JALAN YANG PERLU DILAKUKAN

 


DIANTARA JALAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PELBAGAI CARA YANG TELAH DI TERANGKAN DIDALAM AL-QURAN IALAH MENGIKUT FIRMAN ALLAH PADA
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
87.Surah Al-'A`lá ayat 15
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
JALAN UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ...
Untuk melaksanakan perintah Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 180
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Ini adalah jalan untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...
FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI
Rasulullah saw pernah bersabda ,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.
Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.
Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.
Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?
Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.
Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.
Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.
Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
Ringkasan dari keterangan diatas dapat disimpulkan terdapat dua jalan yang berbeza
JALAN PERTAMA - ialah menyebut Nama Allah dengan lisan lidah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah
JALAN KEDUA - ialah menyebut Nama Allah didalam hati dengan cara pejamkan mata, menyebut Allah dengan menungkatkan lidah kelangit-langit ...
Bagaimana hendak melakukan Kedua-dua jalan ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi ..
JALAN KE 3 - mengadakan soalan kepada diri sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ..... DAN TENTUKAN JAWAPANNYA " ALLAH"
Mengambil iktibar dari firman Allah
13.Surah Ar-Ra`d ayat 16
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"
Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
BIASANYA KAEDAH INI DIGUNAKAN UNTUK MENCANTASKAN GANGGUAN YANG MENDATANG... SEPERTI FIKIRAN DAN LAIN-LAIN
Contoh:-
Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Ada terlintas didalam fikiran atau didalam hati tentang keberadaan diri sendiri atau tentang sangkaan kepada Allah...
Tanyalah "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT?," tentukan jawapannya ialah "ALLAH" .....
Setelah menjawab "ALLAH" teruskan menyebut Allah, Allah, Allah dan tujukan sebutan Allah yang disebut itu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan.
Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat diri sendiri, seseorang itu perlu, jangan samada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya atau jangan ada
- Yang terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri
Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, seseorang itu perlu jangan samada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- Memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada
- Yang terlintas didalam hatinya
Tentang keberadaan Allah diketika ia masih lagi atau sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri ....
JALAN ATAU KAEDAH INI JUGA BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGHADZIRKAN KHUSYUK DIDALAM SOLAT
KESEMUANYA HEDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEBUT DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...
JALAN YANG KE 4 - kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan - pernafasan asal
Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes.
Menarik nafas maknanya sedang berlaku keadaan sedang masukan diri yang zahir kedalam diri yang batin, Masukkan diri yang batin kepada Huu zat semata-mata..
Atau dengan kata lain sedang berlaku keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"
Semasa masuknya nafas zikirnya berbunyi HUU, bukan disebut samada dengan lidah atau dengan hati, dan bukan juga perkara yang terlintas didalam hati, tetapi perbuatan menarik nafas tersebut itulah bunyi zikirnya HUU (yang tidak berhuruf tidak bersuara dan tiada kata-kata)..
Ditempat terhentinya nafas yang tidak tertarik lagi adalah merupakan tempat pertemuan diantara hamba dengan tuhannya, tempat berlaku penyerahan total sehinggalah berlaku keadaan tiada hamba, tiada tuhan lagi, yang tinggal ada HUU ZAT SEMATA-MATA... (Zikir diketika ini berbunyi AH, AH, AH).
Tahan nafas ditempat terhentinya nafas yang terakhir sehingga tidak tertahan lagi, sebelum melepaskan nafas terlebih dahulu telan air liur. Diketika ini zikirnya ialah HAQQEQ.
Semasa melepaskan nafas, sedang berlaku pula keadaan membawa keadaan HUU ZAT semata-mata ini keseluruhan anggota zahir (ternyatalah laa khaulawala khuwata illah) kepada badan, jadi badan tetap dengan sifat asalnya iaitu mati, ternyata lah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan itu kekal sebagai sifat Allah.
Disini Berlakulah apa yang telah difirmankan oleh Allah
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Semasa nafas keluar ini zikirnya ialah Allah..
Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah putusnya pernafasan yang terakhir
Semasa berlakunya pernafasan yang terakhir semasa berlakunya sakaratul maut, kunci nyawa akan membentuk huruf mim simpul dan zikirnya berbunyi HUM...
Inilah zikir yang terakhir yang menandakan seseorang yang telah melalui sakaratul mautnya didalam keadaan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah
Sabda Rasulullah saw
‎مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”
(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)
Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada didalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang akan dihadapi didalam keadaan syirik.... Bukan didalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat).
Inilah peri pentingnya seseorang kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut akan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes
2.Surah Al-Baqarah ayat 46
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
BAGAIMANA NAK BERNAFAS SEPERTI MULA KITA DILAHIRKAN INI BOLEH DIPELAJARI DARI BAYI YANG DIDALAM BUAIAN
Hadis tuntut ilmu
‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)
Dalam lafaz lain
‎طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ
(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)
DAN MENGAMBIL IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA NAK BELAJAR DARI SEORANG HAMBA ALLAH DIPERTEMUAN DUA LAUTAN...
Firman Allah didalam Surah Al-Kahf ayat 60
60. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".
Surah Al-Kahf ayat 61
61. Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
Surah Al-Kahf ayat 62
62. Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".
Surah Al-Kahf ayat 63
63. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
Surah Al-Kahf ayat 64
64. Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.
18.Surah Al-Kahf ayat 65
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
18.Surah Al-Kahf ayat 66
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
18.Surah Al-Kahf ayat 67
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
18.Surah Al-Kahf ayat 68
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
18.Surah Al-Kahf ayat 69
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
18.Surah Al-Kahf ayat 70
Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"
Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....
Lagi firman Allah
18.Surah Al-Kahf ayat 71
Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya?
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".
18.Surah Al-Kahf ayat 72
Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
18.Surah Al-Kahf ayat 73
Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
18.Surah Al-Kahf ayat 74
Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh
satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"
18.Surah Al-Kahf ayat 75
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
18.Surah Al-Kahf ayat 76
Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
18.Surah Al-Kahf ayat 77
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
18.Surah Al-Kahf ayat 78
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
18.Surah Al-Kahf ayat 79
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
18.Surah Al-Kahf ayat 80
Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
18.Surah Al-Kahf ayat 81
Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.
18.Surah Al-Kahf ayat 82
Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
PERLAKUAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DARI PERISTIW NABI MUSA NAK BELAJAR DENGAN SEORANG HAMBA ALLAH.
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Peristiwa ini mengandungi arahan supaya setiap seorang mesti kembali belajar dari apa yang ada dan dibawa oleh kita diketika dilahirkan sebagai seorang bayi..
Setiap orang dikehendaki kembali bernafas sepertimana bayi bernafas, yang diambil iktibar dari pertemuan pada dua lautan
Cuba perhatikan didalam firman Allah seperti diatas, tempat pertemuan dua laut itu diatas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....
Batu besar yang dimaksudkan ialah bidang perut, Apabila seseorang mula bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan yang masih lagi dipegang dan dibawa oleh bayi, iaitu semasa menarik nafas perut kembung, semasa menghembuskan nafas perut kempes
Cuba kita lihat semasa menarik nafas dengan cara yang dilakukan oleh bayi, semasa menarik nafas perut kembung, inilah yang dimaksudkan dengan pertemuan dua lautan diatas batu besar.
Apabila menarik nafas melalui kaedah yang dilakukan oleh seorang bayi, diketika menarik nafas, perut akan kembung dan secara tersendiri dubur akan terkemut sendiri,
Apa yang sedang berlaku diketika seorang bayi sedang menarik nafas ialah sedang membawa sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain
Semasa Menarik nafas dengan kaedah yang dilakukan oleh bayi, maknanya sedang membawa sifat-sifat ketuhanan seperti sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain sehingga berlaku keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"
Atau dengan kata lain sedang berlaku perbuatan untuk menyerahkan segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah
Sedang menyerahkan sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain hanya kepada Allah
Menarik nafas sehingga tidak tertarik lagi, tungkatkan lidah kelangit-langit, tahan nafas sehingga tidak tertahan lagi, nafas terkumpul pada pusat.
Kempeskan perut tanpa melepaskan nafas, luruskan tulang belakang dan batang tengkok dengan cara mendongakkan kepala sedikit, perbuatan ini akan menolak nafas dipusat ke tulang tongkeng..
Nafas yang berada pada tulang tongkeng akan ditolak naik sehingga sampai ke ubun-ubun melalui tulang belakang dan rongga tengkok, (jika tidak ditungkatkan lidah kelangit-langit, nafas tersebut tidak akan boleh melepasi rongga tengkok untuk naik ke ubun-ubun). Disini juga mempunyai rahsia yang perlu diketahui oleh seseorang yang melakukan kaedah ini
Disinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun2.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 84
‎قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang
lebih betul jalannya".
17.Surah Al-'Isrā' ayat 85
‎وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
17.Surah Al-'Isrā' ayat 86
‎وَلَئِن شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلًا
Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 87
‎إِلَّا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا
(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 88
‎قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
‎وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
‎وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
‎صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۗ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )
11.Surah Hūd ayat 56
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَاۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
Pertemuan diantara hamba dengan Tuhan sehingga berlaku keadaan tiada hamba dan tiada tuhan lagi yang nyata hu zat semata-mata.
Setelah tidak tertahan lagi, telan air liur sehingga berdegup.... zikirnya Haqeq ..
Lepaskan nafas perlahan-lahan pengajarannya terkandung didalam firman Allah "Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya." Disini sedang berlaku keadaan "Tiada daya untuk mengerjakan kebaikan dan tiada upaya untuk menjauhkan kejahatan melainkan dengan daya dan upaya Allah
Iaitu membawa keadaan HU ZAT untuk meliputi keseluruhan anggota melalui melepaskan nafas
Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan membawa kesedaran tiada tuhan dan tiada hamba lagi yang tinggal HU ZATsemata-mata untuk meliputi keseluruhan anggota.
Lepaskan nafas sehingga habis pengajarannya terkandung didalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya." Membawa kepada maksud "melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi jangan sampai terasanya keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri lagi
Setelah melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi, barulah ditarik nafas perlahan-lahan yang diambil pengajarannya didalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya."
Inilah sedikit iktibar yang diambil pengajaran dari peristiwa Nabi Musa hendak belajar dari seorang hamba Allah..
Setiap seorang mesti kembali bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan dahulu
Pengajaran yang diambil dari firman Allah pada Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Untuk boleh melakukan ini semua setiap orang mesti memulakan dari mengetahui dan boleh menghuraikan sendiri perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi beserta dengan ibadat yang akan dilakukan.
••• PESANAN PENTING •••
JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT YANG TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID..
Kerana boleh menjerumuskan kita kekancah mengaku diri sebagai Tuhan..
Tidak ada satu makhlok pun yang boleh mengenal Allah hanya Allah yang mengenal Allah, jadi usaha kita untuk mengenal Allah itu tidak akan kesampaian kerana kita tidak mampu kesitu..
Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan secara istiqomah salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid seperti yang telah Allah memperjelaskan didalam Al-Quran dan oleh Rasulullah saw didalam hadisnya..
Tunggu saja jaminan dari Allah "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS"
Yakinlah Allah tidak pernah mengubah janjiNya
Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
SIAPAKAH YANG AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH DAN SEKALIAN MAKHLOK ?
2.Surah Al-Baqarah ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
SEJAK DARI NABI ADAM SEHINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD MEMBAWA UGAMA YANG SATU...
46.Surah Al-'Aĥqāf ayat 9
Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"
42.Surah Ash-Shūraá ayat 13
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
42.Surah Ash-Shūraá ayat 14
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
59.Surah Al-Ĥashr ayat 14
(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).
59.Surah Al-Ĥashr ayat 15
(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).
59.Surah Al-Ĥashr ayat 16
(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
59.Surah Al-Ĥashr ayat 17
Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.
SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
6.Surah Al-'An`ām ayat 161
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
98.Surah Al-Bayyinah ayat 5
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
2.Surah Al-Baqarah ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

[ Sumber dari Adnan DahalanISLAM SUDAH KEMBALI DAGANG ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan