'DIAM' ITU ISTANA MUKMIN

 

Kita telah diajarkan 'DIAM' kepada orang yang Allah SWT Perintahkan kepada kita untuk 'BERDIAM'.

1) Kita 'DIAM' dengan SYARIAT ALLAH, PERINTAH ALLAH dan TAKDIR ALLAH.
Inilah 'DIAM' tertinggi didalam MAQAM UBUDIYYAH...

2) Kita telah diajarkan 'DIAM' dihadapan kedua ibu dan bapa kita.
'DIAM' dihadapan kedua ibu dan bapa kita dan janganlah banyak merungut, juga janganlah banyak menjawab itu dan ini.

Setiap kali kita 'DIAM', maka Allah SWT akan Mengurniakan HIKMAH kepada kita.
Tetapi, jikalau kita asyik mahu menjawab cakap ibu dan bapa kita. Maka habislah kita didalam Kejahilan...

3) Kita telah diajarkan 'DIAM' dihadapan GURU ataupun ALIM ULAMA YANG HAQQ.
Sebabnya, bilamana kita tidak mahu 'DIAM' di hadapan mereka. 
Maka nantinya kita tidak akan mendapatkan ILMU daripada mereka dan kita juga tidak akan mendapatkan Kefahaman yang kita kehendaki.

Duduklah dengan sepenuh ADAB BERGURU dan ADAB BERILMU. Maka biarkanlah GURU sahaja yang bercakap dan kita hanyalah 'DIAM'! Supaya kita mendapatkan Manfaat yang begitu banyak. Apabila kita sebut sahaja GURU MURSYID. Maka kelebihan beliau adalah;
"BELIAU BERCAKAP DENGAN ILMU..."

Sebab itulah Syaitan paling takut kepada ORANG ALIM yang BERILMU. Yang bila mana beliau Bercakap, beliau akan Bercakap dengan ILMU...Syaitan paling takut kepada GURU MURSYID ataupun ALIM ULAMA YANG HAQQ! Apabila mereka Bercakap, mereka akan Bercakap dengan ILMU, dan bilamana mereka 'DIAM'. Maka mereka akan 'DIAM' dengan Sifat Yang Mulia dan Terahsia.

Sebab itulah kita WAJIB 'DIAM' di hadapan GURU ataupun ALIM ULAMA YANG HAQQ kita, supaya apa yang ditutur katakan dan apa yang diajarkan ataupun yang dinasihati. Maka kita akan mendapatkan ILMUNYA...

Apabila kita berbeza pandangan dan pendapat dengan ORANG ALIM YANG HAQQ, maka cubalah kita 'DIAM' dan Mendengarkannya dengan baik-baik, dan kita Berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Kerana di dalam setiap ungkapan mereka itu adanya ILMU, maka dengan itu kita akan memperolehi Kebaikan dan Keberkatan yang sangat-sangatlah banyak. Tetapi jikalau kita yang mahu menguasai Percakapan seumpamanya mahu menegakkan benang yang basah, sekalipun kita akan menang. Maka sesekalipun kita tidak akan mendapatkan Manfaatnya langsung.

Macam ibu dan bapa kita juga, jikalau kita menang melawan Kata-Kata mereka. Maka apakah Manfaat yang akan kita dapatkan? Kita berjaya kalahkan ibu kita, dan juga bapa kita didalam berdebat. Maka apa yang kita dapat sebenarnya?

Jawapannya adalah, kita tidak akan mendapatkan apa-apa Manfaatnya langsung!
Benda yang sama juga jikalau GURU kita, jikalau kita kalahkan GURU kita dengan hujah-hujah yang tidak seberapa daripada kita. Maka apakah kita akan mendapatkan Manfaat apa-apa ?

Sama sekali kita tidak akan mendapatkan apa-apa langsung! Bahkan "TERKUNCI BENIH" yang selama ini kita Petik Buahnya dan yang kita nikmati. 
"TERKUNCI KEBERKATAN" yang selama ini kita telah terima! Sebab itulah kita WAJIB mengetahui bagaimanakah 'ADAB DIAM'...

Iman As-Syafi'e RA tidak pernah Bercakap sepatah pun kata ketika di hadapan Imam Malik, sehinggalah beliau diminta untuk Bercakap. Walaupun beliau mengetahui sesuatu perkara dan ingin menyanggahi GURUNYA, tetapi beliau tidak secara terang-terangan.

Beliau hanya 'DIAM !'...

Sehinggalah GURUNYA sendiri yang menyuruh untuk Bercakap, maka barulah beliau akan Bercakap. Itulah "KEBERKATAN" Imam As-Syafi'e RA.

4) Kita juga telah diajarkan "DIAM' dihadapan orang-orang tua dan orang-orang yang lebih usianya daripada kita...

KESIMPULANNYA.
Ini adalah empat kategori umat manusia yang WAJIB kita ajarkan diri sendiri untuk 'DIAM !'...

"Sesungguhnya Percakapan itu akan 
Mendedahkan KEBODOHAN orang BODOH, dan KEBIJAKSANAAN orang yang BIJAK. Maka aku mengambil Sikap MENYELAMATKAN DIRI aku dan Lidah aku dengan DIAM..."

Sebab itulah, Apabila kita Bercakap, maka orang lain boleh menilai diri kita ini samada BODOH ataupun BIJAK. Apabila kita Bercakap, maka orang lain boleh menilai diri kita ini BERADAB ataupun BIADAP. Apabila kita Bercakap, maka orang lain boleh menilai kita ini. Apakah kita ini orang yang Menyimpan KEJAHATAN didalam diri ataupun KEBAIKAN.

Oleh sebab itulah, orang-orang yang BIJAKSANA lebih suka 'DIAM'. Jangan sampai orang-orang lain mengetahui Keaiban kita sendiri...

Ketika ramai orang-orang yang Merasakan Kemanisannya Bercakap, maka akan hanya ada segelintir orang sahaja yang Merasakan Kemanisannya 'DIAM'.
Yang Merasakan Kemanisannya 'DIAM' kerana dia MENGINGATI Sabda Nabi SAW yang mengatakan bahawa;
"Kebanyakan Dosa datang daripada Lidah".

Dan Nabi SAW berkata,
"Bahawa seseorang yang 'DIAM' itu kedudukannya lebih AFDAL daripada BERIBADAT selama 60 tahun."

'DIAMNYA' lebih AFDAL daripada dia melakukan IBADAT-IBADAT secara Perbuatan...
Sebab itulah, apabila kita melihat adanya orang yang Ibadatnya tersangatlah bagus, tetapi mulutnya pula tidak reti 'DIAM'.

Terutamanya didalam menyebarkan FITNAH, d idalam menyebarkan Pembohongan, di dalam menyebarkan Kerosakan dan sebagainya. Walaupun Ibadatnya begitu banyak, tetapi dia tidak akan mendapatkan apa-apapun Kebaikan.

Apabila Nabi SAW menceritakan kisah seorang jiran wanita yang BERPUASA dan QIAMULLAIL, tetapi dia suka menyakiti jirannya. 

Nabi SAW berkata bahawa dia tidak akan masuk ke Syurga! Terutama Percakapannya yang Menyakiti, kerana Percakapannya hanya membawa kepada Kerosakan dan tidak kepada Kebaikan.

"BERCAKAP BAIK ATAUPUN 'DIAM'..."
Jikalau sekiranya Percakapan ini membawa kepada Kerosakan dan Kemudaratan. Maka adalah lebih baik janganlah kita Bercakap,
Sebaiknya 'DIAM' daripada Berkata-Kata...

Rasulullah SAW menyebutkan;
"Barangsiapa yang DIAM, dia pasti SELAMAT."
Disebutkan pula : "DIAM itu KEARIFAN, tetapi sangat sedikit orang yang melakukannya."

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa BERIMAN kepada Allah dan HARI AKHIRAT, hendaklah dia BERKATA BAIK atau DIAM...”
(HR. Bukhari dan Muslim)

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan