KOSONG

 

KOSONG

Luarnya yang tampak adalah butiran garam. Di sebalik butiran garam ada rasa asin. Sedang lidah itu adalah perangkat khusus yang bisa mendeteksi/merasakan rasa asin. Tuhan kita gambarannya seperti itu. diluar yang kita pandang adalah alam semesta ini, DIA tersembunyi di sebaliknya, hati manusia adalah perangkat yang bisa merasakan/mendeteksi keberadaan-NYA.
engkau jangan sampai berhayal untuk melihat rasa asin, seperti itulah engkau pun jangan berhayal melihat Tuhan, seperti manusia melihat manusia yang lain.
Dalam merasakan asin maka tingkat rasa yang dirasakan itu sesuai kepekaan lidah masing-masing. Demikian juga halnya dengan makrifatullah, tingkat atau kadar kemakrifatan seseorang itu juga ditentukan tingkat kepekaan hatinya masing-masing. Disinilah penghayatan tentang Ketuhanan itu menjadi sesuatu yang sangat berperan. Pada akhirnya itu mainnya adalah kedalaman penghayatan bathiniah.

Puncak tertinggi adalah mengenal ALLAH… ALLAH itu ADA / WUJUD / NYATA / TIDAK GHAIB
Untuk mencari yang ADA, seseorang itu perlu MATI , 'ADAM , TIDAK WUJUD "…
Oleh sebab itulah , jangan asyik / leka dengan angan-angan kosong dan khayalan semata-mata..
Salik dan dunia ini … hanya WUJUD dalam fikiran je... Namun ia TIDAK ADA / GHAIB / TIDAK WUJUD / MATI pada hakikatnya…
Kedua-duanya semata-mata... KOSONG / 'ADAM. / MATI... Sesuatu yang KOSONG tidak akan dapat mengenal kepada yang ADA / YANG WUJUD / YANG HIDUP
MAN - ini adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia mengenal dirinya ,
NAFSAHU (Manusia ) maka barulah ia mengenal Tuhan-Nya yang bernama
RABBAHU. - iaitu Tuhan dengan MERASA HIDUP ALLAH YANG LAISA KAMITSLIHI SYAIUN
( Yang tidak berupa apa pun jua)
Maksudnya lagi :
MAN. - ini jika kita bawa kepada pengertian NAFSAHU maka ia akan membawa kepada manusia yang " Laisa kamislihi syaiun" iaitu manusia yang Batin atau dikenal sebagai Insan atau di kenal juga sebagai DIRI SEBENAR DIRI yang bertaraf NYAWA atau NAFAS atau HIDUP
Nyawa atau Nafas adalah bagian daripada diri Rohani. Fungsinya adalah menghidupkan diri Jasmani atau diri yang bernama DIRI TERPERI.
Cuba rasakan di dalam tubuh ini :
ada yang TURUN dan NAIK atau yang KELUAR dan yang MASUK.
Oleh sebab itu , jika mencari yang ADA / YANG WUJUD. YANG HIDUP melalui sesuatu yang TIDAK ADA / GHAIB / MATI / 'ADAM adalah sia-sia belaka
Sebab yang TIDAK ADA / YANG GHAIB / YANG MATI .. tidak akan mampu menzahirkan yang ADA / YANG HIDUP
Sebaliknya Yang ADA itulah yang mampu mewujudkan segala sesuatu "yang tidak ada"... KOSONG. / 'ADAM kepada yang ADA
Dzat yang ghaib lagi ghaib itu selama-lamanya tidak akan ada kenyataannya tetapi ada penzairan sifat-sifatnya
Terutamanya kepada salik yang mukmin , salik yang mengenal-NYA kerana HIDUP-NYA ALLAH
Si salik ( si hamba) hanya menjadi kenyataan … TAJJALLI DZAT yang GHAIBUL GHAIB YG WUJUD DENGAN SENYATA-NYATANYA. - MERASA HIDUP ALLAH
Daripada AHADIYAH timbul WAHDAH , iaitu kenyataan kesempurnaan SifatNYA.
Inilah pintu untuk mengenal yang ADA / HIDUP ALLAH yang TIADA KOSONG .
Sedang HIDUP DIRI MANUSIA YANG 'ADAM / YANG TIDAK WUJUD / YANG KOSONG / YANG MATI itu tidak boleh berubah menjadi Yang ADA / YANG WUJUD / YANG NYATA / YANG HIDUP
DIA lah yang ADA, DIA lah Yang Zahir Yang Batin…Yang Awal dan Yang Akhir. DIA itulah AKU....
Oleh sebab itu , WUJUD AKU ALLAH itu lebih terang dan nyata daripada WUJUD-WUJUD yang lain yang sememangnya tidak WUJUD / KOSONG / 'ADA. AKU lah Yang Melihat dan Yang Di Lihat..
AKU LAH ALLAH YANG HIDUP. WUJUD ENGKAU itu tidak ada KOSONG / 'ADAM. / GHAIB / TIDAK HIDUP. / MATI semata-mata.

Ingat yang sebenar2nya ingat itu sehingga tidak ingat. Tidak ingat itulah yang sebenar2nya ingat.
Apabila kamu mendapat kefahaman bermakrifatullah, yang nyata dan terang itu tidak lagi diingat2 kerana dia itu sentiasa ada dimana saja kamu berada. Dia juga nyata pada diri mu sendiri.
Renung2kanlah....
[ Sumber dari Ashabul Kahfi ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan