HAKIKAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

HAKIKAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Apakah umat Islam akhir zaman ini tidak adanya perasaan malu apabila non Muslim sendiri yang dapat melihatnya KEBENARAN ISLAM ???

BERPUASA di BULAN RAMADHAN itu bukanlah hanya sekadar MENAHAN lapar makanan dan dahagakan minuman semata-mata, tetapi hakikatnya adalah "MENAHAN NAFSU" untuk ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
 
Kerana selama 11 bulan kita telah DILALAIKAN dengan segala-galanya yang bersifatkan duniawi palsu ini. Daripada segi hiburan, makanan, pakaian, kemewahan dan sebagainya. Maka selama 11 bulan itu, ROHANI kita hampir-hampir sahaja mati kerana kita hanya memperdulikan kehidupan JASMANI kita sahaja semata-mata.
 
Maka Allah SWT memberikan kepada kita selama "SEBULAN BULAN RAMADHAN" itu adalah untuk kita merawat dan memulihkan kembali ROHANI kita yang telah hampir terpadam CAHAYA-NYA, disebabkan kerana kita telah menutupinya dengan segala Nafsu-Nafsu Duniawi Palsu ini.
 
Hijab-Hijab kita juga telah menjadi semakin menebal didalam diri kita, kerana kita LALAI dengan Duniawi Palsu ini. Maka jalan-jalan untuk kembali "BERSERAH DIRI" dan "BERTAUHID" kepada Allah SWT juga menjadi semakin kabur bahkan adanya yang hancur lebur sehinggakan ramainya yang telah Tersesat daripada LANDASAN KEBENARAN YANG HAQQ.

Jadi BERPUASA SELAMA SEBULAN ini adalah jalannya untuk kita MENGIKAT kembali segala NAFSU kita daripada terus menguasai ROHANI kita secara 100%. Agar ROHANI kita senantiasa BERCAHAYA dengan CAHAYA KEBENARAN YANG HAQQ.

Maka itulah yang digambarkan apabila IBLIS-IBLIS itu telah di ikat oleh Allah SWT di BULAN RAMADHAN, dan dibulan RAMADHAN jugalah Allah SWT menggambarkannya sebagai "BULAN SUCI", kerana Bulan itu bebas daripada segala godaan IBLIS.

* BULAN SUCI - Bebas daripada segala godaan dan hasutan IBLIS-IBLIS...
* BULAN BAIK - Untuk umat Islam melakukan segala KEBAIKAN dan KEMULIAAN...

Tetapi sayangnya, kebanyakkannya umat Islam sendirilah yang tidak memahami "HAKIKATNYA BERPUASA" (MENGIKAT NAFSU / IBLIS) itu, malah mereka telah melepaskannya semula IBLIS-IBLIS itu agar terus menguasai ROHANINYA semula di dalam sebulan BULAN SUCI itu.
 
BERPUASA itu bukanlah hanya sekadar menahan daripada makan dan minum semata-mata, tetapi hakikatnya BERPUASA itu adalah MENAHANNYA atau MENGIKATNYA segala NAFSU MATA, NAFSU MULUT, NAFSU TELINGA, NAFSU TANGAN, NAFSU KAKI dan NAFSU PERBUATAN.
Agar JASMANI dan ROHANI kita menjadi SUCI sebagaimananya BULAN YANG SUCI. Dan dapatlah sekiranya kita terus mengekalkannya KESUCIANNYA itu sehinggalah kebulan-bulan yang seterusnya ataupun sehinggalah kehari Sakaratul Maut kita.

Maka inilah PERJALANANNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN yang senantiasa PUASAKAN NAFSUNYA agar ROHANINYA senantiasa BERCAHAYA untuk kembali kepada ALLAH SWT bagi mencapainya NEGERI AKHIRAT yang TENANG dan ABADI.

KESIMPULANNYA.

Jikalau kita lihat didalam BULAN RAMADHAN, tatkala IBLIS-IBLIS telah di ikat pada BULAN SUCI itu. Malah kita masih dapat melihatnya umat-umat Islam sendiri yang masih melakukan Kemungkaran, Kebatilan, Kejahatan, Pembaziran dan sebagainya (Sifat-sifat yang tercela).

Maka ketahuilah kita, bahawa Allah SWT juga telah berfirman;
"Sesungguhnya SYAITAN itu adalah musuh yang TERANG dan NYATA..."

Maka faham-fahamkanlah maksudnya...
"BERPUASA ITU ADALAH JALAN-NYA UNTUK MENSUCIKAN ROH KITA..."

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan