PERJANJIAN DIRI PADA ALLAH

 

PERJANJIAN DIRI PADA ALLAH

Sebelum Nyawa atau Nur Muhammad dimasukkan ke dalam Jasad, maka Allah telah meminta agar Nur Muhammad berjanji supaya:
1,Tidak Menyenkutukan Diri-Nya
2,Memulangkan Jasad kepada-Nya.

Oleh itu , masuklah Nur Muhammad dengan kedua2 syarat tersebut.

Apabla sampai masanya, maka Nur Muhammad atau Nyawa atau Roh akan diperintah menghadap Rabbul Jalil, Zat Muhammad. Kalau Nyawa menghadap tanpa Jasad, maka ini bererti menunjukkan Hidupnya Nyawa selama ini MENSYIRIKKAN ZAT. 
Akibatnya Nyawa pun dihukum kerana MUNGKIR JANJI.

Sebab itu PENAMAT ILMU ini ialah SATU sahaja, iaitu MENGEMBALIKAN SEMULA JASAD KEPADA ZAT kerana ini menunjukkan Amanah Allah kepada Nur-Nya.

Kalau NYAWA pergi tanpa JASAD, maka SESAT hukumnya.

Sepertimana Firman Allah Taala dalam Surah FATHIR ayat: 16
" Jika Dia mau nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu,"

Nyawa yang mungkar kerana sesat jalan sehingga tidak dapat kembali semula ke Jasadnya , maka Neraka lah tempatnya.

Sesungguhnya Nur Muhammad ini adalah sebaik2 kejadian tetapi Mungkir Janji dengan ZAT MUHAMMAD, iaitu diserahkan Jasad ke dalam Tanah Kubur, SIAPA SURUH?

Jasad ini HAK ZAT, maka serahlah pada ZAT, bukan Hak Tanah.
Hutang kepada Allah...kenapa pula dibayar hutang pada mahluk..

Arti nya..
Kita berutang kepada Allah untuk mengembalikan diri ini kepadaNya dengan mengenalNya, bukan membayar kepada mahkluk. Bukan menyembah mahkluk memperturutkan keinginan diri dengan tidak mengenal Allah.

Daripada SEBAIK-BAIK kejadian, jadilah SEHINA-HINA CIPTAAN Allah , inilah NERAKA namanya.


RAHSIA DIRI ITU NAFAS

Inilah pada menyatakan bahawa di dalam badan manusia itu ada 4 bagian
NAFAS..ANFAS..TANAFAS..NUFUS.

Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAFAS itu saperti ANFAS. Maka keempat-empat itu berperingkat sampai kepada NUFUS.

Nufus itu saperti rupa ZAT
Zat itu saperti rupa
SIFAT Sifat itu seperti rupa ASMA’
Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi,

"AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU"
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.

SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala.
Barangsiapa mengenal BADANnya, ia akan mengenal NYAWAnya.
Barangsiapa mengenal nyawanya, ia akan mengenal SIRRnya.
Barangsiapa mengenal Sirrnya, ia akan mengenal TUHANnya yang qadim adanya.

YANG KELUAR itu bernama NAFAS.
Yang dinamai ANFAS itu gerak dari hidung sampai ke bawah leher.
Yang dinamai TANAFAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati.
Yang dinamai NUFUS itu di dalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

AWALUDDIN MA'RIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman Allah :
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engkau Kenal Aku

[ Sumber dariAshabul Kahfi ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan