MENGENALI KAUM TUA [ASYA’IRAH DAN MATURIDIYAH]

 



MENGENALI KAUM TUA [ASYA’IRAH DAN MATURIDIYAH]
Secara umumnya, Kaum Tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama muktabar tradisional yang alim, berpengetahuan luas, mempunyai keahlian dalam selok belok agama, menjaga amanah ilmiyah, berpegang kepada pengajian bertalaqqi secara bersanad yang diwarisi daripada Rasulullah, sahabat, para tabien, tabi’ tabieen sehinggalah sampai ke tanah melayu kita.
Selain itu juga mereka dikaitkan dengan kitab kuning [lama] kerana mementingkan keaslian sumber yang dipakai betul-betul daripada Ulama’ Islam terdahulu, tidak diubah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Muda [wahhabi].
Sesuai dengan konsep bertalaqqi, ulama’-ulama’ ini sebagaimana biasanya melihat sirah atau masa lampau [salaf] sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan.
Kaum Tua di Nusantara, samada ulama silam di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat diperlukan di antara satu sama lain.
Oleh itu, Kaum Tua [ulama’ Islam] bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja.
Dari sudut akidah, Kaum Tua menjadikan garisan akidah dua tokoh Imam Besar sebagai pegangan. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari[1](260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi[2] (wafat 333 H/944 M) yang mana kedua akidah tokoh ini diiktiraf oleh Rasulullah S.A.W
Dari sudut fiqh pula, Kaum Tua menjadikan empat orang Ulama Besar sebagai rujukan iaitu : Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Manakala dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. Berhubung dalam permasalahan fiqh di Nusantara, kebanyakan Ulama-Ulama Nusantara memilih Mazhab Syafie sebagai rujukan utama.
Mencari keberkatan adalah misi utama bagi Kaum Tua ini di Nusantara. Kebanyakan mereka mengelakkan diri supaya tidak menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Mereka amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.
Antara Kaum Tua yang lahir hasil dari didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah seperti senarai dibawah, jika terlepas pandang Harap dimaafkan.
MALAYSIA
Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)
Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
Sheikh Abdul Halim
Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)
Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan
Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab karangannya ; Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai Hadis) juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).
Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)
Khatib Kelantan.
Tuan Guru Hj Awang Fakir.
Tuan Guru Hj Yahya Kupang.
Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)
Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi),
Tok Padang Jelapang,
Tok Bachok, (Kelantan)
Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)
Tok Seridik.
Tok Kemuning (di Pulau Kundor),
Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan
Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)
Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani
Hj. Omar Sg. Keladi,
Pak Chik Musa,
Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz
Tok Pulai Condong
Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani
Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang
Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
Wan Abdullah Tuan Tabal
Tok Syafie Kedah
Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)
Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.
Tuan Guru Baba Hamid
Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir.
Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan.
Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah
Dan ramai lagi.....
PATANI (THAILAND)
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani 'Tok Lubuk'.
Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
Pak Chik Wan daud Pattani
Syeikh Abdullah Bin Abdul Mubin Al-Fatani
Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib.
Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
Sheikh Ismail / Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani,
Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani.
Dan ramai lagi.....
BRUNEI DARUSSALAM
Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin.
Dan ramai lagi.....
INDONESIA
Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
Sheikh Muhammad Sa'id
Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
Sheikh Nuruddin ar-Raniri
Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor,
Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
Sheikh Abdul Haq.
Syeikh Jalaluddin Al-Asyi.
Syeikh KH. Muhammad Ihsan al-Jembasi dari Jampes Kediri Jawa timur.
Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Penubuh Nahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur
Syeikh KH. Ali Maksum(W 1989 R), antara Penubuh ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah
Syeikh KH Abu al-Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur (seorang wali yang terkenal di indonesia).
Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah.
Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R).
Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB.
Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat.
Al Habib Syiekh al-Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az-Ziyadah Klender Jakarta Timur.
Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000.
Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat.
Syiekh Abdullah Tha'ah Indunisi
Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau.
Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi.
Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut.
Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama Daerah Kubu-Riau, Sumatera. Salah seorang ulama yang sangat berkarisma dan terkenal di daerah tersebut.
Kiyai Muhyiddin Fattah, Ketua Pengurus Besar Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
Kiyai Choirul Ansori, Ketua Dewan Pengurus Syuriah Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003).
Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah.
Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur.
Kiyai Hj. Mastuqi Mahfudz Malang, Jawa Timur ( Menentang Kaum Muda di Indonesia)
Ustadz Khoiruddin Wonokusumo Surabaya, Jawa Timur.
Dan ramai lagi....
Cara pengajian yang dianjurkan oleh Kaum Tua yang mementingkan sistem bertalaqqi, menimba ilmu dengan guru yang betul-betul tsiqah, dan secara pengambilannya bersanad kepada Rasulullah S.A.W adalah suatu manhaj yang jelas di samping dapat menjaga kemurnian akidah dan ilmu-ilmu cabangan daripada pengubahsuaian, pembaharuan Agama Islam kepada ajaran yang menyeleweng, ijtihad yang membabi-buta tanpa ada keahlian dan kelayakan, menshahihkan dan mendhaifkan hadis tanpa panduan dan keahlian, mencampur-adukkan agama Islam dengan ajaran mujassimah, dan membuka ruang dan pintu kemurtadan di kalangan muda-mudi.
Oleh kerana mereka mengetahui ilmu pengetahuan mereka kurang berbanding para Imam empat mazhab [ Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi’e, dan Imam Hanbali] yang berstatus mujtahid mutlak, kaum tua menganjurkan taqlid dalam bermazhab kerana mereka memahami bahawa ulama’ ushul meletakkan syarat yang ketat untuk seseorang itu berijtihad.
Berijtihad bukan kerja sebarangan orang, bukan hanya sekadar mengetahui bahasa Arab, bukan juga bermakna tamat daripada Universiti Al-Azhar atau Universiti Madinah maka seseorang itu dikira Mujtahid sebaliknya dia perlulah mempunyai keahlian yang
mantap
, keilmuan yang tinggi serta pakar dalam beberapa ilmu tertentu sebagaimana yang disyaratkan oleh Ulama’ Muktabar.
Pendek kata, sistem ini sememangnya mempertahankan tradisi asal pengambilan ilmu pengetahuan dan ketulenan sumber ilmu tersebut serta membenteras dari sebarang pemalsuan dan penyelewengan.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan