'Fatwa Panjut'


 'Fatwa Panjut'

Antara tradisi yang makin pupus kini di tempat saya apabila tiba bulan Ramadan ialah tradisi memasang panjut pada malam malam Ramdan. Saya begitu ingat dalam tahun- tahun 80an, kampung saya begitu meriah dengan panjut panjut di pasang di setiap halaman rumah rumah di kampung saya tinggal.
Namun sejak akhir-akhir tahun 90an, tradisi ini memudar dan makin lenyap. Ketika saya bersekolah menengah, rumah saya tidak lagi memasang panjut di malam malam Ramadan.
‌Puncanya saya terpengaruh dengan 'fatwa' seorang tokoh agama yang masyhur lagi tersohor ketika itu yang menyelar tradisi memasang panjut khususnya pada malam 7 likur. Saya termakan cakap tokoh agama yang mayshur lagi tersohor yang 'barfatwa' memasang panjut adalah amalan ajaran Hindu yang perlu dijauhi oleh umat Islam di negara ini.
Saya dan ahli keluarga mengambil pandangan ini. Hasilnya, malam malam Ramdan selepas itu gelap gulita tanpa panjut di laman rumah kami.
Apabila saya melanjutkan pelajaran di Mesir, kebetulan kali pertama menjejak kaki ke Mesir jatuh pada bulan Ramadan, suasana yang mengejutkan di alamai.
Ramadan disambut sangat meriah. Sambutan Ramadan orang Mesir sungguh luar biasa meriahnya. Antara kemeriahan sambutan Ramdan di sana ialah masang 'panjut Mesir' yang dipanggil 'fanus'.
"Wah, mereka pun berpanjut!" detik hati saya. Secara sepontan saya teringatkan 'fatwa panjut amalan hindu' oleh tokoh agama yang masyhur lagi tersohor di tanah air. "Hindu jugakah orang Mesir?" Sinis soalan ini.
Persoalan ini akhirnya terongkai pada tahun berikutnya, saya terbaca ruangan soal jawab agama dalam majalah Liwa' al Islami.
Soalan yang ditanyakan berhubung asal usul pemasangan fanus @ panjut di Mesir.
Soalan ini dijawab secara tuntas oleh Sheikh Atiyyah Saqar (Allahyarham) Pengerusi Lajnah Fatwa al Azhar ketika itu. Menurut beliau, fanus yang menghiasi malam Ramadan di Mesir berasal usul dari tradisi kerajaan Uthmaniah Turki. Tujuannya untuk memeriahkan suasana malam Ramadan. Ia suatu yang baik dan tiada larangan agama.
"Ate, mana datangnya ngikut ajaran hindu? Main hentam sahaja pandangan ustaz-ustaz di Malaysia ni! Tak pasal-pasal hendak kaitkan dengan agama lain".
Sejak itu, tidak mudah bagi saya untuk menelan apa sahaja pandangan ustaz-ustaz walau apa sahaja jawatan dan kedudukan mereka. Apatah lagi saya pernah berpengalaman berhadapan dengan jabatan mufti negeri yang mengeluarkan 'fatwa' bukan-bukan suatu ketika dahulu. Pandangan yang muktabar ditolak dan dibakulsampahkan. Siap kena sindir dan perli lagi.
Membaca dan tekunilah ilmu sedalam-dalamnya sebelum berkata-kata. Jangan ikut rasa dan agak-agak. Jangan juga menyusah dan mengelirukan masyarakat.
Eh, kau siapa hendak mengajar kami!
Ya, aku 'ostad' kampung sahaja! Tapi, engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil! (pinjam kata-kata FT).

[ Sumber dari Raja Yusof Ariffin ]



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan