TANDA-TANDANYA SAKARATUL MAUT*

 


TANDA-TANDANYA SAKARATUL MAUT*
Adapun TANDA-TANDANYA KEMATIAN itu mengikuti Para-Para Ulama terdahulu adalah Benar dan sememangnya Wujud.
Cuma Amalan dan Ketaqwaan kita sahajalah yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada TANDA-TANDA KEMATIAN ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan bahawa, Beliau juga masih mampu memperlihatkan dan menceritakan kepada keluarga dan Para Sahabatnya dengan secara lansung akan kesukarannya menghadapi SAKARATUL MAUT, daripada awalnya sehinggalah akhirnya hayat Baginda SAW.
Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah telah meriwayatkan bahawa, beliau juga telah memperolehi TANDA-TANDANYA KEMATIAN ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi SAKARATUL MAUT secara sendirian.
Beliau juga telah menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuklah mandiannya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai pada bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggilkan saudaranya untuk menyambungkan tugasnya tersebut. Dan beliau telah wafat ketika saudaranya bersedia untuk mengkafankan bahagian wajahnya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidaklah pernah berlaku zalim kepada Hamba-Hamba-Nya, bahkan DIA sangat-sangatlah Pemurah dan Mengasihi hamba-hamba-Nya.
TANDA-TANDA KEMATIAN yang diberikan itu adalah untuk menjadikan kita sebagai Umat Islam yang senantiasa bersiap sedia dan supaya dapat Bertaubat juga bersedia didalam perjalanan untuk kembali kepada Allah SWT semula.
Walau bagaimanapun, kesemua TANDA-TANDA KEMATIAN ini akan berlaku kepada Umat ISLAM sahaja, manakala orang-orang kafir pula, iaitu orang-orang yang telah MENYEKUTUKAN ALLAH SWT. Maka Nyawa mereka ini akan terus direntap sahaja tanpanya sebarang PERINGATAN, kerana sesuai dengan KEKUFURANNYA mereka kepada Allah SWT.
Adapun TANDA-TANDANYA KEMATIAN ini terbahagi kepada beberapa keadaan, iaitu;
* TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.
Ini adalah TANDA PERTAMA daripada Allah SWT kepada Hamba-Hamba-Nya dan hanya akan DISEDARI oleh mereka-mereka yang Dikehendaki-Nya sahaja.
Walau bagaimanapun, kesemua Umat Islam akan mendapatkan TANDA-TANDA ini, cuma samada mereka SEDAR ataupun Tidak Sedar sahaja.
TANDA-TANDA ini akan berlaku lazimnya selepas Waktu ASAR dan seluruh tubuhnya, iaitu daripada hujung rambutnya sehinggalah ke hujung kakinya akan mengalami getaran ataupun seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih, dimana jikalau kita perhatikan dengan teliti, kita akan mendapati bahawa daging tersebut seakan-akan bergetar.
TANDA ini Rasanya LAZAT bagi mereka-mereka yang SEDAR dan berdetik didalam Hatinya bahawa mungkin ini adalah "TANDANYA KEMATIAN". Maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita SEDAR akan kehadirannya TANDA ini.
Bagi mereka-mereka yang tidak diberikan KESEDARAN ataupun mereka-mereka yang hanyut dengan Kenikmatan Duniawi Palsu ini tanpa memikirkan soal KEMATIANNYA. Maka TANDA ini akan lenyap dengan begitu sahaja tanpa sebarang Munafa'at baginya.
Bagi mereka-mereka yang SEDAR dengan kehadirannya TANDA ini, maka ini adalah peluang terbaik bagi dia untuk Memunafa'atkan masa yang ada bagi mempersiapkan dirinya dengan Amalan dan urusan yang akan dibawa ataupun yang akan ditinggalkannya sesudah MATI...
* TANDA 40 HARI SEBELUM MATI.
TANDA ini juga akan berlaku sesudahnya Waktu ASAR.
Bahagian Pusat kita akan terasa sangat berdenyut-denyut. Pada ketika ini Dedaunan yang tertulis nama kita akan mulai gugur daripada Pokok yang letaknya diatas Arasy Allah SWT.
Maka MALAIKAT MAUT pun akan mengambil Dedaunan tersebut dan mulai membuat persediaannya keatas diri kita, antaranya ialah;
MALAIKAT MAUT akan mulai mengikuti kita sepanjang masa...
Maka MALAIKAT MAUT ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu sahaja dan jikalau ini terjadi, maka mereka-mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun MALAIKAT MAUT ini wujudnya adalah cuma seorang sahaja, tetapi kuasanya untuk Mencabut Nyawa adalah bersamaan dengan jumlah Nyawa yang akan dicabutnya...
* TANDA 7 HARI SEBELUM MATI.
Adapun TANDA ini akan diberikan hanyalah kepada mereka-mereka yang Diuji dengan Musibah Kesakitan.
Dimana Orang Sakit yang tidak makan secara tiba-tiba, dan ianya akan mulai berselera untuk makan...
* TANDA 3 HARI SEBELUM MATI.
Pada ketika ini akan terasanya denyutan dibahagian tengah Dahi kita, iaitu diantara Dahi kanan dan Dahi kiri.
Jikalau TANDA ini dapat dikesan, maka Berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak lagi mengandungi terlalu banyaknya najis, dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan Jenazah kita nanti.
Ketika ini juga Mata Hitam kita tidak akan bersinar lagi, dan bagi orang-orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini juga dapat dikesan jikalau kita
melihatnya daripada bahagian sisi.
Maka Telinganya juga akan mulai layu, dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.
Dan Telapak kakinya yang terlunjur itu akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan semula...
* TANDA 1 HARI SEBELUM MATI.
Akan berlakunya sesudah Waktu ASAR, dimana kita akan merasakan sesuatu denyutan disebelah belakang, iaitu dikawasan Ubun-Ubun.
Dimana, ini adalah menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui Waktu ASAR keesokan harinya...
* TANDA AKHIR KEMATIAN.
Akan berlakunya keadaan dimana kita akan merasakan suatu keadaan yang sejuk dibahagian Pusat, dan ianya akan turun ke Pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus Mengucap "KALIMAH TAUHID" dan perbanyakkanlah Berdzikir dengan Nama "ALLAH".
Maka dengan itu, kita sedang menantikan kedatangannya MALAIKAT MAUT untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah Menghidupkan kita dan sekarang akan Mematikan kita pula...
* PENUTUP.
Sesungguhnya marilah kita Bertaqwa dan Berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah diantara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah SWT, yang akan diberikan KESEDARAN untuk peka terhadap TANDA-TANDA KEMATIAN ini.
Semoga kita dapat membuat Persiapan Terakhir kita didalam usaha kita untuk memohon Keampunan daripada Allah SWT sebelum segala PINTU TAUBAT ALLAH tertutup.
Walau bagaimanapun, sesuai dengan SIFAT ALLAH SWT yang MAHA BERKUASA lagi MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI...
Oleh itu, marilah kita bersama-sama Berusaha dan Berdoa semoga kita diberikan Hidayah dan Petunjuk oleh Allah SWT.
Serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran didalam usaha kita untuk BERTAUHID Yang HAQQ dan berjalan diatas LANDASAN KEBENARAN yang HAQQ disepanjang kehidupan kita bagi mencari Keredhaan dan Rahmat Allah SWT samada didunia mahupun akhirat.

[ Sumber dari Syeh Haqtullah ]


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan