mengajar sebenar-benar Solat, sebenar-benar Puasa pun salah !
Kita bukan mengajar menyembah patung, kita bukan mengajar menyembah berhala, kita bukan mengajar menyembah Firaun.
Kita mengajar cara Pendekatan, untuk Menyembah Allah, untuk Mengabdikan Diri kepada Allah, untuk Mengenali Allah, untuk Menyatakan Allah. Apakah itu yang dikatakan salah ?
Apakah Mengenal Allah itu salah ?
Tidak ada Guru Makrifat mengajar memperTuhankan selain daripada Allah SWT. Tidak ada orang Makrifat mengatakan patung itu Allah, hantu itu Allah, syaitan itu Allah.
Guru-Guru Makrifat mengajar cara Mengenal Allah, bukan mengaku Allah, bukan menjadi Allah.
Apakah cara Mengenal Allah itu salah ?
Mengenal Allah ini, berbagai-bagai kaedah, berbagai-bagai cara, berbagai-bagai cabang yang boleh kita sampaikan. Asal saja kita menuju kepada satu tempat yang sama iaitu menuju Mengenal Allah SWT
Bagi masyarakat ramai, apa sekalipun kita buat tetap dikatakan salah. Daripada tidak buat dikatakan salah, lebih baik kita buat !
Biar dikatakan salah, janji Allah swt mengatakan BENAR !
Biar orang tidak mengikuti kita, janji kita ikut Allah SWT.
Lihatlah sejarah Luqman Nul Haqim dengan anaknya yang membawa keldai, lalu orang menuduh mengatakan dua beranak itu bodoh kerana membawa keldai. Ada keldai tetapi tidak naik, hanya menariknya sahaja. Lalu bapanya naik, orang menuduh pula bapanya bodoh, membiarkan anaknya berjalan dengan bapanya menaiki keldai. Ditukar anaknya naik Luqman Nul Haqim berjalan pun orang mengatakan bodoh.
Bodoh kerana membiarkan bapanya berjalan. Lalu kedua-duanya naik di atas belakangnya keldai, juga di tuduh bodoh, keldai itu bukannya besar seperti unta mahupun kuda. Keldai itu kecil tetapi di tunggangi oleh dua manusia BODOH !
Jadi sebenarnya, manusia ini tidak ada yang Sempurna, tidak ada yang elok, tidak ada yang comel, tidak ada yang molek melainkan BODOH, melainkan SESAT, melainkan SALAH.
Semuanya tidak kena. Naik salah seorang pun tidak kena, dua-dua berjalan pun tidak kena, dua-dua naik pun tidak kena...
Allah berfirman(QS At-Taubah 9 : 40)
"Jangan takut, jangan gentar jikalau kita beserta Allah."
Manakah yang dikatakan sebenar-benarnya Bersolat ?
Solat itu bukan hanya sekadar perbuatannya anggota Zahir. Sesungguhnya Solat itu jugak adalah datangnya daripada perbuatan anggota yang Batin.
Manakah anggota yang Batin ?
Inilah yang dikatakan Ilmu Makrifat !
Manakah yang dikatakan Puasa di bulan Ramadhan ?
Adapun menahan lapar dan dahaga itu, adalah Puasa yang paling ringan, Puasa yang paling rendah, Puasa yang paling bawah.
Manakah puasa yang paling Afdhal ?
Inilah Ilmu Makrifat !
Sebegitu juga Syahadah. Kita hanya Bersyahadah dengan mulut, Bersaksi dengan mulut.
Apakah mulut itu boleh dipakai ?
Inilah Ilmu Makrifat, Bersyahadah dengan HATI NURANI.
Tetapi dimanakah Hati Nurani ?
Inilah yang Diperjuangkan oleh Ilmu Makrifat !
Begitu juga Air Wuduk atau Air Sembahyang. Air Wuduk itu, Air yang Suci Zahir dan Batin.
Semua orang tahu, ahli-ahli Ulama pun tahu, bahawasanya Wuduk itu Menyucikan anggota Zahir dan Batin. Tetapi ternyata, usahkan anggota Batin, anggota Zahir pun belum habis.
Menyuci, Berwuduk untuk Menyuci Zahir dan Batin...
Bagaimanakah cara untuk Menyuci sampai ke Batin, sedangkan Berwuduk ternyata, anggota Zahir pun belum putus belum habis belum sempurna dan belum rata...
Apakah kita dengar orang yang menuduh sesat, yang menuduh salah itu, pernah mengajar untuk INGAT kepada Allah ?
Bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah ?
Ingat kepada Allah itu bukan hanya sekadar menyebut perkataan ALLAH...
Sekalipun kita menyebut perkataan ALLAH, belum tentu kita ingat kepada Allah. Itu hanya sekadar sebutan, radio pun boleh sebut, kanak-kanak pun boleh lafas.
Bagaimanakah cara untuk INGAT kepada Allah ?
Sedangkan Allah belum kita kenali. Apakah tuan-tuan ingat kepada sahabat yang belum tuan-tuan kenal ?
Apa lagi Allah SWT. Inilah yang di Perjuangkan oleh Guru-Guru Makrifat...
Orang yang menuduh sesat, menuduh salah, pernahkah mereka mengajar bagaimanakah caranya untuk INGAT kepada Allah ?
Melainkan dengan hanya menyebut, membilang. Menyebut dengan mulut, membilang dengan buah tasbih.
Apakah Allah itu perlukan bilangan ?
Perlu kepada jumlah ?
Apakah dengan sebut perkataan ALLAH itu baru Allah menjadi Allah ?
Apakah dengan menyebut Allah Hu Akbar itu, baru menjadikan Allah itu Besar ?
Manakah yang dikatakan Zikir ?
Zikir itu bahasa Arab, bahasa Melayu kata INGAT !
Bagaimanakah cara untuk INGAT kepada Allah ?
Inilah yang Diperjuangkan oleh Guru-Guru Makrifat, tetapi di tuduh sesat !
Jikalau sesat, mana yang benar ?!
Mana yang betul ?!
Mana yang Sahih ?!
Allah itu tidak BerAin, Allah tidak Berjirim, Allah tidak Berjisim, Allah tidak Berhuruf, tidak Bersuara.
Allah itu "LA HURUFIN WALA SYAUTIN"
Allah itu "LAISA KAMISLIHI SYAIUN"
Bersalahan daripada yang Baharu. Bagaimana hendak kita ingatkan Allah, kerana Allah itu tidak Bersifat. Yang boleh di ingat makhluk adalah perkara yang Bersifat.
Bersifat bulat, bersifat panjang, bersifat putih, baru boleh di ingat. Tetapi bagai mana hendak INGAT kepada Allah yang tidak Bersifat ?
Inilah yang diajar oleh Guru-Guru Makrifat, diajar oleh Ilmu-Ilmu Makrifat.
Apakah ini salah ?!
Mengajar yang betul pun salah, apa lagi kalau mengajar yang salah !
Benar jikalau salah atau sesat, tapi perkhabarkanlah mana yang betul ?
Ceritakanlah kepada umum. Jangan lagi mengatakan Ilmu Makrifat itu tinggi, Ilmu Makrifat itu tidak sesuai diajar oleh kebanyakan masyarakat.
Buka lah Mata Hati masing-masing, benarkan saja orang yang mengatakan sesat !
Tetapi cuba suruh orang yang mengatakan sesat itu mengajar Makrifat yang betul ?!
Mengajar cara Mengenal Allah, mengajar cara Mengenal Diri, mengajar cara Bersyahadah, mengajar cara sebenar-benar Solat.
Mana yang dikatakan Solat ?
Muhammad Rasulullah semasa Isra Mi'raj, pergi kelangit berjumpa Allah SWT menerima perintah Solat. Lalu Rasulullah turun kebumi, Rasulullah tidak tahu Bersolat. Lalu datanglah Jibrail mengajar.
Bilakah Jibrail berjumpa Allah ?
Sedangkan Solat itu hanya Muhammad Rasulullah sahaja yang dapat melewati langit ketujuh Sidratul Muntaha berjumpa Allah, tidak ada makhluk lain termasuk Jibrail sendiri.
Kenapa Jibrail lebih tahu daripada Muhammad tentang Solat ?
Itu makanya Solat itu bukan sahaja perbuatan. Perbuatan itu adalah perkara yang diajar oleh Jibrail.
Manakah Solat yang diterima oleh Muhammad Rasulullah semasa Isra Mi'raj di langit ketujuh. Manakah yang dikatakan Solat ?
Sebenar-benar Solat ?
Sebagaimana Solat yang diterima oleh Muhammad Rasulullah, Solat sebagaimana Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu. Solat dengan perbuatan Solat itu sangat berbeza. Inilah yang Diperjuangkan oleh Ilmu Makrifat, tetapi dituduh sesat atau salah.
[ Sumber dari Ashabul Kahfi ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan