RAHSIA PENYERAHAN DIRI

 

RAHSIA PENYERAHAN DIRI

Segala "PENYERAHAN DIRI" ataupun "BERSERAH DIRI" samada Hidupmu dan Matimu adalah semata-mata untuk "MEMATIKAN DIRIMU" sebelum Kematian yang sesungguhnya.
PENYERAHAN DIRI ini akan menghabiskan seluruh Dirimu (Fana') sehinggalah yang 'ADA' hanyalah Allah SWT semata-mata !
Bukanlah ianya hanya sekadar ucapan dibibir sahaja ataupun oleh kerana Kamu terlahir daripada Agama keturunan, ataupun sekadar mengikuti tradisi Bangsamu.
Ini adalah tentangnya "DZIKIR" yang,
"TIDAK BERHURUF DAN TIDAK BERSUARA..."
Tentang DZIKIR yang MEMUJA-MUJI ALLAH TA'ALA semata-mata...
Adapun DZIKIR ini adalah merupakan PUJIAN bagi MAHA DIRI (ALLAH TA'ALA), dan ada juga DZIKIR yang umum sepertinya DZIKIR Nama-Nama ASMA' UL-HUSNA dan lain-lainnya.
Adapun DZIKIR setelah selesai Solat yang pada umumnya itu.
* Ertinya jika kita DZIKIRKAN "ALLAHU AKBAR",
HATI kita akan dengan sendirinya memahami bahawa;
"AKU (ALLAH) MAHA BESAR !..."
* Sedangkan pada "ALHAMDULILLAH" itu pula,
HATI kita memahami bahawa;
"SEGALA PUJI BAGI MAHA DIRI (ALLAH)..."
* Kemudian "SUBHANALLAH" itu pula,
HATI kita pun memahami bahawa;
"DIDALAM HATI INI MAHA SUCI AKU (ALLAH)..."
* Dan disaat kita mengucapkan Kalimah "LAA ILAHA ILALLAAH",
Maka dengan tersendirinya HATI kita memahami bahawa;
"TIADA TUHAN KECUALI AKU (ALLAH)..."
Kemudian yang tertinggi sekali daripada segala-gala DZIKIR ini adalah;
- Disaat kita MELIHAT apa yang kita LIHAT...
- Disaat kita MENDENGAR apa yang kita DENGAR...
- Disaat kita MERASA apa yang kita RASA...
Iaitu : Daripada segala Bentuk, Rupa, Wujud, Suara, Tingkah Laku, Benda Mati atau Benda Hidup ataupun segala-galanya Warna Warni.
Juga apa-apa pun benda-benda yang ada Terpandang dan Dirasakan itu, bahawa kesemuanya yang 'ADA' ini adalah WUJUD DZAT MUTLAK...
"MAKA TIADA YANG ADA KECUALI DZAT (ALLAH)..."
Dan yang "MENYEDARI" tentangnya "PENGETAHUAN" ini, maka;
"AKU DZAT (ALLAH)" yang "MAHA SUCI" itu sendiri...
Inilah yang dikata oleh PARA WALIYULLAH terdahulu bahawa, inilah dia DZIKIR yang;
"Tidak Diucapkan, Tidak Dikhayalkan, Tidak Disuarakan dan Tidak Berhuruf..."
Sebab "RASA KESEDARAN" Kamu telahpun Mengenali kesemua yang 'ADA' ini adalah ALLAH SWT.
Maka benarlah bahawa Alam yang Ada ini dikatakan KOSONG, sebabnya;
Yang 'ADA' hanyalah "MAHA AKU (ALLAH)" dibalik setiap apa-apa pun yang TERNYATA mahupun yang GHAIB.
Tidak ada Wujud, Rupa dan Suara, sebabnya telah "MELIPUTI" KESEMUA WUJUD, SEMUA RUPA, SEMUA SUARA, SEMUA TEMPAT dan KESEMUA YANG 'ADA' !
Lalu manakah yang DISEMBAH dan yang MENYEMBAH ???
Apabila sudah memahami Hakikatnya perkara ini, maka duduknya adalah "AHLUL SUNNAH WAL JAMA'AH". Iaitu ertinya;
"AHLI SEGALA PERBUATAN..."
Maksudnya - Tiada segala Perbuatan yang 'ADA' kecuali Allah SWT. Yaitu MAHA DIRIKU SENDIRI (ALLAH)...
AHLI yang mengumpulkan seluruh isi Alam Semesta Raya ini, ertinya;
Kesemua yang 'ADA' ini MENGAGUNGKAN DIRI yang MENYEDARI akan KESEMPURNAAN ini...
Dan kesemua Alam Semesta Raya ini daripada Awal dan Akhirnya adalah MENYATU didalam JASADNYA INSAN KAMIL.
Dengan "KESEDARAN" ini, maka segala Wujud, Bentuk, Rupa, Suara, Gerak, Sifat, Perbuatan, Rasa, Tempat, Nama, Huruf, Bahasa dan segala-galanya.
Yang Dilihat, Didengar, Dirasakan akan Dipuji, dan Bersujudlah segala yang 'ADA' di Semesta Raya ini keatas DIRI "YANG BERKESEDARAN TUNGGAL" ini.
Inilah maksud yang;
*Katakanlah ALLAH itu TUNGGAL, iaitu TUNGGAL diatas segala yang 'ADA'..."
Jikapun Kamu telah memahaminya, IKHLASKAH Kamu ???
Bahawa yang Hidup, yang Makan, yang Minum, yang Bercinta, yang Lemah, yang Lupa, yang Ingat, yang Sihat, yang Sakit, yang Sedih, yang Senang, yang Kaya, yang Miskin, yang Kuat, yang Lemah dan segala-galanya yang 'ADA' pada makhluk itu adalah AKU (ALLAH TA'ALA) ?
Yang "BERKESEDARAN" didalam Jasadmu yang tidak lebih daripada sebuah "PERBENDAHARAAN" yang nantinya jikalau tidak Kamu SUCIKANNYA,
Maka ia akan membusuk dihuraikan oleh cacing-cacing tanah dan serangga-serangga tanah, sehinggalah berbau busuk dan menjijikkan setiap umat manusia yang menciumnya ?
Jikalau tidak menginginkan keadaannya seperti itu !
Maka gantilah Prasangkamu yang bahlol itu, bahawa KEBENARANNYA adalah,
JASAD itu adalah BAIT-KU, RUMAH-KU dan AKU-LAH (ALLAH TA'ALA) yang BERTUBUHKAN seluruh isi Alam Semesta Raya ini yang tidak berkesudahan.
Dan segala-galanya yang 'ADA' ini ialah berasal daripada AKU (ALLAH) dengan Wujud Energi Semesta Raya-KU, dan Adanya Tubuhmu itu adalah "KE MAHA NYATAAN-KU (ALLAH).
Maka dengan ini engkau tiadalah yang lain daripada DIRI-KU SENDIRI (ALLAH TA'ALA) !
Maka segala-gala Binatang didalam Tanah itu, tiada ia Memakan Jasadmu,
Bumi itu tiadalah ia sanggup Menampungmu,
Air itu tiadalah sanggup ia Menenggelamkan Jasadmu,
Api itu tiadalah sanggup ia Membakar Jasadmu.
Dan Angin itu tidak akan boleh sama sekali Menyebarkan bau busuk keatas Jasadmu, kecuali ke MAHA HARUMAN-KU semata-mata !
Jikalau Kamu masih bersandar bahawa adanya Wujud AKU dan KAMU yang menjadikan Dua Kewujudan, maka segala-gala yang Kamu perbuat itu akan diperhitungkan, kerana kesemuanya itu adalah MILIK-KU, bukannya Milikmu yang merasa terpisah jauh.
Padahal sangat-sangatlah dekat dan teramat dekat sekali sehinggalah Kamu lupa tidak memahami, bahawa dirimu dan segala-galanya yang 'ADA' ini adalah "AKU" (ALLAH TA'ALA) semata-mata.
JANGAN SYIRIKKAN AKU (ALLAH) !!!
Berhentilah bertanya-tanya kepada Guru-Guru Jasmani yang hanya mementingkan peribadi duniawinya sendiri sahaja, dan yang hanya ingin dianggap hebat dan Ahli padanya, padahal belum apa-apa lagipun BAGI-KU !
Sebab keadaan mereka pun adalah Wujud daripada NAFSU-KU yang Mendzahirkan selendang KESOMBONGAN-KU.
Maka hendaklah Kamu jangan seperti mereka ataupun mengikuti mereka kesemua itu.
Kecuali Kamu hanya mengambil Manfaat dan Syafa'at yang baik daripada apa-apa yang mereka sampaikan melalui lidah dan perbuatan yang dipamerkannya.
Kecualilah Kamu duduk bersama-samanya WALI-WALIKU, atau GURU MURSYID yang Berpengalaman lagi Bijaksana yang "AKU" (ALLAH) hadirkannya untuk membimbing Kamu KEPADA-KU.
Berhentilah untuk marah, kesal ataupun tidak menyukai tulisan-tulisan ini, kerana keadaan marah, kesal dan tidak menyukainya itu hanyalah WUJUD daripada EGO yang "AKU" (ALLAH) DZAHIRKAN keatas Dirimu.
Dan mereka-mereka yang telah membaca tulisan-tulisan ini, mereka tiadalah MENGENAL-KU. Oleh kerana itulah mereka tidak memahami apatah lagi MENGENALI DIRINYA SENDIRI...
Maka segala yang Kamu ketahui ini adalah KEBENARAN YANG HAQQ KEATAS-KU, sekalipun caci maki yang keluar daripada mulut mereka-mereka yang sebenarnya ialah BAHASA-KU yang Bersifat Hasud sebagai terbit daripada bentuk Iblis disebalik tubuh-tubuh mereka.
Tetapi bagi Kamu yang telah mengetahui kenyataannya dan KEBENARAN ini, maka lebih baiklah Kamu berdiam diri dan MERAHASIAKANNYA kepada kesemua umat manusia yang bodoh lagi jahil itu.
Bahawa Kamu adalah KENYATAAN-KU yang disebut-sebutkan tidak ada Wujud, Rupa, Suara dan sebagainya keatas Akal Logik mereka yang belum memahami PENGETAHUAN-KU ini.
RAHASIAKANLAH !
Hanya Dirimu yang memahami tentang SIAPA DIRI INI ?!
Supaya ianya tidak menjadi FITNAH bagi Akal umat manusia yang masih belum memahami tentang Dirinya Sendiri.
Inilah HAKIKATNYA CINTA SEJATI !
Yang jikalau Kamu memahaminya, maka inilah KESEJATIAN YANG ABADI dan tidak boleh dimusnahkannya. Kecuali hanyalah berubah-ubah bentuk atau berbilang-bilang Sifat dan Afa'alnya sahaja dan ianya tetaplah akan berkekalan selama-lamanya.
Semoga Akalmu dapat memahaminya dan semoga bermanfaat juga berbahagialah daripada duniawi ini sehinggalah ke akhirat...
Firman Allah SWT;
"Sesungguhnya AKULAH ALLAH; tiada Tuhan melainkan AKU; oleh itu, Sembahlah akan AKU dan dirikanlah Solat untuk MENGINGATI AKU."
(QS. Taaha : 14)

Carilah GURU MURSYID YANG HAQQ untuk lebih kamu mendalami dan memahaminya dengan sebenar-benar kata-kataku ini.
Tidaklah boleh hanya sekadar bersandar kepada setiap penulisanku ini jikalau kamu masih lagi seorang SALIK, kerana khuatiri kamu akan gagal mencapai Kemuncak Kefahamannya. Tetapi bagi orang KHAWAS AL-KHAWAS, mereka akan sangat memahami apa yang daku cuba sampaikan.
ILMU KETUHANAN ini, sangat-sangatlah WAJIB mempunyai GURU MURSYID YANG HAQQ bagi beliau Menge-"SAH"-kan segala ILMU yang kita mengaji dan mengkajinya. Agar dapatlah kita berjalan di LANDASAN KEBENARAN HAQQ dan mencapainya KEMUNCAK MATLAMAT ILMU serta KEPUTUSANNYA SEGALA ILMU...
PERINGATAN !!!
Hanya bagi AHLINYA (Orang Khawas Al-Khawas) ataupun kepada umat (Salik) yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk mendalami ILMU KETUHANAN di Akhir Zaman ini...

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: