AKU ALLAH TAALA

 

Aku meliputi sekelian alam dan tiada ruang yang tiada Aku. Aku tidak bertempat tetapi Aku berada disetiap tempat. Aku tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim.Aku dekat seperti dekatnya mata hitam dan mata putih mu. Terang matahari terang lagi Aku. Aku itu kamu tetapi kamu itu bukan Aku. Aku mencipta kamu semata2 untuk menyatakan diri ku.Carilah Aku didalam diri mu. Nyatanya Aku apabila kamu sudah tidak lagi terlihat keberadaan diri mu.
AKU ALLAH TAALA KATA2 DARI QALBU....
Diatas nama CINTA yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Tiada kata2 yang boleha menerangkan hal2 rasa. Semua ini akan tenggelam di dalam rahsia yang terang lagi nyata.
AKU LAH CINTA
AKU LAH RASA
AKU RAHSIA.
Aku lah cahaya yang menerangi alam semesta.
AKU LAH PENGLIHATAN
AKU LAH PENDENGARAN
AKU LAH YANG BERKATA2.
Aku wujud didalam terang dan Aku juga nyata pada setiap yang nyata.
"KENALI LAH AKU."
AKU LAH ILMU
AKU LAH HAYAT.
Hayat itu ertinya hidup. Jika Aku yang hidup, maka ketahuilah bahawa
AKU JUGA YG BERKUDARAT.
AKU JUGA YG BERIRADAT.
Siapa AKU?????

AKU LAH YANG ADA.
Tidaklah engkau itu ada , akan tetapi :
AKU lah yang ada pada sekalian yang ada,
AKU lah yang zahir dan
AKUlah yang batin,
Sesungguhnya zahirKU batin bagimu dan batinKU rahsia bagimu. Maka pada hakikat yang sebenarnya kita ini tidak ada yang ada itu adalah Allah yang Maha Esa:
لاموجود بحقيقة الا الله
Tiada yang maujud sebenar benarnya kecuali Allah
Inilah dalil hakikat bagi kenyataan ini, maka dengan ini kita tidaklah ada apa-apa kecuali Allah lah yang mengawal semua keadaan.
لا تتحرك ذزة ابدا الا بأءذن الله
Tidaklah akan bergerak satu-satu zarrah selamanya kecuali dengan izin Allah
Maka inilah sebenar-benarnya akuan yang tidak bercampur dengan syirik jali atau syirik khofi. Ingatlah ! selagi tidak ada kenyataan atau bukti yang menunjukkan kita sampai kepada akuan ini, maka kita perlulah teruskan amal kita yang dapat membawa kita kepada kenyataan akuan ini, akuan ini bukanlah hanya mainan ucapan lidah sahaja tetapi ia perlukan bukti dan bakti dari kita.
Jangan main-mainkan ucapan-ucapan ini atau akuan ini nanti kau jatuh dalam kalangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan dan disesatkan.
Terdapat banyak di kalangan kita yang menyatakan akuan Allah padanya sedangkan ia masih lagi dilingkungi dengan akuan diri yang masih lagi dihiasi dengan hawa nafsu.
Oleh itu perkara akuan tajalli Allah ini pada kita akan terjadi dengan kehendak Allah yang Maha Agung
Kesamaran inilah yang banyak terjadi pada golongan-golongan ahli tarekat maupun ahli hakikat. Perhatikanlah dengan teliti agar kita tidak menjadi pencampuran antara akuan diri dan akuan Allah pada kita.
Aku yang diakui Allah! AKU adalah sesuatu yang jernih dan ia terwujud dari diri KU. maka DIAlah yang diakui.
Inilah dia kedudukan yang diakui oleh Allah kerana AKU itu adalah hakikat kenyataan Allah s.w.t sebagaimana fiirman nya:
كل روح من امر ربي
Setiap roh itu adalah urusan pekerjaan KU.”
Padaku (roh) itulah rahsiaku dan itulah yang menzahirkan akuan haqullah pada tubuh badan melalui kalam, perbuatan dan ittiqod pada diri. Kalimah akuan yang sebenar ini terbit drp ucapan syattoh (terlatah ) drp sirna fana yang dialami oleh ahlillah.
Aku ku dan Aku mu itu adalah satu jua, jangan adakan dua kudrat padamu kerana kudratmu itu adalah kudratKU,
AKU zahir pada ujudKU, dan AKU batin pada rahsiaKU. Engkau tidak wujud melainkan AKUlah yang ujud.
KalamKU adalah zahirnya kalammu waktu terucap... tiadamu padamu akan tetapi adaKU pada zahirKU.
AKU adalah AKU inilah akuanKU. AKU yang mengaku akan padaKU, tiada akuanmu padamu kerana akuan mu itu tiada ain ujud akuan itu.
Tiadalah engkau bergerak pada masa engkau bergerak AKUlah yang sebenarnya gerak itu, hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak nampak akan gerak Allah itu.
Sesungguhnya gerakmu itu adalah hasil gerakKU yang terjadi ketika bergeraknya dirimu, engkau hanyalah patung wayang sahaja semata-mata tidaklah engkau dapat berbuat apa-apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat padamu.
Tiadalah engkau memandang ketika memandang akan tetapi AKUlah yang memandang pada ketika engkau memandang, engkau buta pada dasarnya maka janganlah engkau akui yang engkau melihat akan dengan penglihatanmu itu kerana kau BUTA.
Oleh itu fahamilah akan maksud bagi kata-kata ini janganlah tersalah anggap kerana akibatnya amat-amatlah buruk.
AKU adalah sifat kenyataan bagi Dzatul Haq, padaKU lengkap dan melengkapi tiadalah yang lain pada ujud ini melainkan kenyataan ujudKU semata-mata. Hanyalah Allah s.w.t sahaja yang layak mengaku dan akuan yang terbit drp sifatNYA lah yang terjadi. Maka inilah akuanku yang terbit drp akuan Allah.
Tiadalah ujudku pada kenyataanku melainkan ujud Allah lah yang nyata pada ku.

[ Sumber dari Ashabul Kahfi, ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan