KARAM DI DALAM RAHASIA-NYA*

 


KARAM DI DALAM RAHASIA-NYA*
Apabila kamu benar-benar Beramal dan bersungguh-sungguh Bermujahadah dengan sepenuh KEIKHLASAN Hatimu, maka kamu akan Dikasihi-Nya sehinggalah akan dilimpahkan kedalam Hatimu;
"RAHASIA DISEBALIK RAHASIA..."
Kamu akan diperlihatkan Hakikatnya disebalik SYARIAT,
Kamu MENGENAL DIRIMU dengan PENGENALAN YANG HAKIKI, bukannya diatas Hafalan Ilmu semata-mata ataupun dengan Kitab-Kitab yang banyak, tetapi dengan DZAUK dan PENGLIHATAN MATA HATIMU.
Hatimu akan Diberikan-Nya "NUR" sehinggalah dengan "NUR" tersebut akan dapat kamu MENYAKSIKAN RAHASIA DIRI-NYA...
Kamu akan mencapainya MA'RIFAT Dengan-Nya Sendiri, manakala Guru Mursyid itu adalah sebagai INSAN yang menunjukkan jalanmu Kepada-Nya, kerana Guru Mursyid itu Hakikatnya telah Berpengalaman terlebih dahulu melaluinya.
Maka DIA sendirilah yang akan membisikkan kepada SIRR' kamu bahawa "ANA AL-HAQ" !
Maka tenggelamlah kamu didalam LAUTAN MA'RIFAT, sehinggakan kamu Tiada Melihat Tiada Segala Sesuatu Melainkan ALLAH, ALLAH, ALLAH...
Kamu akan melihat bahawa Tiada Sesuatu gerak melainkan Gerak daripada Allah SWT.
Tiada Sesuatu yang Maujud melainkan disana adalah Wujud-Nya.
Maka kamu akan memahami Firman-Nya;
"Dimana kamu hadap, maka disitulah WAJAH ALLAH..."
Wahai INSAN-KU,
Sesungguhnya kamu adalah FAKIR disisi Allah SWT...
Dimana kamu berada, maka disitulah kamu berada dengan Kefahaman yang sampai Kepada-Nya, yang Tiada dimiliki oleh manusia-manusia yang biasa.
Ketahuilah bahawa kamu itu telahpun mencapainya Matlamat yang sesungguhnya dan;
Sesungguhnya kamu itu adalah yang "LUAR BIASA DARIPADA KEBIASAAN",
Sesungguhnya kamu itu adalah yang "BENAR LAGI KEBENARAN",
Sesungguhnya kamu itu adalah yang "PALING MULIA DARIPADA YANG MULIA".
Maka berpeganglah ia sebaik-baiknya dan jadikanlah ianya Rahsia dirimu, kerana tiadalah manusia di Akhir Zaman harini yang akan menerima bahawa kamu adalah yang BENAR LAGI KEBENARAN !
Lantaran mereka hakikatnya masih Jahil didalam Perjalanan Menuju-Nya. Sedangkan kamu telahpun Sampai Kepada-Nya.
Oleh disebabkan itulah dikatakan bahawa "HANYA WALI YANG MENGENAL WALI", kerana tiadalah mereka mendustainya ataupun menentang sesamanya, kerana mereka saling memahami dan Saling sampai Kepada-Nya.
Maka ingatlah akan pesan Baginda Nabi SAW bahawa "Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata..."
Ada Mata Pandang,
Ada Telinga Dengar,
Ada Mulut Diam,
Ada Tangan Garu,
Ada Kaki Goyang,
Yang Remeh dan Temeh sedang berlegar-legar disekelilinmu,
Buatlah... Buatlah tidak tahu...!
Tafsiran SYARIAT adalah pembukaan, sedangkan Pentafsiran HAKIKAT dengan DZAUK dan PENGLIHATAN MATA HATI...
Sesungguhnya tidak akan sama bagi seseorang yang melihat permukaannya laut dengan INSAN-INSAN yang telah Menyelam Kedalam Dasar Laut.
Sesungguhnya tidak akan sama bagi mereka-mereka yang telah MENGENAL DIRINYA hanya pada permukaan yang Zahir dengan INSAN-INSAN yang telah Menyelam Kedalam LAUTAN RAHASIA DIRI.
Sesungguhnya tidak akan sama bagi mereka-mereka yang Mengucap "LAA ILAHA ILLALLAH" di ALAM SYARIAT dengan INSAN-INSAN yang Mengucapkannya di ALAM HAKIKAT...
Tidak akan sama Huruf, Kalimah dan Bunyinya pada ALAM SYARIAT dengan ALAM HAKIKAT.
Tidak akan sama Kenikmatan ataupun Kepedihan di ALAM NYATA ini dengan ALAM HAKIKAT.
Tidak akan sama orang yang Mati Hatinya dengan INSAN-INSAN yang Hatinya senantiasa HIDUP dan ASYIK dengan Allah SWT.
Dan inilah yang mesti difahami sebagaimana Firman Allah SWT;
“Tidak sama orang yang BERILMU dengan orang yang tiada ILMU.”
Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama ORANG YANG BUTA dengan ORANG YANG CELIK ? Tidakkah kamu mahu berfikir ?"
(QS. Al-An'aam : 50)
"Dan tidaklah sama ORANG BUTA dengan ORANG YANG MELIHAT."
(QS. Faatir : 19)
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada didunia ini (dalam keadaan) BUTA (MATA HATINYA) maka dia juga BUTA di AKHIRAT dan lebih SESAT LAGI JALANNYA."
(QS. Al-Israa' : 72)
"(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) MENDUSTAKAN KEBENARAN apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau."
(QS. Qaaf : 5)

SYARIAT dan HAKIKAT janganlah sesekali dicampuradukkannya...
Kerana Bahasa SYARIAT itu adalah Bahasanya Duniawi,
Sedangkan Bahasa HAKIKAT itu adalah Bahasanya Akhirat.
Ketahuilah bahawa, adanya MA'RIFAT AWAM (Ahli SYARIAT) dan MA'RIFAT KHUSUS (Ahli HAKIKAT)...
AWAM dan KHUSUS itu tidak akan boleh sama sekali berjalan seiringan, kerana AWAM hanyalah menampakkan Kesempurnaan Duniawi, sedangkan KHUSUS pula Menyempurnakan Akhiratnya.
Maka mustahillah yang AWAM akan boleh mengenali yang KHUSUS, tetapi tidak mustahil yang WALI Mengetahui akan AWAM dan KHUSUS.
Itulah maksudnya jikalau kamu memilih duniawi ini, maka Akhirat kamu akan terlepas, tetapi jikalau kamu memilihnya Akhirat, maka duniawi ini kamu akan mendapatkan segala-galanya...
Sabda Nabi SAW;
"Jadikanlah diri kamu didunia seperti ORANG ASING atau ORANG YANG MENYEBERANGI JALAN dan persiapkanlah diri kamu dalam GOLONGAN AHLI KUBUR."
Sabda Nabi SAW;
"ISLAM datang dalam keadaan ASING, dan akan kembali ASING, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG TERASING (AL-GHUROBA')..."

[ Sumber dari SYEH HAQTULLAH ]

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan