HAKIKAT IKHLAS

HAKIKAT IKHLAS

APAKAH ITU "IKHLAS" DAN BAGAIMANAKAH UNTUK MENCAPAI "KEIKHLASAN" ?
Ramai dikalangan kita yang melakukan sesuatu pekerjaan kerana ingin membuktikan sesuatu. Sepertinya ingin Kemenangan dan membuktikan bahawa kita boleh melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan baik.
Ingin membanggakan Ibu dan Ayah, ingin mengharumkan nama negara, ingin membalas jasa dan sebagainya.
Keinginan seperti itu tidaklah salah, namun apabila kita telah meletakkan sesuatu harapan ataupun imbuhan terhadap keinginan itu. Maka didalam diam, keinginan itu sudah menjadi ‘TIDAK IKHLAS’.
Kenapa TIDAK IKHLAS ?
Kerana IKHLAS itu bermaksud;
"SUCI DARIPADA MENGHARAPKAN SEGALA SESUATU..."
Makanya, jikalau ada sesuatu yang kita harapkan daripada setiap perbuatan, maka ia sudah menjadi TIDAK IKHLAS lagi.
CONTOHNYA :
Apabila kita bertanding didalam sesuatu pertandingan, kita hanya enjoy dan bermain dengan baik sahaja.
Bukanlah disebabkan kita mahu menang ataupun bukanlah disebabkan kita mahu mengharumkan nama pasukan ataupun negara.
Bilamana kita bermain tanpa mengharapkan sesuatu kemenangan dan tanpa mengharapkan hadiah. Maka kita akan menjadi lebih tenang dan tidak stress.
Apabila kita tidak stress, maka kita akan enjoy sahaja untuk bertanding dan kita akan lebih seronok untuk bermain bersungguh-sungguh. Maka kemenangan itu akan datang dengan sendirinya tanpa kita memburunya.
Kalaupun kita kalah, kita tetap akan bergembira kerana kita telah memberikan yang terbaik. Tugas kita hanyalah bermain dengan baik, bukannya memburu sesuatu kemenangan.
Menang kita Nikmati, kalah juga kita Nikmati...
IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI.
IKHLAS adalah sesuatu hal yang sukar untuk dicapai. Ianya memerlukan latihan yang berterusan.
IKHLAS bukanlah setakat menyorokkan perbuatan yang baik kita daripada diketahui oleh orang-orang lain.
Hakikatnya IKHLAS akan melangkaui itu...
IKHLAS yang paling sukar adalah untuk IKHLAS terhadap Diri Sendiri !
Kita boleh menyorokkan perbuatan baik kita daripada orang-orang lain, tetapi kita sangat sukar untuk menyorokkan perbuatan baik yang kita lakukan daripada diketahui oleh diri kita sendiri.
Apabila kita boleh memberi ataupun melakukan perbuatan baik tanpa diri kita sendiri tahu,
Inilah Hakikatnya IKHLAS yang paling IKHLAS !
Selagi mana kita masih lagi menaruh keinginan untuk orang-orang lain mengetahui akan hal baik yang kita lakukan, selagi mana kita masih lagi mengharapkan ucapan terima kasih, selagi mana kita masih lagi mengharapkan agar cinta kita dibalas dan selagi mana kita masih lagi mengharapkan orang-orang lain mengenang akan jasa kita.
Maka itu Hakikatnya menunjukkan kita masih belum IKHLAS !
Itu hanyalah kita buat-buat IKHLAS sahaja...
Selagi kita mengharapkan IKHLAS, maka itu masih belum IKHLAS pada hakikatnya.
Persoalannya, bolehkah kita sendiri tidak mengetahui apa perbuatan baik yang telah kita lakukan ?
Ya... Boleh !
Kita hanyalah perlu praktis dan praktis dan praktis dengan berterusan sahaja.
Apabila kita sudah terbiasa, nanti kita sendiri tidak tahu yang kita sedang berbuat baik !
CONTOHNYA : Senyum.
Senyum itu adalah suatu pemberian ataupun Sedekah.
Bilamana kita sering praktis memberikan senyuman kepada setiap orang-orang lain tanpanya prejudis, maka ia akan menjadi suatu kebiasaan.
Tanpa kita sedari, kita sedang berbuat baik kepada orang-orang lain.
Apabila kita sudah terbiasa dengan senyuman, maka kita sendiri tidak sedar bahawa yang diri kita sedang membuat kebaikan terhadap ramai orang.
Bayangkanlah jikalau kita praktis kutip sampah ditempat-tempat awam, bersihkan tandas awam ataupun berbelanja gelandangan dan Fakir Miskin makan.
Setiap kali terjumpa sampah di jalanan, maka kita ambil dan masukkan kedalam bekas sampah,
Setiap kali lepas makan di restoran ataupun gerai, kita kemaskan meja dan letak pinggan ke tempat yang sepatutnya,
Setiap kali masuk tandas awam, kita bersihkan bilik air yang telah kita gunakan untuk selesakan orang-orang lain,
Dan setiap kali kita berjumpa dengan gelandangan ataupun orang-orang yang memerlukan bantuan, tanpanya prejudis kita belanja dan bantu mereka dengan kemampuan kita.
Apabila sudah terbiasa membuat perkara-perkara itu, maka ia akan menjadi habit, dan habit akan menjadi budaya dan apabila sudah menjadi budaya nantinya diri kita sendiri pun tidak tahu yang kita sedang membuat kebaikan.
Malangnya, kebanyakan daripada kita harini telah membudayakan hal yang sebaliknya. Iaitu;
"Untuk berbuat sesuatu kebaikan, orang-orang lain mesti perlu tahu apa yang telah kita lakukan !"
Memberi duit kepada ibu dan bapa pun, adik beradik mestilah perlu mengetahuinya.
Mahu membuat Tahlil di Masjid pun, mestilah perlu dituliskan nama sebesar-besarnya alam untuk orang-orang lain mengetahui bahawa kitalah yang membuat upacara itu.
Mahu bantu memberikan beg sekolah kepada anak-anak orang Miskin pun, diatas beg itu mestilah perlu ditulis : ‘Ikhlas daripada, sipolan bin sipolan’.
IKHLASKAH ?
Jikalau kita masih lagi menaruh keinginan untuk mendapatkan penghargaan, sepertinya;
“Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih ataupun setidak-tidaknya, hargailah apa yang telah aku lakukan”.
Inikah IKHLAS ???
* PEMBERIAN TERBAIK.
Jikalau kita sudah terbiasa memberikan bantuan kepada orang-orang lain, tanpa orang itu mengetahui bahawa kita yang telah membantunya itu adalah BAIK.
Namun jikalau kita sudah terbiasa membantu orang-orang tanpa diri kita sendiri yang mengetahui bahawa kitalah yang telah membantu orang-orang itu.
Maka itu adalah pemberian yang paling TERBAIK sekali !
Pemberian TERBAIK inilah yang dikatakannya IKHLAS sebenar-benarya IKHLAS !!!

DERAJAT NIAT I K H L A S.

لإخلاص على ثلاث درجات: إخلاص العوام والخواص وخواص الخواص
Ikhlas terdiri atas tiga tingkatan: ⤵️
‏فإخلاص العوام: هو إخراج الخلق من معاملة الحق مع طلب الحظوظ الدنيوية والأخروية كحفظ البدن والمال وسعة الرزق والقصور والحور
{1} IKHLAS AWAM, yaitu berbuat karena Allah semata, namun masih menginginkan bagian dunia dan akhirat, seperti kesehatan, kekayaan, rezeki yang melimpah,dan juga kemegahan di syurga serta bidadari;
وإخلاص الخواص: طلب الحظوظ الأخروية دون الدنيوية
{2} IKHLAS KHAWAS, yaitu hanya menginginkan bagian akhirat tanpa memperdulikan bagiannya di dunia;
‏وإخلاص خواص الخواص: إخراج الحظوظ بالكلية، فعبادتهم تحقيق العبودية والقيامُ بوظائف الربوبية محبة وشوقاً إلى رؤيته،
{3} IKHLAS KHAWASUL KHAWAS, yaitu melepaskan seluruh keinginan atau bagian kesenangan serta balasan dunia dan akherat, persembahan mereka semata-mata hanya untuk merealisasikan ubudiyah sekaligus melaksanakan hak dan perintah Ke-Tuhanan (Rububiyah), karena cinta dan rindu untuk melihat Allah SWT.
Dalam kitab minhajul abidin terdapat permasalahan yaitu:
Ramai shaykh atau guru yang mengamalkan surat waqiah sewaktu dilanda kesulitan, mereka membaca Al-Quran yang termasuk amalan akhirat tapi dengan menghendaki dunia, apakah tidak termasuk riya'?.
Imam ghazali menjawab bahwa tujuan mereka adalah dunia yang digunakan untuk kebaikan,mengajarkan ilmu, menolak ahli bid'ah, membela kebenaran, mengajak-ngajak manusia menuju ibadah, dan mempermudahkan ibadah.
فَهَذِهِ كُلُّهَا إرَادَاتٌ مَحْمُودَةٌ لَا يَدْخُلُ شَيْءٌ مِنْهَا فِي بَابِ الرِّيَاءِ ؛ إذْ الْمَقْصُودُ مِنْهَا أَمْرُ الْآخِرَةِ بِالْحَقِيقَة
Ini semua adalah keinginan / tujuan yang terpuji yang tidak masuk kedalamnya sesuatupun dari unsur riya'. Kerana harta dunia (yang dicari dari surat waqiah) hakikatnya adalah berorientasi akhirat.
Hal ini berlandaskan pada hadits sohih;
‏"innamal a'malu bin niyyaat " yang dijabarkan dalam sebuah hadits:
كم من عمل يتصور بصورة الدنيا فيصير من أعمال الآخرة بحسن النية, وكم من عمل يتصور بصور الآخرة فيصير من أعمال الدنيا بسوء النية
Ertinya " Berapa banyak amal yang berbentuk amal dunia tetapi menjadi amal akhirat kerana baiknya niat dan berapa banyak amal yang berbentuk amal akhirat tetapi jadi amal dunia belaka kerana jeleknya niat".

[ Sumber dati Syeh Haqtullah / ‎Join Hizb786 ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan