ROH TERSESAT DARI JALAN-NYA


 

ROH TERSESAT DARI JALAN-NYA
"ROH yang tidak dapat pulang Ketempat Asalnya (Kampung Akhirat)..."
"ROH" itu adalah "NYAWA"...
Dan bilamana NYAWA itu telah berpisahnya dengan JASAD selepas menghadapinya 'SAKARATUL MAUT'.
Maka Matilah JASAD (Pada namanya)...
Apabila ROH itu dapat 'KEMBALI SEMULA' kepada JASADNYA,
Maka JASAD itu akan 'GHAIB' !
Inilah yang diungkapkan oleh AHLI MA'RIFAT, bahawa;
"BURUNG TERBANG DENGAN SANGKAR-SANGKARNYA..."
Sebaliknya,
Jikalau ROH yang 'TIDAK DAPAT PULANG' semula kepada JASADNYA.
Maka ROH itu akan 'BERKELIARAN' ataupun 'BERGENTAYANGAN' dibumi ini.
ROH ini akan menanti Perintah Hukumannya daripada Allah SWT...
Oleh kerana disebabkan KEBIJAKSANAAN dan KEKUASAAN ALLAH SWT.
Maka ROH ini akan 'DIBERI LAGI SIFAT' untuknya, dengan mengikuti 'KELAKUAN' semasa hidupnya sebagai Manusia dahulu.
Jikalau dahulunya dia suka MELAGA-LAGAKAN ORANG.
Maka Allah SWT akan memasukkannya kedalam SARUNG BINATANG !
Sebagai contohnya adalah : Kambing.
Kambing jikalau dia berjumpa sahaja dengan kambing yang lainnya. Maka pastilah dia akan BERLAWANAN MENGHANTUKKAN KEPALANYA.
Sehinggalah ROH didalam kambing itu tadi akan MERAUNG-RAUNG KESAKITAN.
Ini adalah 'JALAN PENAMAT' bagi umat manusia yang 'TIDAK MENGETAHUI' cara bagaimanakah hendak,
'MENGEMBALIKAN ROHNYA SEMULA KETEMPATNYA'.
Iaitu kedalam 'INSAN KAMIL' itu sendiri...
Sebagaimana Firman Allah TA'ALA didalam (Surah Al-A'raf ayat : 25).
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan."
Tafsirannya;
Allah SWT Berfirman;
"Disana, yakni di bumi kamu wahai Adam dan keturunanmu hidup, dan disana pula kamu mati lalu dikuburkan, dan dari sana pula kamu akan dibangkitkan dari dalam kubur."
Inilah Dalilnya bahawa umat manusia yang MATI itu akan 'DIHIDUPKAN SEMULA' dimuka bumi ini...
Sebagaimana Firman Allah TA'ALA didalam (Surah Al-Waqi'ah ayat : 87).
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Kamu boleh mengembalikan ROH (Nyawa) itu (kepada keadaan sebelumnya / ketempat asalnya) jika kamu orang yang BENAR ?."
SYURGA itu adalah jikalau umat manusia itu 'DAPAT KEMBALI' kepada JASADNYA semula sahaja.
Tetapi jikalau dapat 'KEMBALIKAN DIRI' kepada "RAHASIA-NYA".
Maka inilah KEBESARAN, KEMULIAAN dan KESEMPURNAAN YANG HAQQ.
Yang dikatakan sebagai "INSAN KAMIL MUKAMIL..."
Jikalau tidak, maka kekallah dia didalam NERAKA-NYA ataupun SARUNG BINATANG itu...
* KESIMPULANNYA.
Oleh itu,
Sayangilah "RUMAH" (JASAD) kamu itu !
Maka janganlah dibiarkan ianya hancur dimakan oleh cacing-cacing tanah dan anai-anai didalam tanah itu !
Maka hargailah ianya selalu dan berikanlah perhatian sepenuh Hati kamu kepadanya.
Ini adalah kerana kamu sudah memperolehinya dengan secara percuma sahaja daripada Allah SWT...
Jadi janganlah menjadi sepertinya;
"KACANG MELUPAKAN KULIT..."
Janganlah sama sekali kamu meninggalkan "RUMAH" kamu itu !
Jagalah ianya sebaik-baiknya...
Dan janganlah dibiarkan ianya itu kotor dan hina...
Maka pastikanlah ianya itu senantiasa Bersih, Suci dan sentiasa Tenang juga seronok tinggal didalamnya.
Apakah yang akan terjadi jikalau "RUMAH" kamu itu kotor, daripada akibat kamu sendiri yang selalu meninggalkannya ?
Maka sudah tentulah ianya akan dimakan oleh anai-anai dan dimasuki oleh Jin dan Syaitan, kerana suka menyibuk akan hal "RUMAH" orang-orang lain.
Sedangkan "RUMAH" kamu sendiri pun ditinggalkan begitu sahaja.
Dan akibatnya, "RUMAH" kamu itu rosak dan juga Binasa...
Maka mahukah kamu balik ke 'TEMPAT ASAL' kamu dengan tidak adanya "RUMAH" ???
Lalu dimanakah kamu mahu tinggal ???
Disebabkan itulah, maka jadikanlah diri kamu itu penduduk tetap di "RUMAH" kamu itu sendiri.
Bukanlah dibiarkan terus sampai adanya yang lain menumpangnya (Pendatang asing) membuatkan "RUMAH" kamu itu menjadi miliknya.
Dan kamu akan dihalaunya selepas matinya passport kamu, sehinggakan terpaksalah kamu berkeliaran tanpanya "RUMAH".
Itulah yang kebanyakkannya menjadi 'HANTU' yang berkeliaran, yang duduk dipokok-pokok besar untuk menumpang kerana tidak adanya "RUMAH".
Ataupun yang kekal didalam SARUNG BINATANG selama-lamanya...

WAJIBLAH kamu mencarinya "GURU YANG HAQQ" untuk lebih kamu mendalami dan memahami dengan sebenar-benarnya.
Tetapi bukanlah begitu mudah untuk menjumpai mereka di Akhir Zaman harini, kerana mereka hakikatnya BERSEMBUNYI dan TERSEMBUNYI.
Hanyalah kepada mereka-mereka yang telah mematikan "KEAKUANNYA" sahaja dan yang benar-benar bersungguh-sungguh sepenuh Jiwa dan Raganya sahaja akan dapat menjumpainya.
Iaitu GURU yang boleh melepaskan "SYAHADAH" kamu...
Kerana kata GURU saya, Allahyarham Haji Rosli Siroon (AL-FATIHAH);
"SYAHADAH itu adalah jalan untuk melepaskan diri seseorang itu daripada bertarafkan Haiwan semasa hidupnya..."
Maka lepaskanlah diri kamu itu daripada bertarafkan Haiwan, dengan mencarinya "GURU YANG HAQQ" yang boleh mengajarkan dan menunjukkan jalannya "ILMU SYAHADAH" yang sebenar-benarnya kepada kamu.
Sebab itulah "SYAHADAH" itu diletakkan didalam RUKUN ISLAM yang Pertama, kerana mahu menunjukkan ianya tersangat-sangatlah penting sekali sebelum yang lain-lainnya.
Dan sepertimana Nabi Musa AS yang pernah memohon "KALIMAH KHUSUS" daripada Allah SWT.
Lalu Allah SWT pun Berfirman kepadanya, bahawa sekiranya "KALIMAH TAUHID" ini ditimbang dengan bumi diatas neraca timbangan. Maka nescayalah "KALIMAH TAUHID" ini akan lebih berat timbangannya daripada bumi.
Kerana itulah dengan "KALIMAH TAUHID" ini boleh membuatkan seseorang Muslim itu menjadi Kafir, dan seseorang Kafir itu boleh menjadi Muslim yang Sejati.
Maka sebab itu jugalah, barang sesiapa yang JAHIL akan "KALIMAH TAUHID" ini. Maka segala Amalan dan Ibadahnya juga menjadi "TIDAK SAH" walaupun telah berpuluh tahun sekalipun dikerjakannya.
Betapa pentingnya "KALIMAH TAUHID" ini, maka janganlah sesekali dianggap remeh dan diambil mudah dengan begitu sahaja, kerana ini bersangkutan dengan AQIDAH dan IMAN kita.
Sebab itulah Nabi SAW bersabda;
“Barang siapa yang akhir perkataannya adalah KALIMAH 'LAA ILAHA ILALLAAH', maka dia akan masuk SYURGA.”
(HR. Abu Daud)
Maka sudahkan kamu benar-benar menjadi UMAT ISLAM YANG SEJATI ???
Ataupun hanyalah ISLAM sekadar diatas nama, i.c, keturunan, bangsa dan sebagainya sahaja ?
Fahamkanlah baik-baik Hakikatnya ini, sebelum kamu benar-benar terlambat dan terlepaskannya. Lalu kamu akan Menyesal dengan sebenar-benarnya Penyesalan ketika kamu menghadapinya 'SAKARATUL MAUT'...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan