ASAL DIRI

 


ASAL DIRI
ALLAH tiada didalam diri kita, tetapi kitalah yang ada di dalam ALLAH,
* Bukan kita mengandung ALLAH, tetapi ALLAH-lah yang mengandungi kita,
* Bukan kita yang meliputi ALLAH, tetapi ALLAH-lah yang meliputi kita*.
Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik ALLAH, sifat yang ada pada diri kita pasti akan hilang lenyap dan hancur binasa. Sifat yang kekal dan abadi itu hanyalah ALLAH SWT.
*Firman ALLAH* :
*Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali dzat Nya, baginya hukum itu dan kepada Nya kamu dikembalikan*."
*Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat Penzahiran* *Ketuhanan. Dia menyatakan Diri-Nya*.
*melalui 4 fasal yang dizahirkan pada* :
1. *Usul ( Dzat )*
2. *Asal ( Sifat )*
3. *Nama ( Asma )*
4. *Perbuatan ( Af'al )*
*Yang menjadi empat jalan* :
1. *Syariat*
2. *Tharikat*
3. *Hakikat*
4. *Ma'rifat*
*Martabatnya* :
1. *Syariat itu. - Af'al ALLAH*
2. *Tharikat itu. - Asma ALLAH*
3. *Hakikat itu. - Sifat ALLAH*
4. *Ma'rifat itu - Dzat ALLAH*
*Alamnya* :
1. *Alam Syariat - Alam Nasut*
2. *Alam Tharikat - Alam Malakut*
3. *Alam Hakikat - Alam Jabarut*
4. *Alam Ma'rifat - Alam Lahut*
*Menjadi apa ?
1. *Syariat itu - jadi Tubuh*
2. *Tharikat itu. - jadi Hati*
3. *Hakikat itu. - jadi Ruh atau Nyawa*
4. *Ma'rifat itu - jadi Sirr Rahsia*.
1. *Dzat =
Wujud Dzat iaitu wujud yang HAQ pada Dzat ALLAH difahami dengan Rabbul Izzati iaitu wujud yang sebenar benarnya melekat pada Dzat ALLAH, yang menjadi Rahsia ( SIRR ).
Ia merupakan sesuatu yang tidak boleh diucapkan tetapi secara nyata boleh dirasakan, seperti rasa manis pada gula, rasa masin pada garam, hanya boleh dirasakan tanpa boleh dikatakan.
2. *Sifat =
Wujud Sifat iaitu wujud yang melekat pada sifat dzat difahami dengan sifat ALLAH iaitu terhimpunNya sekalian sifat drp segala sifat, yang dirangkum oleh para wali menjadi sifat 20.
Wujud sifat ini dinamakan juga Nur Muhammad, yang merupakan Ruh atau Nyawa pada diri.
3. *Asma =
Wujud Asma iaitu wujud yang melekat pada nama dzat yakni terhimpunnya sekalian nama dari segala nama, yang diringkas menjadi asmaul husna 99 nama 1 Rahsia, wujud ini dinamakan juga wujud iman.
Ia merupakan Hati pada diri tempat keyakinan yang menjadi iman kepada ALLAH sebagai cermin setiap makhluk yang memahami tentang dzat ALLAH.
4. *Af'al =
Wujud Af'al iaitu wujud yang melekat pada perbuatan dzat difahami dengan kelakuan ALLAH dalam Kudrat Iradat-Nya, iaitu wujud yang keberadaan-Nya disebabkan oleh suatu sebab sehingga tidak terjadi dengan sendirinya, yang mana wujud ini juga dinamakan wujud 'adam , merupakan tubuh pada diri.
*Sehingga pemahaman tentang wujud ALLAH ini adalah* :
1. *Dzat ALLAH - jadi Rahsia pada diri*.
2. *Sifat ALLAH. - jadi Nyawa atau Nur Muhammad atau Ruh pada diri*.
3. *Asma ALLAH - jadi Hati atau iman pada diri*.
4. *Af'al ALLAH - jadi tubuh pada diri*.
*Tugas Sirr adalah merasakan*.
*Tugas Ruh. adalah menghidupkan*.
*Tugas Hati adalah mengakui*.
*Tugas Wujud. adalah* *memperlihatkan Af'al-NYA*.
*Tugas Akal adalah berfikir*.
*Tugas Nafsu. adalah* *berkeinginan*
*Jadi bukan Dzat melainkan* *RAHSIA pada diriku*.
*Bukan Sifat melainkan. Nur Muhammad atau NYAWA menjadi Ruh pada diriku*.
*Bukan Asma atau nama melainkan. HATI atau keyakinan menjadi iman pada diriku*.
*Bukan Perbuatan melainkan batang TUBUH pada diriku*.
*Inilah yang sebenarnya , manunggalnya diri dengan ALLAH Yang Maha Esa, yang dimaksud Wahdatul Wujud yang berada pada diri meliputi Dzat Sifat Af'al dan Asma, tiada jarak antara Hamba dan ALLAH SWT.*

[ Sumber dari Ashabul Kahfi ]
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan